Bissmillahirrahmanirahim...
Posting kali ini berdasarkan ape yang telah berlaku...Saya teringat sebuah kisah yang tertulis dalam sebuah buku. Dah lama dah saya baca buku tu, tak ingat buku ape. Dalam buku tu, dia ada cerita tentang sebuah forum yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam. So, tetibe, ada seorang bangsa Cina (tak pasti sama ada beragama atau atheis) bangun bertanya satu soalan kepada ahli panel forum tersebut. Soalannya berbunyi begini:
"Kalau Allah tu Maha Berkuasa, bolehkah Dia cipta sebuah batu yang sangat besar dan berat sehingga Dia sendiri tak mampu mengangkat batu tu.
Kalau Dia tak boleh cipta batu berat tu, bermakna Dia bukan Tuhan kerana Tuhan boleh cipta apa sahaja.
Dan kalau Dia boleh cipta batu tu dan Dia tak boleh angkat batu tu, itupun bermakna Dia bukan Tuhan kerana Tuhan boleh buat apa sahaja.....".
Lebih kurang macam tu la soalan dia. Kejadian tu kat Malaysia la, cume tak ingat kat mana. And then, saya teruskan membaca buku tu, ingat ada jawapan dia, tapi rupa-rupanya takde sape pun ahli panel yang boleh jawab, termasuklah orang yang buat buku tu. Ceh, hampeh tol. Takpe-takpe, saya cube lupakan persoalan tu tapi tak dapat jugak. Makin lama, soalan tu macam menghantui hidup saya, lalu saya pun tanya la ustaz-ustaz dan sesiapa yang boleh ditanya, tapi jawapannya semua tak memuaskan.
Lama jugak soalan tu bersarang, menyebabkan saya sentiasa berfikir. Ada ustaz bagi jawapan, kalau nak jawab soalan tu, kne timbulkan persoalan lain, tapi apa persoalannya?
Well, disebabkan takde jawapan, biarlah ia terus bersarang di hati ku ini. Macam orang-orang tua selalu kata, belajar rajin-rajin, boleh jadi orang pandai. Jadi saya pun belajar la. Belajar la matematik, biology, kimia dan semua-semua tu. Tapi saya jadi pandai ke? Adakah kita semua jadi pandai sebab dah belajar dari darjah satu? Tak! Makin belajar, makin bodoh. Kenapa? Kerana sistem pendidikan sekarang disusun begitu rapi oleh para tentera dajjal supaya orang yang berjaya menamatkan sistem pendidikan ini tidak akan jadi pandia, tetapi jadi bodoh.
Saya selalu bertanya kepada mereka yang berasa dirinya "lebih makan garam" atau "dah lama hidup". Mereka selalu bagi nasihat kat saya macam ni. "Belajar rajin-rajin, boleh ubah sistem ni". Betul ke? Dalam sistem pendidikan formal ni, orang yang belajar tidak akan mampu mengubah sistem, sebaliknya akan menjadi sebahagian daripada sistem. Sebab tu penajajah dulu hapuskan sistem pengajian pondok. Kenapa? Kerana pengajian pondok dapat melahirkan saintis, ahli falsafah, pakar undang-undang, pakar ekonomi, pakar muzik dan banyak lagi. Sebaliknya, sistem pendidikan formal hanya mampu melahirkan orang yang hanya pakar satu bidang. Kalau betul pengajian pondok tak elok, mesti British dulu tak hancurkannya.
Macam mana ada orang kata belajar tu perkara yang berfaedah? Takpelah, dah lari tajuk ni. Berbalik semula kepada persoalan tadi, saya terus mencari dan mencari dan akhirnya saya jumpa satu jawapan yang bukan hanya menjawab persoalan tersebut, tetapi saya dapat lebih daripada apa yang saya mahu.
Matriks Dunia.
Ia terjawab dalam rukun Iman yang ke-enam, Qada' dan Qadar. Ini pun mungkin saya tidak sempat untuk huraikan di sini, tetapi bila kita cuba memahami tentang hakikat dunia dan diri ini, kita akan sedar bahawa semua ini tidak wujud. Pakar motivasi selalu kata, kita kena jaga masa. Tapi tahukah mereka bahawa masa itu tidak wujud? Memang Al-Quran ada menyebut tentang masa, tetapi hakikatnya masa itu tetap tidak wujud. Sama seperti Allah menyebut bulan, bintang, bumi, pokok dan air yang hakikatnya semua perkara itu tak wujud pun.
Cuba kita renung pada ayat Al-Quran yang meceritakan kepada kita bagaimana Nabi Adam ketika mula-mula dicipta. Allah telah mengajarkannya "nama-nama" benda di dunia. Cube perhatikan, kenapa Allah menggunakan perkataan "nama" atau dlm bahasa Arab Asma'. Ini bermakna, apa yang ada di muka bumi ini bukanlah betul-betul wujud. Adakah wujud pokok di bumi ini? Jawapannya tidak. Yang wujud hanyalah sesuatu yang bernama pokok.
Adakah wujud air di bumi ini? Tidak, yang wujud hanyalah sesuatu yang bernama air. Adakah wujud monyet dalam dunia ini? Jawapannya tidak. Yang wujud hanyalah sesuatu yang bernama monyet. Ya, sesuatu yang boleh dilihat, dipegang, disentuh, didengar dan dirasai oleh pancaindera sehingga kita menyangkakan ianya adalah benar-benar pokok, air dan monyet.
(kosep dunia fana' ini mungkin akan diceritakan dalam posting yang akan datang).
Dan lebih-lebih lagi apabila "dunia baru" dicipta. Dan kita akan lihat manusia semakin tidak kenal dunia yang sebenar. Lebih-lebih lagi perkara yang lebih "wujud".
Berbalik kepada persoalan awal tadi. Bila kita sebutkan batu yang berat, ini bukanlah bermakna batu itu betul-betul berat. Sebaliknya, minda kita menyangka batu itu berat. Tahukah anda apa itu berat?
"Berat" wujud kerana Tuhan telah memprogramkan bahawa setiap benda yang mempunyai jisim akan ditarik oleh satu daya yang dinamakan graviti. Jika cuba dijadikan formula, berat diukur dengan jumlah jisim di darab dengan 9.8. Akan dapatlah berat atau weight.
W=mg.
Saya tak pasti la tepat mana formula ini.
Dan jika ingin dijadikan formula, seluruh kehidupan kita ada formulanya.
Ia sama seperti permainan komputer. Mainlah game apa sahaja, apa yang berlaku dalam game itu sebenarnya tidak berlaku dan apa yang ada dalam game tu sebenarnya tidak wujud.
Maka apabila seseorang bercakap mengenai sesuatu yang bernama "berat", maka ianya merujuk kepada satu peraturan alam yang mewajibkan semua benda yang berjisim untuk ditarik oleh graviti. Maka apabila ia adalah peraturan alam, maka Tuhan tidak terikat dengannya sama sekali. Ini kerana, peraturan alam telah disusun rapi oleh Allah supaya tiada siapa pun yang boleh mengaku "paling kuat" dan tiada hidupan bumi pun dapat mengaku sebagai Tuhan.
Tiada siapa yang boleh menjadi paling kuat kerana Allah telah menjadikan hidupan di bumi ini saling memerlukan. Dan kalaulah korang semua jumpa si Dajjal yang mengaku sebagai tuhan tu, soalan orang Cina tu mungkin soalan yang paling bagus untuk tanya dia sama ada dia boleh cipta atau tak batu tu, dan sama ada dia boleh angkat tak batu tu.
Dan saya berterima kasih kepada orang Cina itu tadi kerana dia sebenarnya tidak menghakis kepercayaan saya terhadap Tuhan pun, sebaliknya menyebabkan saya bertambah yakin bahawa Tuhan tidak berada di alam nyata kerana jika Tuhan berada di alam nyata, sudah tentulah Dia terikat dengan peraturan alam semula jadi ini.
Kesimpulannya, Allah tidak terikat pada peraturan dunia ini, sebagaimana manusia tidak terikat pada peraturan yang ada dala dunia komputer. Maka, mungkin perkataan BERAT bagi Allah tidak mempunyai apa-apa makna, maka soalan orang Cina itu hanya valid bagi mereka yang hidup di muka bumi ini sahaja.
Wallahu A'lam.
Dan saya berterima kasih kepada orang Cina itu tadi kerana dia sebenarnya tidak menghakis kepercayaan saya terhadap Tuhan pun, sebaliknya menyebabkan saya bertambah yakin bahawa Tuhan tidak berada di alam nyata kerana jika Tuhan berada di alam nyata, sudah tentulah Dia terikat dengan peraturan alam semula jadi ini.
Kesimpulannya, Allah tidak terikat pada peraturan dunia ini, sebagaimana manusia tidak terikat pada peraturan yang ada dala dunia komputer. Maka, mungkin perkataan BERAT bagi Allah tidak mempunyai apa-apa makna, maka soalan orang Cina itu hanya valid bagi mereka yang hidup di muka bumi ini sahaja.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment