TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Wednesday, December 1, 2010

KONSPIRASI ILLUMINATI DI FACEBOOK



Assalamualaikum,
Anda semua tentu tahun Facebook kan? Facebook merupakan sebuah syarikat yang bertapak di Palo Alto, California,  Amerika Syarikat (maaf kalau salah eja) dan dibangunakan di dalam bilik asrama (dorm) Universiti Hardvard oleh seorang pelajar jurusan Sains Komputer pada mulanya. Pelajar tersebut merupakan keturunan Jewish (Yahudi) iaitu Mark Zuckerberg. Hmm…itu mungkin ramai yang sudah tau kan…so, sekarang ini saya nak bertanya, anda tahu Illuminati atau Freemason?
Oh, jika anda semua tidak tahu, mari saya terangkan dahulu, Illuminati dan Freemason merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan dalam usaha untuk mewujudkan tata dunia baru (New World Order) iaitu misi mengawal dunia . Organisasi ini jika dikaji bekerja menggunakan nama Dajjal Laknatullah dan menggunakan pelbagai media untuk menghasut manusia terutama orang Islam dalam usaha menghambakan diri kepada Dajjal Laknatullah dan menanam sihat cintakan Dajjal. Illuminati menggunakan logo jangka lukisan geometri atau piramid yang mempunyai satu mata (hanya satu yang melihat dan menguasai).



Illuminati dan Freemason ini banyak mempunyai syarikat-syarikat dan usaha sama dalam pasaran semasa dan jika anda nak tahu, lebih daripada 100 syarikat dari segi perdagangan, pembangunan dan aset, malahan teknologi maklumat (ICT) mempunyai kaitan dengan pertubuhan Illuminati dan Freemason ini.
Keterangan lanjut anda boleh saksikan dalam wang kertas Amerika Syarikat ini sendiri.






----------------------------------------------------------------------------------------------

Dibawah merupakan cara organisasi lengkap untuk menjayakan Tata Dunia Baru (New Word Order)



Untuk memahami lebih lanjut tentang kewujudan program Tata Dunia Baru (New World Order), anda boleh menyemak posting sebelum ini.
Berbalik kepada topik blog, selain kegilaan dan sokongan dari syarikat-syarikat besar tersebut, Illuminati dan Freemason ini, terdapat kumpulan sokongan pelajar Yahudi di Universiti-Univerisiti Harvard yang dikenali sebagai Alpha Epsilon Pi (sorry kalau salah ejaan). Untuk pengetahuan anda, Mark Zuckerberg merupakan salah seorang ahli kumpulan tersebut dan lebih 50% hasil yang didapati dari Facebook disumbangkan untuk kegunaan pertubuhan tersebut, kalau saya tak silap, kisah ini pernah diceritakan oleh sebuah majalah AL-Islam sebelum ini. Menurut seorang pakar Teknologi Maklumat, Ridz Yudhistira, Facebook dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak Israel untuk menyokong tentera Israel semasa peperangan di Gaza selain kewujudan Facebook yang menjadi tunjang kepada pembangunan laman web Kerajaan Israel dan laman web Perdana Menteri Israel.
Selain dari Facebook dijadikan bahan kontroversi, terutama selepas kecoh pelanggaran idea dan hak asal pertubuhan ConnectU, Facebook dikatakan agak rasis juga apabila kumpulan penyokong Israel dan organisasi Yahudi tidak di’ban’ kan tetapi akaun akaun pengguna Islam kebanyakkan disekat daripada akses. Ambil saja contoh Kumpulan Peminat (Fan Page) Cyber Jihad (Indonesia)yang memperjuagkan suara dan hak asasi Islam dalam dunia siber, akaun kumpulan tersebut ditutup oleh pihak pengurusan Facebook sebaik sahaja Fan mencecah 18 ribu orang.
Facebook mendapat keuntugan dari iklan yang wujud melalui kaedah cost per click (lebih kurang samer cam Google Adsense tu), dan setiap klik bagi 1 iklan membawa kepada keuntungan US$.50 dan bayangkan untuk 10 iklan? Okey, saya bukannya nak menggalakan anda semua menutup akaun Facebook (hakikatnya akaun Facebook hanya yang diisytiharkan sebagai tutup hanyalah penipuan semata-mata, akaun tersebut hanya dinyahaktifkan). Kita bukanlah tidak dibenarkan menyertai Facebook, malahan hukum sertai Facebook telah pun ditetapkan iaitu HARUS. Sila rujuk website Harian Metro untuk maklumat.
Penglibatan unsur Freemason dan Illuminati dan Facebook dapat dilihat lagi apabila berlaku kes-kes keganasan (terrorist). Suspek-suspek akan dapat dikesan dengan pantas. Tahu serangan di Mumbai? Bayangkan kurang dari pada 2 jam, suspek serangan telah pun dikenalpasti. Pelik bukan?
Ikuti Sambungan Entri ini Konspirasi Facebook Edisi 2 nanti.

No comments:

Post a Comment