Secara asasnya, agama-agama di dunia ini boleh dibahagikan kepada 2 golongan utama.Yang pertama
dipanggil agama-agama ‘Aryan’. Dan keduannya dipanggil agama-agama ‘Semitik’.
Antara agama-agama Aryan adalah agama hindu, buddha, zoroastrian. Ini adalah dari golongan Aryan. Antara agama-agama Semitik pula adalah agama yahudi, kristian dan Islam.
Secara ilmiahnya ketiga-tiga agama semitik ini merangkumi atau berasaskan kesatuan tuhan. Kerana di dalam ‘asas’ ajaran nabi Musa a.s, nabi Isa a.s dan nabi Muhammad s.a.w... tidak ada walau satu pun perbezaan.

Kenapa saya berkata begitu?
cuba fikir...
fikir.....
jangan tau main skrol jer....hehehe....
Allah telah mengurniakan kita logik dan akal fikiran. Dan melalui 2 alat inilah manusia akan dapat mencapai kebenaran dan kebijaksanaan sejati. Bagaimana pun di dalam ‘penggolongan agama’ terdapat terdapat banyak perbezaan. Apabila saya berkata tidak ada perbezaan diantara asas-asas agama-agama ini, apa yang saya maksudkan adalah seperti ‘suruhan pertama’.
ok, saya buktikan....
Suruhan pertama yang diberikan Allah s.w.t kepada nabi Musa a.s. di dalam bahasa Hebrew:
“Syaman israeil adhena ilakhoiri adhena ikhad”
Yang bermaksud: ‘sinilah Israel, tuhan kita.tuhan kita maha satu’.
kemudian, lebih kurang dalam 1350 tahun selepas itu, seorang lelaki dari kaum Yahudi datang kepada nabi Isa a.s. dan menyoal baginda.
Lelaki yahudi itu bertanya: ‘Tuan, apakah suruhan pertama agama?’
Dan kemudiannya nabi Isa a.s. menjawabnya di dalam bahasa Hebrew:
“Syaman israeil adhena ilakhoiri adhena ikhad”
Yang bermaksud: ‘sinilah Israel, tuhan kita.tuhan kita maha satu’.
Jadi ini bermakna baginda telah mengulangi perkataan-perkataan yang sama yang telah dikatakan oleh nabi Musa a.s 1300 tahun yang dahulu!
Kerana di dalam asas-asas agama, dan kepercayaan tiada apa beza sekali pun. Jadi disini kita boleh simpulkan bahawa baginda nabi Isa telah mengesahkan kata-kata Nabi Musa a.s.
Lebih kurang 600 tahun selepas nabi Isa a.s. seorang wakil kritian datang bertemu Baginda Rasulullah s.a.w. di Madinah. Dan mereka berbual selama 3 hari, 3 malam di Masjid Nabawi iaitu masjid Nabi Muhammad.\
Di dalam perbualan mereka itu, wakil kristian itu mengemukakan satu soalan kepada nabi Muhammad.
Di dalam perbualan mereka itu, wakil kristian itu mengemukakan satu soalan kepada nabi Muhammad.
“beritahulah saya, apakah konsep kamu tentang Tuhan?”
Dan baginda Nabi Muhammad s.a.w membalas:
“Qu huallahu ahad”
Yang bererti: “Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah yang maha Esa” (al-Ikhlas: ayat 1)
Nabi Isa a.s berkata; ‘Ikhad’ yang bermaksud SATU-SATUNYA..
Nabi Musa a.s pula berkata; ‘Ikhad’ yang bermaksud SATU-SATUNYA..
hah!? iye ke?? lar...setiap hari kita menyebut surah al-ikhlas dalam bacaan solat kita...rupa-rupanya jawapan bagi membuktikan bahawa rasul dan nabi kesayangan kita memperoleh suruhan yang sama ada di dalam surah al-ikhlas....
fikirkan bersama...
nampak x?

Jadi, apa bezanya??
Tiada perbezaan...kerana ia adalah perkataan yang sama yang juga membawa maksud kata akar dan erti kata yang sama!
Wallahua’alam....:)
No comments:
Post a Comment