Kita tahu bahawa seluruh alam ini dipenuhi tenaga. Tenaga cahaya, haba, elektrik, elektromagnet sekadar menyebutkan beberapa contoh, bersimpang-siur di sekeliling kita. Di dalam diri kita juga tersimpan banyak tenaga dan malah merupakan satu penjana tenaga! Menurut kajian sains kimia dan minda, di dalam diri manusia tersimpan tenaga elektrik yang mampu menjana beribu-ribu watt! Di dalam diri manusia juga mampu menjana tenaga haba dengan sendirinya. Bagaimana ini boleh berlaku?
Beribu-ribu tahun dahulu, menurut kepercayaan kaum Elit dalam Freemason. Terdapat satu peradaban agung yang bijak menggunakan tenaga dan memanipulasikan tenaga, di bumi ini. Menurut kepercayaan mereka lagi, di bumi terdapat poin-poin rahsia yang menjadi terminal pengumpulan tenaga-tenaga ini, sama seperti point-point teburan galian mineral. Taburan 'pusat-pusat tenaga' ini berselerakan di muka bumi dan mereka percaya,manusia-manusia sebelum mereka seperti Tamadun Mesir Purba, menggunakan rahsia poin tenaga ini bagi membangunkan tamadun mereka. Malah digunakan juga oleh makhluk-makhluk sebelum manusia!
Apakah Yang Dikatakan StarGate?
”Wahai sekalian jin dan manusia! Jika kamu sanggup melintasi semua penjuru langit dan bumi, maka lintasilah. Namun kamu tidaklah akan dapat melintasinya kalau tidak dengan kekuatan.” (Ar-Rahman ayat 33)
Menurut fahaman fiksyen sains dan filem-filem Hollywood,Stargate adalah portal yang boleh memendekkan perjalanan antara galaksi,planet atau bintang. Ia bertindak seolah-olah 'wormhole'. Ada juga yang menggabungkannya dengan 'time travel'. Namun Stargate lebih popular digunakan ke atas terma jarak dan terasing dari premis masa. Kadangkala Stargate ini digabungkan dengan kepercayaan pelbagai agama, terutamanya agama pagan Sumeria, Babilon dan Mesir Purba.Ini sudah tentu kerana agama menyembah syaitan dan nafsu Freemason mengambil silibus agama syaitan mereka dari ketiga-tiga kaum pagan ini.
Kajian sains kini mendapati alam semesta kita ini tidak statik tetapi 'bergerak' atau 'hidup'. Alam semesta ini ibarat satu 'hidupan' lain yang mempunyai nyawa. Hidupan lain yang di dalamnya juga terdapat makhluk-makhluk bernyawa yang lain. Nyawa di dalam nyawa. Kajian sains juga mendapati alam semesta ini 'memecut' dalam kelajuan yang lama-kelamaan akan mencapai ketidakseimbangan atau di luar kawalan. Apa yang dikatakan kiamat pasti akan terjadi atau istilah saintifiknya 'The Big Freeze'. Dahulu kita selalu mengatakan apabila bumi akan musnah apabila dihempap meteor atau akibat perang nuklear, kita akan berpindah ke planet lain selalunya Marikh yang akan dipilih dalam khayalan ini. Namun para saintis sukar untuk menyembunyikan bahawa 'The Big Freeze' ini rupa-rupanya melibatkan seluruh alam semesta yang bermula dari 'The Big Bang'. Selepas menimbangkan pelbagai parameter,para saintis memikirkan bahawa kemungkinan untuk menyelamatkan manusia dari kemusnahan ini melalui cara 'menyerap ke alam yang berselari' (parallel universe)!
Di dalam mitologi Norse, Ragnarok iaitu 'takdir para dewa-dewa' (kisah 'kiamat' versi Norsemen) bermula apabila bumi terperangkap di dalam satu ruang beku seperti ragum yang menelan bumi tadi. Langit sendiri telah membeku sebagai akibat terkorbannya para dewa di dalam pertempuran dengan kuasa kejahatan berbentuk ular dan serigala. Kegelapan abadi menyelimuti tanah yang membeku itu di mana matahari dan bulan telah ditelan habis. Odin, bapa para dewa akhinya mati dan masa dengan sendirinya musnah.
Apakah Perkaitan Antara Mitos Orang Norse Ini Dengan Apa Yang Akan Berlaku?
Sejak kerja-kerja Edwin Hubble pada tahun 1920-an, para saintis telah pun tahu bahawa alam semesta ini mengembang, namun kebanyakannya percaya bahawa pengembangan menjadi perlahan selaras dengan usia alam ini. Pada tahun 1998, para astronomi di Makmal Nasional Lawrence Berkeley dan Universiti Nasional Australia telah membuat pengiraan kadar pengembangan melalui kajian berdozen letupan supernova yang dasyat di dalam galaksi-galaksi jauh yang mana mampu 'meringankan' seluruh alam semesta. Mereka harus tidak begitu mempercayai data-data mereka sendiri. Satu tenaga yang tidak diketahui telah memaksa galaksi berpecah,menyebabkan pengembangan alam semesta, memecut pantas.
Brian Schmidt iaitu salah seorang dari ketua saintis terbabit mengatakan bahawa semua ini seolah-olah tidak masuk akal walaupun mereka telah memeriksa semua data. Beliau keberatan untuk memberitahu oang ramai bahawa manusia akan menghadapi 'pembunuhan beramai-ramai'!.
Ahli Fizik kembali mengkaji dan sedar bahawa suatu 'tenaga gelap' (dark energy) dari asal-usul yang tidak diketahui, seakan-akan sama dengan teori Kosmologi Konstan Einstein telah bertindak sebagai daya anti-graviti.Pada masa yang sama, ruang kosong itu sendiri mengandungi cukup tenaga gelap ini untuk memusnahkan alam semesta. Lebih luas alam semesta mengembang maka lebih banyak tenaga gelap ini akan membuatkan ia mengembang lebih pantas membawa kepada mod pertumbuhan eksponen yang tidak terkawal.
Pada tahun 2003,keputusan yang menakjubkan telah disahkan oleh satelit WMAP (Wilkinson microwave anisotropy probe). Mengorbit berjuta-juta batu dari bumi, satelit ini mengandungi dua taleskop yang berupaya mengesan radiasi gelombang mikro yang mana menyelubungi alam semesta. Satelit ini telah memberikan kita gambaran alam semesta ketika masih menjadi 'bayi' kira-kira 380,000 tahun dahulu.
Satelit WMAP telah menyelesaikan (mengikut andaian saintis setakat ini) persoalan yang memakan masa lama untuk dijawab tentang usia alam semesta: ia berusia 13.7bilion tahun (termasuk ralat ketepatan). Lebih mengesankan lagi data menunjukkan bahawa tenaga gelap ini bukannya kebetulan atau muncul secara tiba-tiba tetapi telah pun memenuhi 73 peratus dari bahan dan tenaga alam semesta. Bagi merumitkan lagi misteri, data menunjukkan 23 peratus dari alam semesta terdiri dari 'bahan gelap'(dark matter), satu bentuk bahan yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera biasa namun masih mempunyai berat.
Hidrogen dan helium membentuk 4 peratus ketika elemen-elemen lebih tinggi termasuk manusia dan bahan-bahan fizikal yang mampu disentuh oleh pancaindera kita hanya membentuk 0.03 peratus. Tenaga gelap dan kebanyakan bahan gelap tidak mengandungi atom-atom yang mana bermakna bertentangan dengan apa yang dipercayai oleh pemikir Yunani Purba dan diajar di kesemua kursus kimia moden bahawa majoriti alam semesta terbuat daripada atom-atom.
Dalam kes ini, ia berlaku sebaliknya majoriti alam semesta bukan diperbuat daripada atom!
Sebagaimana alam semesta mengembang,kandungan tenaganya tercair dan suhunya menuju ke arah hampir sifar,di mana atom-atom berhenti bergerak. Satu daripada hukum Fizik ialah Hukum Kedua Termodinamik yang mana menyatakan di mana setiap benda terlenyap, jumlah 'entropi' (kemusnahan) di dalam alam semesta akan meningkat. Ini bermakna besi berkarat, tubuh kita yang mengalami penuaan, tamadun-tamadun yang musnah,bintang yang kehausan bahan apinya dan alam semesta sendiri yang akan musnah dan suhu akan jatuh secara seragam selari dengan semua kemusnahan ini mendekati sifar. Ini bermakna setiap kemusnahan atau kematian manusia mahupun binatang menyumbang kepada proses 'pembekuan alam semesta'.
Para saintis sekular dan pemikir Materialisme berpendapat walaupun termodinamik dan hujah kosmologi (ya,sudah pasti pandangan agama) mengatakan setiap kehidupan di alam ini akan menemui kematian, di sana masih ada pengecualian. Masih percaya dan berpandukan Hukum Evolusi Darwin yang sudah habis tarikh luput,mereka berpendapat apabila persekitaran berubah secara radikal, kehidupan mesti menyesuaikan diri, berpindah atau mati.
String Theory Dan Stargate
Walaupun konsep meninggalkan alam semesta ini untuk memasuki alam lain nampak gila, mereka percaya di sana tiada hukum Fizik yang melarang untuk memasuki 'parallel universe'. Teori Relativity Am Einstein membenarkan kewujudan 'wormhole' atau jalan pintas untuk ke 'parallel universe' adakalanya dikenali sebagai Einstein-Rosen Bridges. Namun ia masih tidak diketahui sama ada pembetulan kuantum akan membuatkan perkara tersebut satu kemungkinan atau tidak.
Para Elit Illuminatus percaya jika Lucifer gagal untuk menentang Eli (Allah iaitu Tuhan yang mahu dikalahkan oleh Lucifer dan Antichrist) dan terjadi Kiamat (Endgame-'codename' bagi berakhirnya tempoh Iblis menyesatkan anak Adam), maka mereka akan menyerap ke 'parallel universe' sebagaimana para Jin ketika turunnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke Bumi.
Walaupun sekali dipertimbangkan idea yang diluar pemikiran manusia, konsep 'kepelbagaian-alam' di mana alam kita wujud bersama-sama dengan 'parallel universe' yang tidak terkira banyaknya. Ini telah menarik perhatian ramai pengkaji dari pelbagai arah. Pertamanya teori yang konsisten dengan data-data WMAP ialah berkaitan dengan 'Teori Pengembungan' telah diajukan oleh Alan Guth,penyelidik dari MIT pada tahun 1979. Ia mencadangkan pengembangan 'turbo-cas' pada alam semesta pada permulaan masa. Teori Pengembungan Alam begitu kemas menerangkan beberapa 'misteri degil' termasuk kerataan dan keseragaman alam semesta.
Namun semenjak ahli Fizik masih tidak mengetahui apa yang menggerakkan proses 'pengembungan alam semesta' secara pantas, di sana masih meninggalkan peluang, ia akan terjadi sekali lagi di dalam kitaran yang tiada berakhir. Ini adalah idea Andrei Linde dari Universiti Stanford,yang mana 'ibu bapa' alam semesta akan 'melahirkan' anak-anaknya. Ini sama lah seperti bebelon sabun yang membentuk 2 belon buih sabun yang kecil.
Namun apakah yang menyebabkan terjadinya 'Big Bang' dan memandu kepada pengembangan alam ini?
Soalan yang tidak pernah terjawab. Sejak persoalan Big Bang begitu menarik perhatian, saintis telah meninggalkan Teori Relativiti Am yang mana telah membentuk asas bagi semua kosmologi moden. Teori Relativiti Am Einstein telah musnah dalam Big Bang dan tidak mampu menjawab persoalan teologi dan falsafah yang dibangkitkan berkaitan perkara ini. Untuk menyelesaikan perkara ini kita mesti menggunakan Teori Kuantum iaitu satu lagi teori terhebat di abad ke-20 yang mana 'mengetuai' Fizik Atom.
Apa yang kita kurang tahu, Teori Relaviti Einstein dan Teori Kuantum adalah berlawanan!
Kuantum menjelaskan dunia yang teramat kecil,dunia subatomik seperti elektron dan quark. Teori Relativiti pula berkisar dunia-dunia gergasi seperti persoalan 'Black Hole' dan 'Big Bang'. Relativiti, walaubagaimanapun tidak mampu menceritakan tentang Big Bang berkenaan pengaruhnya pada dunia subatomik padahal pengaruh Big Bang mesti diterangkan dari dunia subatomik. Barulah selepas itu kita tahu kesannya pada galaksi dan planet-planet. Di dalam hal ini, para saintis pening memikirkan bagaimana untuk mengaitkan kesan radiasi pada graviti sebagaimana kita mahu menghubungkan penerangan dari segi kuantum ke atas graviti. Cabaran paling besar dalam bidang Fizik ialah mencantumkan kesemua teori ini ke dalam satu teori tunggal. Teori tunggal yang mampu menjelaskan semua fenomena alam semesta; dari sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besarnya.
Saintis Fizik kini berlumba-lumba membangunkan apa yang dinamakan 'Teori Segalanya' (Theory of Everything). Sebenarnya banyak cadangan telah diajukan sejak berdekad-dekad yang lepas,namun kesemuanya tidak tetap hujahnya atau tidak sempurna. Apa yang pasti,perkara yang memimpin semua ini, secara faktanya adalah String Theory.
Anda boleh membaca tentang String Theory dalam siri The Matrix (Matrix07-Matrix08).
Asap mampu mengembang dan memenuhi ruang tanpa hilang ke dalam hiperuang iaitu dimensi yang lebih tinggi, jika ia wujud sebenarnya ia lebih kecil dari atom-atom. Jika dimensi lebih tinggi dan lebih besar daripada sebiji atom, kita pasti melihat atom-atom secara misteri teralih dan hilang ke dimensi lebih tinggi di mana penglihatan kasar kita tidak melihatnya.
Jadi saintis berpendapat apa yang dinamakan DIMENSI LEBIH TINGGI sebenarnya lebih kecil dari sebutir atom!
Bayangkan dua keping kertas yang berselari, satu berwarna hitam dan satu berwarna putih. Jika seekor semut hidup di atas setiap keping kertas, masing-masing akan memikirkan kertas itu adalah seluruh alam semesta tanpa mengetahui terdapat lagi alam lain berdekatan dengan mereka. Secara faktanya menerusi kes ini, alam lain itu tidak nampak atau halimunan, semut pada kertas putih tidak tahu ada semut lain yang duduk di atas 'alam' lain iaitu kertas hitam. Setiap ekor semut tadi hanya tahu dunianya sahaja tanpa mempedulikan kenyataan bahawa ada 'alam' lain hanya beberapa inci darinya. Samalah seperti alam semesta kita yang merupakan satu membran yang terapung di dalam 11 dimensi hiperuang di mana kita tidak tahu ada 'alam yang berselari' berdekatan dengan kita!!
String Theory mendakwa ketika Big Bang alam semesta ini yang asalnya satu telah berpecah kepada berinfiniti 'parallel universe'! Inilah permulaan kepada pencarian Stargate.
Bolehkah Black Hole (Seperti Stargate) Wujud Di Bumi?
Kumpulan pakar fizik New Scientist dariRoyal Institute of Technology Sweden terdiri daripada Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki pada 2006 telah menemui satu penemuan menarik dan direkod dalam kertas kajian yang diterbitkan universiti itu. Mereka berjaya mencipta prototaip mesin yang mampu bertindak seperti black hole. Dalam eksperimen mereka, mesin itu dihidupkan dengan bantuan tenaga magnetik dan elektrik bagi menguji tahap radiasi Hawking. Cermin diletakkan dalam mesin itu bagi menguji pantulan sejumlah cahaya yang akan dihalakan ke arah mesin itu.
Kesimpulan yang mereka buat ialah black hole boleh wujud di bumi berdasarkan penemuan iaitu, cahaya yang memasuki mesin itu tidak pernah memantul kembali, sebaliknya diserap terus. Satu-satunya komponen cahaya yang terpantul hanyalah kesan radiasi Hawking daripada sisa cahaya, dan bukan semua komponen dalam cahaya itu terpantul sepenuhnya. Mereka juga membuat kesimpulan bahawa penemuan itu sangat bertentangan dengan hukum pantulan dan tersasar daripada hukum alam semulajadi. Satu-satunya komponen yang boleh memantul ialah radiasi Hawking. (Terdapat beberapa komponen dalam cahaya seperti ultraviolet, haba, radiasi, ion positif, ion negatif dan sebagainya). *Cahaya hanya tidak akan terpantul jika dihalakan ke arah dinding atau objek yang diwarnakan hitam.Eksperimen itu tidak terhenti di situ, mereka kemudian memasuki fasa pengujian kedua iaitu menguji tahap graviti quantum mesin tersebut melalui percubaan untuk menyatukan teori quantum fizik yang pernah dibangunkan Einstein untuk dipadankan dengan teori mereka sendiri. Cahaya sekali lagi menjadi subjek untuk diuji.
"buku ini juga menjelaskan mengenai black hole tiruan (stargate) yang boleh dihasilkan di bumi"
Hasil pengujian itu, mereka kemudian membuat kesimpulan. Black hole yang berkemungkinan boleh wujud di bumi memiliki daya tarikan graviti yang sangat hebat, ia mampu bertindak seperti black hole yang ada di ruang angkasa lepas. Ia juga mampu menjadi medium untuk manusia mengembara merentas waktu. Pusat graviti dalam black hole itu mungkin mempunyai beberapa terowong masa. Itu hanya andaian mereka kerana yang terhasil itu bukan black hole sebenar, ia hanya proses terhasil yang menyerupai black hole. Di bumi, elemen yang paling rapat dengan black hole ialah vortice(vortex) yang mempunyai persamaan dengan sifat puting beliung (tenaga angin).
Puting beliung akan menyedut semua objek yang berhampiran dengannya sama seperti black hole, ia wujud disebabkan keadaan bertekanan rendah (suhu) di pusat kitaran udara bersuhu tinggi atau sederhana. Kita ambil sandaran ini, puting beliung (vortex) terhasil disebabkan wujudnya tekanan rendah di tengah-tengah kitaran udara bersuhu tinggi.Menurut Leonhardt dan Piwnicki, vortex seharusnya mempunyai sifat yang sama dengan kemampuan menyedut cahaya dan benda fizikal. Cahaya pula seperti diketahui menjadi alat untuk mengukur masa disebabkan sifatnya yang pantas bergerak. Kemampuan vortex memerangkap cahaya juga menjadi petunjuk kepada kemungkinan cahaya itu mengembara ke dimensi lain.
Jika vortex mampu berpusing (seperti puting beliung) dalam kiraan sama pantas seperti cahaya, maka ia mungkin mengandungi gas (udara) yang mampu memerangkap cahaya, ia mungkin gas yang mempunyai sifat graviti (tenaga), ia benar-benar memungkinkan black hole boleh terhasil di bumi.Jadi, jelas bahawa vortex memerlukan elemen tenaga untuk terhasil, manakala cahaya mampu mengembara dalam vortex dan kajian tersebut pula hanya menjelaskan dari segi logik, bukan secara ghaib. Untuk mengkaji hubungkait antara tenaga yang dihasilkan manusia dengan bukaan pintu gerbang ghaib, kita perlu kembali kepada aspek ghaib yang sukar dijelaskan dengan penjelasan saintifik.
Bagaimana pula kita mahu menjelaskan vortex (dalam bulatan) yang terhasil seperti asap ini? Mata terbahagi kepada dua mengikut kemampuan ia melihat. Satu jenis mata dinamakan mata zahir dan satu lagi dinamakan mata batin. Mata zahir adalah mata yang hanya mampu melihat bentuk fizikal secara nyata, manakala mata batin pula mampu melihat perkara-perkara ghaib seperti syaitan, iblis dan sebagainya.Mata pula hanya mampu melihat apabila dibantu dengan kehadiran cahaya. Maka, ia sudah tentu mempunyai kaitan dalam memperjelaskan cahaya yang terperangkap dalam black hole, dan juga cahaya yang terpantul iaitu yang tidak dapat diserap oleh black hole.
Kita perlu memahami ayat al-Quran untuk lebih memahami bahawa terowong stargate yang menjadi tempat keluar masuk jin serta syaitan itu sebenarnya wujud di bumi, mereka tidak datang dari angkasa lepas dengan UFO seperti sangkaan kebanyakan daripada kita. (Allah lebih mengetahui segala rahsia dalam al-Quran, manusia tidak pernah termampu untuk membongkar rahsia al-Quran kerana rahsia itu tetap menjadi milik Allah).“
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari balasan Allah), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (dari Allah)” (Quran, ar-Rahman: 33)
Ayat al-Quran jelas memberitahu bahawa jin tidak mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi. Jin pula hanya berlegar dan mengembara di kawasan bumi sahaja, tidak menembus keluar dari bumi. Atau langit juga membawa pengertian yang lebih luas iaitu alam semesta yang juga mustahil untuk ditembusi.Maka teori dalam artikel sebelum ini bahawa UFO itu hanya keluar dari black hole yang terhasil di bumi, adalah munasabah dan boleh digunapakai. UFO yang didalangi jin dan syaitan itu tidak datang dari angkasa lepas, melainkan keluar dari pintu dunia ghaib yang terhasil di bumi. Itu pun jika benar jin dan syaitan akan keluar bersama UFO di akhir zaman nanti. Alam ghaib itu pula wujud di bumi, bezanya hanya ia tidak dapat dilihat manusia menggunakan mata kasar. Segalanya hanya berlaku di bumi dan hanya Allah lebih mengetahui. Namun, apakah yang membuka pintu dimensi berlainan ini? Berbalik kepada kajian yang dilakukan Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki iaitu pintu dimensi dapat dibuka dengan bantuan tenaga yang mencukupi. Kita ambil pula pendekatan ghaib, dosa dan pahala terhasil daripada kesan penggunaan tenaga yang dimanfaatkan iaitu secara positif atau secara negatif. Ia walaupun berlainan sudut pandangan, masih tetap tertakluk kepada konsep penggunaan tenaga manusia yang dijana melalui perbuatan.
Tenaga Ritual: Janakuasa Pasif dan Aktif
Dalam artikel bahagian pertama bab ini menjelaskan mengenai fungsi piramid dan binaan-binaan berbucu yang mampu memanipulasi tenaga bagi menghasilkan vortex yang seterusnya bertindak seperti stargate, malah ia juga dibuktikan dengan eksperimen-eksperimen yang dibuat oleh pakar-pakar fizik. Namun apakah jenis sumber tenaga yang diperlukan sekiranya piramid dan binaan-binaan berbucu ini berfungsi secara mistik?
Maka, kita juga wajar mengambil pendekatan mistik dalam menjelaskan hal ini. Kami hanya sekadar menyampaikan pandangan peribadi yang dipadankan dengan kajian pengkaji dari barat dan ia tidak semestinya betul 100 peratus. Kita bukan mahu mengumpul puzzle dan mencantumkannya menjadi gambar yang jelas kerana hanya ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALA JAWAPAN. Mencantum puzzle untuk menjadikan ia sebagai satu gambaran jelas hanyalah satu amalan para pemikir objektif. Di sini, kita masih berserah kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui segala yang terahsia di langit dan di bumi.
Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima (rujuk bab Tenaga Ritual Bahagian 1). Cuba fahami bahawa setiap perbuatan itu memerlukan tenaga untuk disempurnakan. Ia pula mungkin terdiri daripada hasil tenaga pasif atau tenaga aktif yang sama ada bersifat negatif atau positif.
Allah menjelaskan dalam al-Quran melalui surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 bahawa setiap amalan itu akan dinilai walaupun sebesar zarah. Maka di sini, kita harus melihat kepada satu sandaran bahawa setiap perbuatan itu akan menghasilkan sama ada dosa atau pahala walaupun sekecil zarah. Maka, proses melakukan pahala atau dosa itu juga memerlukan tenaga.
Bersolat itu besar pahalanya, berjemaah pula lebih besar ganjaran pahalanya. Mengingati Allah dalam setiap keadaan juga mendatangkan pahala (sama ada ia berbentuk pahala kecil atau besar, hanya Allah yang menentukan). Bersolat adalah amalan yang boleh kita anggap sebagai amalan mengikut tertib (aktif) (hanya sekadar pendapat, mohon maaf jika pendapat ini silap) kerana memerlukan kita memenuhi segala syarat sah solat seperti wuduk, suci dari sebarang hadas, memenuhi rukun-rukun sah solat dan beserta niat, juga bacaan-bacaan surah al-Quran. Kita melakukannya dengan niat, kita melakukannya dengan fokus, kita melakukannya secara aktif, dengan mengaktifkan setiap perkara rukun yang diwajibkan untuk menyempurnakan solat. Ia adalah hasil tenaga aktif yang berbentuk positif.
Manakala, bersedekah dan menjaga kebersihan pula kita boleh anggap sebagai amalan murni tanpa melalui proses tertib (pasif) yang juga mendatangkan pahala hasil penggunaan tenaga secara positif. Kita tidak perlu tertib mengikut rukun sepertimana solat dan haji untuk menyempurnakan amalan bersedekah dan menjaga kebersihan, hanya cukup dengan berniat ikhlas kerana Allah.
Kita lihat pula contoh tenaga pasif bersifat negatif. Ia adalah keadaan berlawanan dengan tenaga pasif positif. Contohnya kita mencerca orang lain dalam keadaan spontan, berpandangan serong dan enggan mengalah walaupun ternyata melakukan kesalahan, ia mungkin dilakukan secara tanpa niat tapi sudah cukup menyebabkan orang lain berkecil hati dan menyebabkan kita menanggung dosa (Allah Yang Maha Adil lebih mengetahui perihal dosa dan pahala). Kita boleh anggap bahawa ia adalah tenaga negatif yang pasif kerana kita melakukannya tanpa disedari.
Demikian adalah keadaan-keadaan yang menghasilkan tenaga pasif. Kembali pula kepada persoalan, mengapa Dajjal dan para syaitan iblis mahu kita membuat dosa walaupun sekecil-kecil dosa? Di sini, kita boleh membuat andaian bahawa Dajjal dan para iblis mengharapkan dosa dan tenaga negatif daripada kita sebagai kekuatan bagi mereka. Ia juga akan menghasilkan tenaga yang akan dimanipulasi oleh binaan-binaan yang diwariskan Dajjal. Bangunan itu pula dibina dengan kaedah geometri dan kejuruteraan yang khusus melalui kepakaran yang dipunyai oleh Dajjal, kaedah geometri dan kejuruteraan ‘Dajjalism’ itu pula diwarisi oleh keturunan penyembahnya yang terus membina binaan yang mempunyai karekter yang sama dengan konsep ‘sacred geometry’ dan ‘sacred mathematics’. Bangunan-bangunan itu dibina dengan pengetahuan kejuruteraan mistik, maka ia juga mempunyai fungsi yang mistik, ia adalah elemen yang diperlukan bagi membolehkan penjanaan tenaga dilakukan. Kami tidak akan membuat pengiraan matematik atau geometri di sini, kami tidak mahu memeningkan anda semua. (insya-Allah, kita akan mendalami sacred science, sacred geometri dan sacred mathematics dalam bab-bab akan datang).
Kami hanya mahu anda faham bagaimana tenaga pasif itu dihasilkan dan dijana bagi membuka vortex yang akhirnya memberi kemenangan kepada Dajjal. Kita sudah faham apa itu chakra (rujuk bab Mind Control). Namun, dalam masa yang sama juga, chakra adalah contoh asas kepada penjelasan cara tubuh manusia menghasilkan tenaga (disebut aura). Ia bukan sahaja terhasil daripada perbuatan, malah cara minda berfikir juga sudah cukup untuk menghasilkan tenaga. Maka sama jugalah jika kita memperoleh pahala dengan hanya mengingati Allah, ia adalah hasil penggunaan tenaga secara minimum dengan menggunakan minda.
OK, apa jenis tenaga yang dimahukan Dajjal? Apa yang Dajjal buat supaya kita menyumbang tenaga kepadanya? Dajjal mengongkong minda kita melalui projek masterpiece mass-mind control supaya kita tidak henti-henti melakukan perbuatan yang menyumbang tenaga kepadanya untuk membuka pintu vortex. Dajjal mengongkong homunculus (fungsi memori sistem otak), Dajjal juga mengongkong jasad kita. Dia mahu kita jadi ‘tikus generator’ dalam sistem yang diciptanya.
Tikus generator Menurut pakar kaji tenaga bernama Barbara Brennan, Human Energy Field (HEF) (juga disebut aura) dalam sistem chakra ialah kombinasi kompleks melibatkan corak tenaga spiritual, mental, emosi dan perbuatan fizikal seseorang individu. HEF juga adalah sebahagian daripada Universal Energy Field (UEF). HEF boleh diterjemahkan kepada tiga bentuk iaitu tenaga meridian, tujuh chakra dan tenaga tubuh. Setiap bentuk tersebut boleh dijana melalui teknik-teknik penjanaan secara terus (aktif) atau tidak terus (pasif). Chakra juga menurut Brennan, berfungsi sebagai janakuasa dalam menggerakkan tenaga dan dibebaskan sebagai aura (HEF) yang akan bercantum dengan UEF bagi menjadikan seseorang itu lebih sensitif terhadap persekitarannya.
Maka, jelas bahawa tenaga pasif manusia juga mempunyai hubung kait dengan penyatuan tenaga di peringkat universal. Ia akan bercantum dan menghasilkan tenaga yang lebih besar kuantitinya.Tenaga spiritual tubuh termasuk semua getaran yang melebihi kemampuan minda mengandungi maklumat yang turut akan dibebaskan menjadi sebahagian komponen vortex. Ia berkisar mengenai sentimen, kepercayaan, perasaan dan sebagainya yang akan membentuk komponen vortex tersendiri.Tambah Brennan lagi, setiap chakra mempunyai empat tenaga vortice (sebelum bertukar menjadi vortex) yang mana aura yang dihasilkan itu akan berpusing ke atas dan ke bawah (di luar tubuh manusia) setiap kali dijanakan. Tekanan ke atas akan menghasilkan ‘vortex bukaan’ dan tekanan ke bawah pula menghasilkan ‘vortex tutup’ bagi meningkatkan koordinasi tenaga tubuh manusia.
Magnetic field disekeliling black hole. Gambar : NASA |
Kes ini sama seperti kewujudan piramid normal (bucu di atas) dan piramid terbalik (bucu di bawah) yang turut berfungsi sebagai alat menjana kekuatan ‘membuka’ dan ‘menutup’ vortex. Ringkasnya, piramid normal akan membuka vortex dan piramid terbaik akan menutup vortex selepas dibuka. Malah, kes ini juga sama dengan pentagram normal dan pentagram terbalik yang berfungsi sebagai medium amalan sihir di kalangan penganut agama Wicca. Fungsi piramid terbalik tetap sama seperti piramid normal yang mampu memanipulasi tenaga, ia adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.
Namun ia masih perlu memenuhi ‘sacred geometry’ dengan menepati setiap nisbah kiraan mistik bagi membolehkan ia bertindak sedemikian, namun bangunan-bangunan moden di seluruh dunia hari ini kebanyakannya dibina oleh kepakaran kejuruteraan dari Barat yang sudah pasti mempunyai kiraan berunsur mistik sekiranya jurutera Barat itu menganut fahaman kejuruteraan Mason. Nampak? Dalam kes piramid terbalik, bezanya hanyalah arah tenaga itu dihalakan, ke atas ialah membuka dan ke bawah pula ialah menutup pintu vortex. (Hanya Allah lebih mengetahui)
Kiraan dalam sacred mathematics pula tidak hanya berkisar mengenai tambah, tolak, bahagi dan darab, ia memerlukan kaedah pengiraan yang sangat kompleks dan berpandukan formula-formula matematik pelik yang rumit dan sukar untuk difahami. Namun, formula ini kerap digunakan untuk membina binaan Masonic, piramid moden, ukiran batu dan sebagainya. Ia adalah asas pengiraan bagi membina monumen-monumen ritual para penyembah Dajjal. Pengiraan yang mampu menghasilkan bentuk binaan yang tepat dari segi nisbahnya dengan medan magnetik bumi, penggunaan formulasacred mathematics itu juga menjadikan sesuatu binaan berada pada titik yang tepat menghala kepada pusat vortex yang ada di ruang udara. Contoh paling mudah ialah merujuk kepada jajaran ley lines. (Allah lebih mengetahui segala rahsia).
Jajaran ley lines pula boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah matematik moden melalui fungsimatrix equation atau persamaan matriks. Namun ia masih perlu berpandukan beberapa pertukaran fungsi dan diadaptasi ke dalam formula-formula sacred mathematics. Matrix yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti matrix yang menjadi ilusi kehidupan dunia.
Menurut pengkaji vortex bernama Richard Lefors Clarke, pengetahuan terhadap garisan grid bumi yang menjadikan medan magnetik sebagai titik-titik utama di setiap benua merupakan salah satu daripada pengetahuan yang sudah lama berkembang sejak zaman tamadun awal. Grid bumi terdiri daripada aliran garisan geometri di atas tenaga graviti yang terdapat di perut bumi.
Kita sudah tahu binaan berbucu mampu memanipulasi tenaga, tapi bagaimana pula dengan ‘spike’ yang berbentuk piramid yang dipakai pada tangan? Spike ini lazim dipakai anak-anak muda sekarang (lazim dipakai penggemar muzik black metal dan sealiran dengannya), ia juga berbentuk seperti piramid yang melekat pada tubuh setiap kali dipakai, ia juga mampu mengalirkan tenaga untuk digandakan dengan piramid yang lebih besar. Kemampuannya mengalirkan tenaga adalah disebabkan oleh bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.
Dajjal mencipta sistem, manakala manusia pula menggerakkan sistem itu tanpa sedar disebabkan ada keseronokan yang terpampang dalam sistem itu dan terpengaruh dengan agenda mind control. Sistem itu pula berteraskan seks, hiburan, keseronokan melampau dan menjauhkan manusia daripada mengenal Allah. Dan, sistem itu pula bertindak sebagai ‘generator’ yang memerlukan ‘tikus-tikus’ berlari di dalamnya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukannya. Ini bukanlah satu pandangan ekstreme, tapi adalah wajar jika kita tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah kepada diri sendiri dan paling penting kepada agama.
Jika tenaga pasif yang dihasilkan itu adalah secara spontan, ia sudah cukup untuk berfungsi sebagai input kecil bagi menghasilkan lot tenaga yang besar apabila bercantum dengan input-input kecil yang lain, bagaimana pula jika ia diiringi dengan perbuatan melampau yang boleh berubah bentuk menjadi tenaga aktif. Ia akan menjadi lebih berganda. Vortex akan jadi lebih besar.
Kelalaian manusia dalam menjaga perbuatannya juga akan menyebabkan manusia tergelincir daripada landasan dan menyumbang tenaga pasif negatif secara tidak langsung.
Satu sisi yang kita tidak harus pandang ringan, Dajjal sentiasa berusaha menjadikan manusia sebagai angkatan tenteranya dengan menggunakan kepakaran tipu daya yang dimilikinya. Ketika Dajjal keluar nanti, dia mungkin akan mencari penyumbang tenaga negatif terlebih dahulu, tidak kira yang kerap menyumbang secara pasif atau aktif. Ia adalah kerana lebih mudah untuk Dajjal memperdaya golongan yang tidak penah sedar akan agendanya. Dajjal kemudian akan berusaha pula mendekati golongan penyumbang tenaga positif untuk menyesatkan mereka. Dajjal hanya mahu memenangi hati manusia, walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan menang menghadapi ketentuan Allah.
Kita kutip semula pendapat Brennan dan Clarke, manusia mampu menghasilkan tenaga vortex tidak kira walau di mana manusia itu berpijak. Tenaga itu pula akan berganda sekiranya kita berdiri di atas titik medan magnetik bumi. Maka, manusia sememangnya mempunyai keupayaan menyumbang tenaga bagi menghasilkan vortex.
Maka, mahukah kita menjadi orang yang dimenangi Dajjal? Kita akan dimenangi Dajjal jika berterusan menyumbang tenaga kepadanya. Dia pintar, dia tahu segala perihal mistik dan pandai memanipulasi segala peluang mistik yang ada dalam tidak kita sedar.Apabila kita bercakap mengenai lokasi medan magnetik bumi, maka secara tidak langsung juga kita bercakap mengenai arah. Mari kita perhatikan arah-arah tenaga vortex semulajadi ini bergerak. Kita hanya ambil tenaga yang menyerupai vortex seperti puting beliung kerana ia adalah tenaga semulajadi yang diciptakan Allah supaya manusia dapat melihat hikmah daripada kekuasaan-Nya. Ke mana arah puting beliung itu bergerak? Dalam kebanyakan rekod meteorologi di seluruh dunia, puting beliung bergerak mengikut pusingan berlawanan arah jam. Ia adalah vortex semulajadi yang ditunjukkan Allah kepada kita supaya kita berfikir. Kejadian puting beliung adalah fitrah alam semulajadi ciptaan Allah. Islam itu juga agama fitrah yang meletakkan manusia di atas landasan yang benar.
Maka, lihat pula arah ibadat tawaf yang dilakukan jemaah haji dan umrah di Tanah Haram, Baitullah, Kota Suci Makkah. Adakah arah tawaf itu sama dengan arah pusaran puting beliung? Berpusing berlawanan arah jam mengikut fitrah alam semulajadi? Bukankah jelas bahawa Islam itu adalah jalan yang meletakkan manusia di landasan yang difitrahkan? Bukankah tawaf juga memerlukan tenaga? Dan, adakah kita nampak seolah-olah ada pusaran tenaga positif di sekitar Kaabah? Amalan baik yang menghasilkan tenaga positif lah yang akan mengimbangi tenaga negatif yang terhasil. Inilah keseimbangan dalam konsep tenaga.
"Dan, Dia-lah yang telah meletakkan keseimbangan. Janganlah kalian melampaui batas keseimbangan." (Quran, ar-Rahman: 6-7)
Ikutlah jalan fitrah. Jangan ikut jalan yang bertentangan dengan fitrah manusia. Berhentilah daripada menjadi penyumbang tenaga kepada Dajjal, jangan biarkan dia memenangi kita. Sesungguhnya Dajjal sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan keseimbangan tenaga ini bagi memastikan manusia mengikut jalan sesatnya.
Jika manusia terlalu mencintai hiburan dan keseronokan dunia akibat termakan taktik projek masterpiece mind control, maka hilanglah keseimbangan yang menjadi lebih terarah kepada negatif. Maka Dajjal sudah tentu memenangi lebih ramai manusia untuk memerangi Isa al-Masih dan al-Mahdi. Amalan kitalah yang menentukan di saf mana kita akan berdiri dalam perang akhir nanti.(Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi).
Wallahualam... :)
No comments:
Post a Comment