TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Monday, August 1, 2011

HIJRAH





Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.
Bismillahirahmanirahim...  


Seperti yang kita tahu hijrah ini perkara yg baik dan diidam idam semua orang. Walaupun kadang ada segelintir tu macam nampak tak ambil kisah tentang hijrah ni. Tapi jauh dalam lubuk suci hatinya inginkan penghijrahan dalam dirinya,(sehingga sering menangis dalam tawa).. Hijrah punyai dua aspek. Satu hijrah dari kemunafikan ke kesolehan. Dan hijrah dari kesolehan kepada kemunafikan. Akan tetapi bukan semua orang yang tahu apa itu hijrah. Sampai ada satu kawan saya tanya pada saya. 'Kenapa u dah lain?? Dah nak kawin ke?? Atau u dah sakit nak mati??? Saya ketawa kecil dan mengatakan 'saya telah berhijrah'.. Dibalasnya hijrah tu apa?? I tak faham' Ya Allah islam pulak tu yang bertanya.. Berat ni.. Harus diselamatkan....Dibukakan dengan kalimah Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerna masih memberi ruang untuk kita terus hidup dibumi ini,juga kerna hijrahnya kita dengan selamat dari bulan Syabaan kini dibulan seribu bulan iaitu Ramadhan AlMubarak... Sebelum melangkau jauh,mari kita sedekah Alfatiha dulu pada Allah SWT,Nabi Muhammad Saw,Nabi-nabi,Para Rasul,Sahabat Nabi,pejuang Syahid,Para WAli,Imam2,Ulama,Saudara2 juga Keturunan lalu kita... Alhamdulillah syukur pada Rabb yang Agung atas ilhamnya dan izinnya untuk saya menulis karya ke18 saya ini... Segala pujian hanya untuknya,segala ilmu hanya titipan darinya. Seperti yang saya katakan tadi hijrah ada dua jalannya.. 




Saya akan ceritakan atas dasar pengalaman dan penglihatan saya. Saya amat bertuah kerna diberi peluang oleh Allah swt untuk berhijrah. Sesuatu yang tak pernah saya duga dan pinta. Datang atas kehendaknya. Dengan tiba2 Allah swt merubah hidup saya total dan perfect.. Bayangkan hati yang keras dan kematu,yang ibarat batu giling ini.. Diselaputi darah2 dosa hitam,dan kemunafikan dibersihkan dengan mudahnya oleh Allah semahunya. Tanpa ada kepayahan baginya. Seorang yang munafik,diberi hidayah,dan jalan taubat untuk berhijrah... Kedegilan,dosa,dan sisa hidup yang tiada pandu arahnya ini telah berubah menuju kejalan Allah... Allahuakhbar... Alhamdulillah syukur pada Allah SWt yang Maha Pengasih,Maha Pengampun kerna memilih saya,menyucikan saya,mengangkat darjat dan diri saya,juga memberi ketenangan yang amat2 indah(yang tak pernah saya rasa sebelum hijrah).. Ramai juga artis2 dan orang ternama kita lihat berhijrah ke jalan Allah. Antaranya Sham kamikaze,Nora(penyanyi lagu desa tercinta),Irma hasmie,Raja Farah,Catriona Ross,Dragon(Adam korrie Abdullah),Dato Malek Noor(juara bina badan),Maher Zain,Iwan dangdut Dan ramai lagi. Mungkin ramai yang tertanya kenapa hanya orang2 terpilih je yang dapat hidayah dan jalan hijrah ni??? Bagaimana nak dapatkannya?? Ala,tunggu tua nanti la. Balik Haji hijrah la... Adakah orang bukan islam juga bisa berhijrah?? Macam2 persoalan,pertanyaan dan jawapan yang bermain diminda anda. Saya cuba bantu anda. 




Begini jawapannya Hijrah ini datang dengan dimulai hidayah dahulu. Dan setiap orang berbeza cara dan jalan mendapatkannya. Datang dengan kehendak Allah SWT,tidak kira siapa dan apa agamanya,umurnya,bangsanya dan jika Allah SWT berkehendak Maka Jadi,Jadilah Ia.(Kun Fa Ya Kun) Inilah buktinya tanda besarnya,adilnya kuasa Allah SWT. Dan bagi anda yang belum milikinya,jangan gusar,khuatir,dan bingung lagi deh. Setiap insan ada bahagian masing2.. Tunggu masa dan saatnya je... Tunggu dengan sabar ye.. Relax aja dong.. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT... Terima Qada dan Qado Allah SWT.. Jika anda melihat disekeliling anda,ada juga antara kawan anda yang tiba-tiba berubah. Dari tak menutup aurat,dari menunjuk rambut curly,rebonding,dan yang bermacam colournya itu. Kini dah ditutupi rapat mahkota illahi.(sebaik baik tudung) Alhamdulillah.. Sokong mereka bimbing mereka. Jangan perli dan hina mereka...  




Kadang tu bila kawan tu yang sebelum ni jahil,penzina,pendosa. Tiba2 muncul dengan imej berkopiah(ketayap,songkok),berbaju sopan dan segak,dan rajin kemasjid surau bersolat. Digelakkan pula,diperli dengan kata2 yang pedih. Ala,dah buang tebiat la tu.. Eleh wayang je baik,tapi setan. Dah nak mati la tu.. Tu sibuk nak taubat. Kejap je tu,tengoklah... Inilah antara dialog2 pedih dan menikam.Ya Allah.. Cammon bro,ingat orang nak kawin,nak mati baru kena hijrah la.. Silap la apa lu fikir tu... 




Subhanallah.. Ambillah sebagai kekuatan,dan pembakaran semangat juga dugaan  jika terkena pada diri anda.. Biar apa nilai mereka,biasalah sikap manusia hanya tahu berbicara tentang orang. Diri sendiri taknak jaga. Relax boy and gurl yang penting Allah SWT tahu siapa anda,dan Nawaitu anda.. Itulah yang sebaiknya.. Bercakap pula tentang hijrah dari kesolehan ke kemunafikan. Inilah yang paling bahaya. Kerna ini kejayaan besar kerabat2 syaitan(bagaikan berpesta dimalam ladies nite).. Hihihi... Contohnya2 kita lihat anak yang mula membesar,sebelum kenal dunia,ia patuh terhadap Allah SWT,Rasul dan ibu ayahnya. Tapi bila dah kenal dunia. Terbalik pula,dulu pakai tudung labuh,hormat orang tua,sopan,sentiasa solat. Belajar di k.l kini dan terkeluar sana,tersembul sini. Siang bagai malam,malam bagai siang.. Dah takda rules dah.. Solat bukan lagi tiangnya. Masyallah... 




Para2 ilmuwan juga tidak terkecuali,pabila dah terlalu tinggi ilmunya mulalah cakap orang ni tak betul. Orang tu pendosa,tuding sana sini. Dia je yang betul. Last2 ilmu sesat dibawaknya... (kerajaan pantai~ Ayah Pun,huhuhu) Ha,dah2 balai cerita.(bila dah ditangkap.) Cinta juga faktor paling besar hijrah ini.  Dulu sebelum kenal cinta. Langsung tak tahu apa,beramal je kerjanya.. Dah kenal cinta. Nah engkau,berjubah,berketayap tapi menjalankan edisi menyelak kain ditaman2 syurga dunia(pantai2,air terjun,taman reakerasi),tangga2 menuju ke syurganya(rumahnya)... kalau Yer pun nak buat dosa jangan kasi rosak imej islam!!! Nauzubillah... 


Jauhnya melarat dan melencong penghijrahan ini... Tolonglah wei,dah parah ni.... Siapa nak tolong?? Kitalah Cik abang Cik kak oi... Sesuatu yang didamba,bila dimiliki dan dikurnia janganlah sia2 kan nikmatnya... Peliharalah ia sebaiknya. Dan bawalah penghijrahan anda itu kejalan Allah. Dorong jualah sahabat2 anda berhijrah kearah kebaikan.. Pada yang belum memiliki kurniaan ini.. Rajin2kanlah berdoa,dan tangisi diri anda. Kerna Allah sentiasa suka pada orang yang berdoa dan tangisi kesilapan,dosa,dan kelemahannya.. Juga dekatilah orang2 soleh dan yang baik. Agar mengikut kesolehan,kebaikan yang dibawanya... 






Mengertilah apa sebenarnya HIJRAH dalam kontek islam yang sebenar... Akan tetapi.... Allah bisa memberi hidayah,tapi ingatlah jika kita sendiri taknak berubah tak jadi jugak... Pokok pangkal diri sendiri... HIJRAHLAH DEMI ALLAH DAN ISLAM SEIKHLASNYA.. 




Fikirlah dengan seikhlasnya,bertindaklah sebaiknya.. Agar berjaya dunia akhirat hendaknya.. 


                                                                                                                                                        
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.(QS A-LI'IMRAAN 8)..          
                                         
                                                                                                                                                  
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (QS A-LI'IMRAAN 26)         


                                                                                                                           
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(QS AR-RA'D 11).                                                                  




“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.” (Q.S. An-Nisa: 17-18)



No comments:

Post a Comment