Ayat surah as-Sajaddah:
“ Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniup padanya” Roh ciptaanNya. Dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran). (supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.”
Ayat diatas menyatakan kejadian manusia itu, Allah tidak mengatakan “mengurniakan kepada kamu telinga, mata, dan otak, sebaliknya Allah mengatakan “Pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran)”.
Penemuan sains menunjukkan pendengaran, penglihatan dan akal amatlah penting dalam pembentukan insan. Kajian sains khususnya yang dilakukan oleh Dr. Chamberlain dari Amerika membuktikan janin dalam rahim ibunya boleh mendengar suara mereka yang bercakap dengannya semenjak janin itu berusia 30 tahun lagi. Malah kajian sains Dr. Stephen Evans dari universiti Keele berjaya membuktikan janinn dalam rahim ibu mampu mendengar dan mengingati suara ketika mencapai 20 minggu. Dr. chamberlain juga membuktikan mata janin dalam perut mampu memfokus semasa berumur 31 hingga 32 minggu.
Bagaimana Nabi Muhammad tahu tentang perkembangan bayi dalam perut ibu? Sedangkan pada zaman itu, manusia manusia masih jahil tentang hal ehwal janin...
Bagaimana Nabi Muhammad tahu tentang perkembangan bayi dalam perut ibu? Sedangkan pada zaman itu, manusia manusia masih jahil tentang hal ehwal janin...
-------------------------------------------------------------------------- sisipan khas. Tentang matahari: Matahari terletak diluar galaksi bima sakti dan matahari beredar mengikut orbitnya sendiri; kadar kelajuannya 220kilometer sesaat. Dalam al-Quran yang diturunkan melalui Nabi Muhammad di surah Yasin ayat 38 Allah berfiraman: “Dan matahari ditempat peredarannya dan itulah ketetapan Yang Maha Perkasa dan Maha mengetahui”. Hanya pada kurun ke-20ahli astronomi menemui tentang pusat galaksi dan juga mengetahui bahawa matahari ini beredar mengelilingi galaksi bima sakti. Sedangkan didalam al-Quran, sudah memberitahu tentang hal ini lebih kurang 1400 tahun dahulu. |
No comments:
Post a Comment