TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Tuesday, November 9, 2010

Banyaknya bencana adalah salah satu tanda kedatangan Imam Mahdi


Ucapan Rasulullah SAW yang mungkin bisa menghibur kawan2 yang dirundung 
bencana merapi:
Dari Ali bin Ali al-Hilali RA berkata, Aku masuk ke tempat Nabi SAW semasa baginda sedang sakit, sebelum baginda wafat dan mendapati Fatimah RA duduk di ...sisi kepalanya, sedang menangis. Rasulullah SAW membuka matanya dan bertanya, “Wahai Fatimah, kenapa engkau menangis?” Jawab Fatimah, “Aku takutkan kehilanganmu.”
Lantas baginda SAW bersabda, “Tidakkah kamu tahu bahawa Allah yang Maha Besar dan Maha Pemurah melihat ke bumi sekali dan memilih bapamu dan mengutusnya dengan membawa agama-Nya. Kemudian Dia melihat sekali lagi ke bumi dan memilih suamimu dan mewahyukan kepadaku agar aku mengahwinkannya denganmu. Wahai Fatimah, kita adalah Ahlulbait dan Allah memberikan kepada kita tujuh kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum ini. Dia mengutuskan aku dengan membawa kebenaran, di kalangan mereka adalah AL MAHDI untuk umat ini.
Apabila dunia ini dipenuhi oleh pembunuhan dan penzaliman, BENCANA BERTAMBAH, jalan-jalan disekat, manusia menyerang satu sama lain, yang tua tidak menyayangi yang muda, yang muda tidak menghormati yang tua, (maka pada ketika itulah) Allah yang Maha Besar lagi Maha Pemurah, pada akhir zaman, akan menghantar kepada mereka seseorang yang akan menguraikan segala kekusutan dan membuka hati-hati yang telah termateri dan memperbaharui agama-Nya seperti yang aku lakukan pada awalnya. Dan dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan penindasan.”
(Abu Nuaim).

No comments:

Post a Comment