Sebaik-baik hiasan dunia..itulah tafsiran pada seorang wanita..bertanya pada diri, kenapa perlu seksi? mungkin hati berkata, tidak seksi tidak lawa bai.. lu apa tau? Sendiri jalan ketepi jangan pandai-pandai nak mengajar orang lain berjalan lurus, ok, encik ketam?...
Sorry to say lar gugurls...huhu,... bukan nak jaga tepi kain orang even saya sendiri dah ade kain pemberian abah saya yang cukup kacak , kain ‘gajah duduk’..sini saya cuba lontarkan pandangan saya tentang konsep pemikiran soal istilah hidup hari ini. sebenarnya tak perlu seksi pun..kita perlu faham seksi dan lawa sebenarnya dua perkara yg berbeza...jangan sesekali dicampur adukkan..
Ohh realy...? Macam mane tu??
Sabar...rileks dulu...
Ideology dan pandangan rata-rata anak muda sekarang tentang konsep cantik dan lawa sudah terkeluar dari konsep asalnya... bak mudah kata, kita perlu rujuk tentang konsep apa itu cantik? Apa itu seksi..? andai korang berkata, nak cantik perlu seksi ataupun mungkin ada yang mencuba berjinak2 dengan habit seksi nie untuk menutup kehodohan anda, tolonglah....tolonglah....tolong cuci balik otak dan pemikiran korang...mungkin ada telur cicak barat yang sangkut kat wayar pemikiran yang buat kita buta dalam menilai antara hak dan yang batil...
ini lar cicak kalau korang nak tahu....huhu..
Sebenarnya pandangan kita tentang perkara-perkara sebegitu sudah lama dimanipulasikan dengan adanya media-media teknologi zaman sekarang. Betullah kata orang, manusia ini akan cuba mencari jalan untuk membenarkan apa yang salah...
Kepada kaum-kaum hawa diluar sana, sebenarnya tak perlu korang mendedahkan aurat, buka sana buka sini, belah sana belah sini...setiap manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian..andai kita mengadap cermin, kita rasa kita hodoh...(alamak! Muka aku tak macam megan fox lah!!..) perlu ingat, kita ini manusia, apabila dibicarakan tentang soal lihat dan pandangan mata, itu tak lari dari hanya sebuah pandangan ‘mata manusia’...lupakah kita yang Allah pernah berfirman dalam surah at-Tin; ayat ke-4:
“Laqod kholaqnal insaana fii ahsani taqwiim”
ertinya : “Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
( surah at-Tin: ayat 4 ).
See..?? Manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, tak perlu kita ada perasaan kurang bersyukur,...rite?hehee...
Kepada wanita, perlu ke kita mendedahkan sebahagian tubuh kita semata-mata untuk kelihatan cantik?? Disini kita perlu faham, kenapa korang dipanggil sebaik-baik perhiasan dunia.. kita sedia maklum, yang dunia ini penuh dengan tipu daya, lebih banyak perangkap tersedia dan jalan bercabang yang meletakkan dosa dipenghujungnya...dan bila disebut ‘wanita adalah sebaik-baik perhiasan’, dah tentulah kita kena betul jaga maruah, tingkah laku dan kehormatan korang tu...mungkin ia bersifat rapuh, perlu jaga dengan sebaik mungkin...
Tak perlu nak dedahkan apa yang tersembunyi..kalau seksi sampai macam tu sekali pun, cuba kita fikir semula. Perhiasan wanita itu adalah hak sang suami, bukannya hak umum..bukan public okey!? kalau korang tetap nak menghalalkan cara pemakaian tersebut sila jawab persoalan nie terlebih dahulu ok...mas kahwin siapa yang bayar? suami atau orang-orang sekeliling? siapa yang mengadap untuk diakad nikahkan?? suami ke orang-orang sekeliling??
..kalau korang boleh buktikan yang berpakaian tidak cukup kain itu dibolehkan, sila berikan fakta-fakta yang teguh...berikan nas-nas, barulah bernas...kalau tidak ada, harap kita renung-renungkan semula pasal kehidupan sekarang nie..ini ke yang kita nak? sampai bila? jadi inilah mentaliti yang barat cuba tanamkan dari benak minda kita... sekaligus membuang ‘agama’ dalam hidup kita...
Kenapa saya berkata begitu??
Cuba kita rujuk semula apa maksud ‘islam’?? islam atau salam bermaksud ‘sejahtera’...apa yang dimaksudkan dengan sejahtera? Itu bermaksud ia menjurus kepada sebuah tatacara kehidupan yang sejahtera....al-Quran itu Allah telah tegaskan sebagai panduan hidup..begitu bayak persoalan yang tidak tercapai dek akal yang dijawab didalam al-Quran, dan hadis pula sebagai huraiannya...
jadi untuk mendapatkan kehidupan yang sejahtera, oleh kerana Allah terlalu sayangkan hambanya, Dia turunkan al-Quran sebagai tempat kita merujuk untuk hidup secara sejahtera..kita perlu membezakan mana yang haram, dan mana yang halal...mana yang boleh dan mana yang tidak...al-Quran ada menyebut tentang undang-undang, kewangan, ekonomi, sejarah, sains, falsafah, adab dan banyak lagi....semua ini merangkumi dalam aspek kehidupan seharian kita. So, apa yang kita nak diskusikan untuk posting kali ini adalah berdasarkan adab dengan sentuhan yang tidak terlalu subjektif, saya bicarakan tentang isu pemakaian..
Ok mari kita sentuh semula soal seksi tadi...dah terdrift jauh da nie..
Sebenarnya islam tidak melarang kita berhias, tetapi perlu berpada-pada..dalam mempercantik diri atau berhias, Islam menetapkan beberapa aturan. Secara umum, terdapat larangan dalam berhias yang menyerupai berhiasnya orang jahiliyah.
“…Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu…
(Al Ahzab; ayat 33)
(Al Ahzab; ayat 33)
kepada yang akan jawab dengan alasan, "alar...nanti-nantilah, tunggu sampai seru, seru tak sampai lagi nie"..ok, hati-hati dengan kata-kata korang... takut bila seru sampai, waktu tu semua aurat akan tertutup (dikafankan)...
Renung-renungkan....
wallahualam... :)
No comments:
Post a Comment