TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Tuesday, November 9, 2010

Kalaulah Tuhan Dikenali

Kalaulah orang kenal Tuhan
Kalaulah orang kenal peranan Tuhan
Jika orang tahulah Tuhan diperlukan
Kalau orang fahamlah kasih sayang Tuhan
Manusia sanggup berjuang keranaNya
Manusia sanggup berkorban kerana Tuhan
Manusia sanggup menderita keranaNya
Manusia sanggup gadai nyawa kerana Tuhan
Kalaulah manusia tahu Tuhan adalah segala-galanya
Manusia sanggup terima ujian keranaNya
Sanggup buat apa sahaja keranaNya
Manusia sanggup jadi apa sahaja kerana Tuhan
Kalaulah manusia faham Tuhan ini siapa sebenarnya
Dia adalah pengurus seluruh keperluan kita
Sudah tentu manusia jatuh cinta
Manusia akan hidup mati keranaNya
Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja keranaNya
Cintakan Tuhan, cinta yang paling mahal
Cintakan selain Tuhan, adalah cinta murahan

No comments:

Post a Comment