Ayat ke 17 dalam surah al-Gashiyyah yg berbunyi: “mengapakah mereka yang kafir masih mengingkari akhirat, tidakkah mereka memerhatikan keadaan sebagaimana ia di ciptakan?”
Apakah hikmah dan pengajaran yg kita blh dapati daripada haiwan yang bernama unta?? Kenapa pulak al-Quran banyak kali mengulangi nama & sifat unta? Pernah tak terfikir? Dan knp pulak kita diseru supaya kita berfikir tentang kejadian unta?
Sebenarnya banyak yg kita boleh pelajari disebalik kejadian unta.
Ulama telah membuat kajian pasal unta nie, dan didapati unta mempunya beberapa sifat terpuji yang harus kita fikirkan bersama. Dibalik hakikat penciptaan unta, Allah telah selitkan tarbiyah secara Direct dan perlu kita analisa dengan menggunakan akal fikiran. Antaranya ialah:
1. Unta mempunyai sifat sabar yang tinggi, sebab tu lah ia mampu merempuh padang pasir yang panas tanpa sebarang dan salji yang sejuk bantahan. Jadi, manusia perlulah belajar sikap tersebaut khasnya dalam memperjuangkan islam.
2. Unta nie sangat2 taat kepada tuannya, sebab itulah unta nie senang untuk dipelihara. So, manusia perlu taat kepada Allah s.w.t dan mudah amalkan agama.
3. Unta nie mempunyai daya ingatan yang agak kuat dimana ia benar2 kenal akan tuannya dan tempatnya kembali (tak perlu nak tengok ‘google maps’ ataupun pakai GPS pun). Jadi, kita juga haruslah kenal dan tahu tempat kembali iaitu akhirat. Jangan wujud sifat ‘hubbud dunya’.
4. Unta tidak akan berkongsi (pasangan)macam haiwan lain. So, kita sebagai manusia yang diberi akal dan amanah sebagai khalifah kat muka bumi nie harus jaga maruah dan keluarga.
5. Unta panda menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling. Jika musim sejuk, kulitnya akan manjadi baju sejuk untuknya kerana ada aliran pemanas badan.kalau musim panas akan berasa selesa juga kerana kulitnya mampu menyesuaikan diri. So, maknanya manusia nie perlulah pandai bergaul dengan masyarakat, bukan sombong dan tidak sabar dengan suasana sekeliling. Bila diberi ujian jangan mudah mengeluh.
6. Bahagian-bahagian unta banyak manfaatnya. Hati unta, daging unta, susu unta bahkan air kencing unta pun boleh dijadikan ubat. Jadi, kita sebagai manusia yang kerdil di bumi Allah nie perlu jadikan diri kita sebagai insane-insan yang sentiasa member manfaat untuk umat dan bukannya racun yang memudaratkan bagi umat.
nie lar unta kalau nak tau....hensem kan?
semoga bermanfaat…wallahu’alam.. :)
No comments:
Post a Comment