Maka selalunya budak-budak akan menjawab tidak pasti atau ada banyak pilihan. Lalu "orang-orang dewasa" pun berkata, "Awak mesti jelas masa depan awak dan matang membuat pilihan".
Maka saya yang masih muda pun terasa begitu rendah diri apabila "orang-orang dewasa" mengatakan saya ini tidak jelas masa depan dan tidak matang membuat pilihan.
Maka penat-penatlah saya merenung masa depan saya, memikirkan nak jadi apa besar nanti.
Bayi adalah makhluk yang hebat dan genius, tetapi sistem pendidikan telah membuat kita semua menjadi bodoh apabila dewasa
Tetapi saya masih keliru. Saya minat falsafah, agama, ekonomi, politik, sejarah, matematik, sains, muzik, seni lukis, mengarang, askar, peguam, perunding motivasi, pakar psikologi, berniaga, menjadi guru dan banyak-banyak lagi.
Tetapi "orang dewasa" kata, saya mesti pilih satu sahaja. Dan saya yakin, bukan saya sahaja yang mempunyai cita-cita dan minat yang banyak, tetapi semua kanak-kanak pun sama. Kenapa kita harus pilih satu je daripada semua-semua tu?
Kerana "orang dewasalah" yang telah melenyapkan kesemuanya menyebabkan kita hidup tertekan, hilang minat belajar, stress dengan kerja dan lain-lain. Maaf ye orang-orang dewasa, saya sebenarnya bukan nak salahkan anda semua, tetapi saya ingin menyalahkan........
SISTEM PENDIDIKAN
Apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang?
Pertama sekali, ingin saya timbulkan satu persoalan, kenapa kita perlukan pendidikan?
Ya, sudah tentulah supaya kita menjadi pandai.Tetapi "orang dewasa" kata, saya mesti pilih satu sahaja. Dan saya yakin, bukan saya sahaja yang mempunyai cita-cita dan minat yang banyak, tetapi semua kanak-kanak pun sama. Kenapa kita harus pilih satu je daripada semua-semua tu?
Kerana "orang dewasalah" yang telah melenyapkan kesemuanya menyebabkan kita hidup tertekan, hilang minat belajar, stress dengan kerja dan lain-lain. Maaf ye orang-orang dewasa, saya sebenarnya bukan nak salahkan anda semua, tetapi saya ingin menyalahkan........
SISTEM PENDIDIKAN
Apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang?
Pertama sekali, ingin saya timbulkan satu persoalan, kenapa kita perlukan pendidikan?
Tetapi,
sedarkah anda bahawa sistem pendidikan sekarang tidak melahirkan golongan pandai pun.
Sejak dari tadika sehinggalah tamat PhD, adakah anda fikir seseorang itu akan jadi pandai setelah melalui satu sistem pendidikan untuk sekian tempoh masa?
Tidak, dia tidak menjadi pandai, tetapi sebaliknya.
Kerana sistem pendidikan sekarang bukanlah bertujuan untuk melahirkan orang pandai, tetapi untuk melahirkan ORANG BODOH.
Kita lihat sistem politik zaman sekarang. Kita mengguna pakai sistem KAPITALIS. Apa yang ada dalam sistem Kapitalis?
Dalam sistem ini, hanya ada 2 golongan. Golongan pemodal dan golongan pekerja. Dengan sistem ini, golongan kaya akan bertambah kaya, manakala golongan miskin akan menjadi semakin miskin.
Dan jika anda perasan, yang memegang pemerintahan negara bukanlah orang-orang politik, tetapi orang-orang kaya. Kita lihat dengan duit mereka boleh membeli apa-apa sahaja. Ini kerana dalam sistem Kapitalis, apa yang boleh dijual, akan dijual, dan apa yang boleh dibeli, akan dibeli.
Dalam sistem ini, manusia hidup ibarat robot. Mereka hanya melakukan satu kerja, dan mengulang-ulang kerja tersebut hingga berpuluh-puluh tahun. Mereka tidak pernah pun berfikir tentang itu kerana mereka sangka mereka golongan yang hebat dan termasuk dalam golongan cerdik pandai, ijazah-ijazah yang banyak, sedangkan ijazah itu hanyalah bagai cop sirim yang akan menjadikan kita ini "robot berkualiti".
Apa yang golongan kaya perlukan, hanyalah pekerja. Kerana dengan pekerjalah mereka akan menjadi kaya. Cuba teka, dari mana mereka mendapat para pekerja yang taat?
Jawapannya daripada sistem pendidikan. Ya, sistem pendidikan telah digunakan untuk melahirkan ramai pekerja-pekerja yang taat. Dan minda kanak-kanak perlu ditanam bahawa mereka perlu belajar untuk bekerja. Jika mereka tidak ingin belajar, mereka perlu terus bekerja. Dan akhirnya berebut-rebutlah golongan-golongan muda yang ditipu untuk belajar supaya mereka dapat bekerja.
No comments:
Post a Comment