TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Wednesday, August 3, 2011

IMAN : Antara Seutas Tasbih & Sebuah Janji





Gambar sekadar hiasan jer...huhu..




Ahlan wasahlan wa marhaban bikum ke blog ini...hari  ini 3/8/2011 merupakan tarikh hari ke-3 kita berpuasa...sebelum kita teruskan topik entry kali ini, marilah kita sama-sama mmbaca Al-Fatihah untuk  mendapat keberkatan dari Ilahi...Al-Fatihah....selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w....


untuk posting kali ini mari kita sama-sama bicarakan tentang iman...

Disini saya ada hadiah utk korang...hehe...cerita berbunyi begini..baca dan hayatilah!! wachaaa~...

Kami berkata, "kami beriman! kami islam!! kami berihsan!!!". tanya ahlul zikri, "cuba cerita kt saya apa maksud iman Islam dan Ihsan???" kami terus tersentak kerana selama ni kami tak pernah pun tahu maksud semua tu..lalu ahlul zikri bertanya lagi..


  wahai diri,....apa itu iman?? 
  wahai diri,....apa itu Islam??
  wahai diri,....apa itu ihsan??



apakah hubungan antara mereka dalam diri setiap mukmin???", ahlul zikri tersenyum...

sahabat sekalian....mereka ni diibaratkan seperti sebuah pokok buah. Iman adalah tunjang akarnya, manakala Islam adalah ranting dan dahannya dan Ihsan adalah buah-buahannya. Sekarang meh kita kaji sejauh mana hubungan antara mereka

1) jika akar mati apa kan jadi pada dahan-dahan dan buahnya??
2) jika ranting dan dahan mati bagaiman pokok nak berbuah??
3) jika sebuah pokok tidak berbuah apa kita akan lakukan???
mesti kita akan tebang bukan....kerana pokok ini tak ada hasilnya...

begitulah jua dengan kita...jika kita seperti pokok ini maka kita pun samalah menjadi makhluk yang tak punya hasil...

tapi  jika pokok tersebut subur dan selalu berbuah mesti kita sayang nak tebang malah kita akan menjaga dgn seeloknya..."





ahlul zikri membuka kitabnya....lalu menerangkan kepada sahabat-sahabatnya:

Iman dari segi maksud ialah suatu kepercayaan

Iman dari segi istilah pula ialah membenarkan dalam hatimengakui dengan lidah danberamal dengan anggota

lslam itu tunduk dan patuh mengikut segala perintahperaturan dan panduan secara zahirdan batin yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W.
Ihsan dari segi bahasa ialah membuat sesuatu yang baik

Ihasan dari segi syarak pula ialah peribadatan insan terhadap Allah (penciptanyaseolah-olah dia melihat Allah. Seandainya dia tidak dapat melihat Allah yakinlah bahawa Allahmelihat dirinyaperibadatannya dan mengetahui isi hatinya.
      "kawan...iman tu keyakinan manakala Islam pula perlaksanaan ibadah dan ihsan ialah kemuncak iman...untuk mendapatkan halwatul iman jaganlah pisahlah mereka...sesungguhnya mereka tidak boleh dipisahkan bak pokok buah tadi....ingatlah maksud Iman, Islam dan Ihsan sampai ke akhir hayat" pesan ahlul zikri sambil menangis.....dia terus mengambil tasbih dan mula memuji-muji Allah tanda kesyukuran kepada Allah... 


Apabila iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.
Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.









 

Doa baginda: “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
  1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
  2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
  3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
  4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
  5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
  6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
  7. Berat dalam mengingat Allah.
  8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
  9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
  10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
  11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
  12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
  13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
  14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
  15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
  16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
  17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
  18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
  19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
  20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.




Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
  1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  13. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah
jika ditelusuri....iman merupakan 1 konteks keperluan dalam kehidupan...ternyata ia juga satu seni.. satu anugerah seni yang datangnya dari sang maha pencipta...

disini sahabat saya ada mengirimkan sebuah gubahan lagu...daan saya mohon untuk letakkannya di blog ini..tapi terpulang lar pada kamu kamu dan kamu semua nak membacanya dengan nada syair atau pun gurindam...atau mungkin juga pantun jika teringin pun boleh...hahaha...


"Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang..
Tanya sama ujian apa sebab kencang? Nnti jawab ujian, tanyalah akal..Akal nanti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru..Tengok dalam hati, nampak tempat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang.."




fikir-fikirkan bersama...
ok..sampai sini sahaja untuk hari ini...
selami hati selami jiwa...selami lautan dalam!!! :D

No comments:

Post a Comment