TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Monday, May 16, 2011

POLITIK KANGKUNG CAP AYAM

Kita suka berborak mengenai sesuatu. Bila berborak, selalunya kita lebih suka berborak mengenai sesuatu yang menyeronokkan, yang santai-santai. Tapi ada juga orang yang suka berborak pasal benda-benda yang berfaedah.
Kalau berborak mengenai benda yang sia-sia, semua orang pakar. Tapi bila nak berborak mengenai sesuatu yang berfaedah ni, tidak ramai yang minat.

Orang kata, student-student IPT ni sepatutnya mempunyai pemikiran yang matang dan perbualan mereka pun sepatutnya lebih matang.

Macam mana tu perbualan yang matang?
Maybe ia lebih kepada perbincangan kot. Kita berbincang dengan kawan-kawan kita tentang masalah dunia dan masalah negara. Ape-apelah.

Untuk posting kali ini, let's talk about politics lah...       


Ada orang suka berborak pasal politik.

Ada orang kata, sebagai orang muda, kitalah aset penting dalam politik negara. Oleh itu perlulah kita ambil berat mengenai politik.

Ada juga orang kata, politik ni mengarut. Tak payah susah-susah fikir pasal politik.

Ada gak yang kata, politik ni tak dapat dipisahkan daripada Islam. ???

Well, daripada ketiga-tiga kenyataan di atas, saya sokong kesemuanya dan juga membantah kesemuanya.


Macam mana tu?

Senang cite macam ni lah. Sebelum nak berborak mengenai politik, kita kena faham dululah apa kepentingan politik kepada negara kita. Kita kena faham erti politik yang sebenar.

Walaubagaimananpun, politik yang sedang dipraktikkan, diamalkan dan disembah oleh masyarakat satu dunia pada hari ini adalah POLITIK KANGKUNG CAP AYAM.



Logo cap ayam yang ni takde kene mengene dengan politik kangkung cap ayam, sekadar gambar hiasan


Wau! apa tu?


definition:
Well, bila disebut kangkung, bermakna ia merupakan satu tumbuhan yang selalunya suka tumbuh di tebing-tebing longkang yang busuk lagi hanyir (selalunya).

Bila disebut cap ayam pula, bermakna ianya simbolik kepada satu brand yang palsu, tetapi kelihatan seolah-olah macam brand yang original.


Dan bila digabungkan perkataan "POLITIK", "KANGKUNG"dan "CAP AYAM", ia memberi makna bahawa politik yang hina dan jijik juga tidak sehebat yang anda bayangkan kerana ia cuma brand palsu.


Kesimpulan pertama, sesiapa yang berjuang dalam bidang politik pada hari ini, bermakna ia sedang berjuang dalam satu bidang yang hina dan jijik juga palsu (rilek dulu jgn marah geng...).

Maka para penyembah politik zaman sekarang mungkin akan cakap,"hancurlah negara ni kalau takde siapa nak join politik" ataupun mungkin akan ada orang akan cakap "dalam Islam, aspek politik tidak boleh dipinggirkan dan kita harus menyertainya".




Jawapan saya?
POLITIK YANG ADA SEKARANG ADALAH POLITIK KANGKUNG CAP AYAM DAN ISLAM TIDAK PERNAH AJAR POLITIK KANGKUNG CAP AYAM MACAM NI DAN ELOKLAH KALAU KITA JAUHKAN DIRI DARIPADA PERKARA SIA-SIA NI.

Hahaha, jangan marah. Lepak-lepak sudey.


Nak dengar penerangan saya?

Teruskan membaca.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jawapan saya, Islam memang mewajibkan umatnya menyertai politik.


Pelawat blog: "apa ko mengarut ni, kejap boleh kejap tak boleh".
Blogger:"sape kata tak boleh join politik?"
Pelawat blog: "habis yang ko kata elok jauhkan diri daripada perkara sia-sia tu ape?"
Blogger: "baca la elok-elok. Aku cakap kita wajib join politik. Bukannya wajib join politik kangkung cap ayam"
Pelawat blog: "ooo yeke, sori-sori, salah baca tadi"


Apa beza politik yang suci dengan politik kangkung cap ayam?
Mestila beza. Yang satu tu nama pun suci. Yang satu lagi tu namanya pulak kangkung cap ayam.

Inilah orang yang benar-benar "faham" apa maksud "politik"

Dan ini lah mentaliti  'produk' yang politik hasilkan...

Pertama sekali kita kena tahulah apa tujuan politik. Kalau nak ikut terjemahan dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai untuk menerangkan politik ialah "siasah" yang bermaksud pengurusan. Sebagai contoh, kalau sebut politik negara, ia bermaksud pengurusan negara.(walaubagaimanapun, politik wang bukan bermaksud pengurusan wang ye...)


Dan politik adalah amat penting kepada sesebuah negara kerana politik sebenarnya adalah pengurusan. Siapa yang akan uruskan urusan umat Islam? Siapa yang akan uruskan lombong-lombong minyak, bijih timah, emas dan lain-lain? Siapa pula yang akan menguruskan ekonomi negara? Kerana itulah pentingnya politik kepada sesebuah negara.
Bank Negara.


Petroleum.

Dan apa pula politik kangkung cap ayam? Politik kangkung cap ayam pula ialah budaya yang wujud hari ini yang mana ia adalah satu permainan untuk merebut kuasa dan harta kerana daripada tampuk pemerintahanlah mereka akan mendapat kuasa dan harta (kadang-kadang boleh dapat wanita). Adakah mereka menguruskan urusan negara? Tidak. Mereka tidak menguruskan hal ehwal negara. Sebab itulah kita tengok sekarang yang uruskan minyak, lombong-lombong, hasil hutan, sebahagian institusi perubatan dan banyak lagi sektor-sektor dipegang oleh badan-badan swasta dan separa swasta. Kenapa? Kerana kerajaan yang lahir daripada politik kangkung cap ayam ini tidak mahu buat kerja. Mereka hanya mahu kuasa dan harta. Kerja-kerja semua mereka swastakan. (Gaji nak banyak, keje tak nak buat ye)

Bagaimana mereka yang pemalas dan tamak ini masih boleh berkuasa? Hahaha, jawapannya kerana negara kita masih menggunakan sistem demokrasi.

(Kepada para penyembah demokrasi sekalian, sedarlah bahawa demokrasi inilah perosak negara sebenarnya. Kepada yang kata demokrasi sebahagian daripada Islam, tolonglah, lawak anda tak laku kat sini.)



Saya tidak sempat cerita panjang pasal demokrasi, tetapi cukuplah saya tegaskan sekali lagi bahawa sistem demokrasi yang dibawa penjajah ni lah sebenarnya yang telah merosakkan peribadi, institusi kekeluargaan, masyarakat dan negara kita. Sebab tu lah penjajah (tentera-tentera Dajjal) beria-ia nak suruh seluruh dunia menggunakan sistem bodoh ni.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bagaimana pula yang dikatakan sebagai politik Islam yang suci?


Ok. Ni soalan yang menarik. Sebelum tu, saya nak timbulkan satu persoalan yang lebih menarik lagi. Pernah tak anda fikir kenapa Islam mewajibkan bagi kaum lelaki untuk solat berjemaah?


Ok,...



Rasulullah pernah bersabda, solatlah sebagaimana baginda bersolat.


Ada 3 ciri-ciri solat Nabi iaitu:
1. Solat berjemaah
2. Solat di awal waktu

3. Solat di tempat azan dilaungkan




Dan sebagai kaum lelaki, adalah satu perkara yang amat penting untuk anda penuhi ketiga-tiga ciri-ciri tersebut. Ini kerana, pernah terjadi suatu ketika dahulu hampir-hampir Rasulullah hendak pergi membakar rumah seorang sahabatnya kerana sahabat baginda itu tidak solat di masjid. (agaknye kalau sekarang ni, semua rumah layak dibakar)



Apa pentingnya solat berjemaah di tempat yang dilaungkan azan pada awal waktu? Sebagai orang Islam yang beriman, tidak patut kita persoalkan mengenai kewajipannya. Ikut je la. Tetapi jika ingin dikaji tentang fadilatnya, dapatlah kita lihat bahawa ianya merupakan simbolik kepada pembaiatan kepada seorang pemimpin. Opssss, silap, bukan simbolik, tapi memang betul-betul pembaiatan pun. Kita lihat bagaimana untuk setiap solat lima waktu yang didirikan di kawasan-kawasan tempat tinggal umat Islam, seorang imam akan dipilih. Itu 5 kali sehari semalam punya perjumpaan untuk melantik dan membaiat pemimpin kawasan.


solat berjamaah untuk 5 waktu.




Kemudian untuk perjumpaan mingguan yang lebih besar, kita ada solat Jumaat. Daripada imam-imam kawasan, seorang imam akan dipilih. Imam (pemimpin masyarakat) mewakili kawasan yang lebih besar akan dilantik dan dibaiat.




Kemudian ada juga pertemuan tahunan. 2 kali setahun iaitu solat raya. Perjumpaan ini lebih besar. Malah Rasulullah menggalakkan semua orang menghadirinya, termasuklah wanita-wanita yang "uzur" (yang tidak boleh bersolat hanya datang untuk mendengar khutbah).



Dan perjumpaan terbesar sekali, kita ada amalan Haji yang merupakan penggabungan semua pengaruh-pengaruh politik umat Islam untuk melantik dan membaiat seorang imam yang akan menjadi khalifah kepada seluruh negara Islam. (Imam Mahdi sendiri akan dibaiat di Masjidil Haram nanti).



Apa semua ni? Semua ni menunjukkan bahawa pemimpin dilantik daripada golongan pemimpin masyarakat yang kecil. Kemudian daripada pemipin-pemimpin masyarakat dilantik pula pemimpin yang lebih tinggi sehingga lah ke peringkat tertinggi sekali. Inilah cara pemimpin politik yang diajarkan oleh Islam.



Apa pula cara pemilihan pemimpin yang diajar oleh politik kangkung cap ayam? Adakah pemimpin dipilih daripada peringkat paling rendah kepada yang paling tinggi? Tidak.

Dalam sistem politik kangkung cap ayam, benda pertama sekali ialah parti. Yang bebas-bebas ni kita fahamlah diorang ni tak ke mana. Tak boleh buat apa pun. Nak menang pun susah. Kita tengok lah mana-mana negara penyembah demokrasi. Mesti ada parti-parti yang kononnya "pembela nasib rakyat".


Apa kesan bila ada parti? Kesannya, konsep masyarakat akan diketepikan dan digantikan dengan konsep parti. Ni part yang agak berat. Kita mesti fikir betul-betul menggunakan hati. Adakah benar seorang calon dalam pilihanraya dipilih berdasarkan majoriti? Tidak. Mereka tidak dipilih berdasarkan majoriti, tetapi berdasarkan pilihan parti, bukan majoriti. Rakyat hanya sebagai memilih calon parti mana yang sesuai. Nampak tak?
RAKYAT TIDAK MELANTIK WAKIL RAKYAT SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA, TETAPI MEREKA HANYA "MEMILIH" PEMIMPIN YANG DILANTIK OLEH PARTI.


Perasan tak benda ni? Kenapa kita terlalu rabun untuk melihat benda ini? Masyarakat tidak pernah melantik pemimpin. Masyarakat hanya memilih pemimpin yang telah DILANTIK oleh parti-parti yang ada. Adakah ini konsep hidup bermasyarakat? Tidak. Kita tidak pernah kenal pun kadang-kadang siapa yang dilantik sebagai calon pilihanraya. Kita hanya kenal mereka melaui media-media yang penuh dengan putar belit dan penipuan kerana kawasan untuk calon itu bertanding adalah terlalu besar dan sukar untuk semua rakyat kawasan tersebut untuk mengenali peribadinya secara lebih dekat.



Kerana itulah Islam amat-amat menggalakkan (saya tidak pasti sama ada kewajiban dia tahap mana, harap yang berilmu boleh bagi tahu) bagi para lelaki Islam untuk solat berjemaah pada awal waktu dan ditempat yang dilaungkan azan. Kenapa? Kerana dari sinilah kita boleh kenal peribadi-peribadi yang tinggal di kawasan kita. Dari situ imam akan dilantik. Disebabkan oleh kawasan yang kecil, kita mudah kenal setiap peribadi individu dalam masyarakat.

Dan para imam di setiap kawasan akan dipilih pula untuk solat jumaat. Dan seterusnya sehinggalah ke tahap yang paling tinggi.

Dan itu lah sebenarnya tugas imam. Cuba anda lihat para pemimpin negara-negara pada hari ini. Adakah mereka yang menjadi imam kepada masyarakat? Adakah imam-imam hari ini menjadi pemimpin kepada masyarakat?



Apabila perkataan Imam digunakan dalam Hadith, kita terpaksa memisahkan kepada 2 makna yang mana untuk sesetengah keadaan dalam sesebuah Hadith, Imam bermaksud imam solat, manakala untuk sesetengah Hadith, Imam bererti pemerintah masyarakat?


Kenapa boleh jadi 2 makna? Kerana hari ini, imam solat dan pemimpin masyarakat ada 2 orang yang berbeza. Jika dilihat zaman kegemilangan Islam dahulu, Imam solat itulah pemimpin masyarakat dan pemimpin masyarakat itulah imam solat.


Dan solat 5 kali sehari semalam adalah untuk meneguhkan baiat kepada Imam. Adakah dalam sistem politik kangkung cap ayam ini pernah wujud istilah baiah? Tidak!

Kerana dalam sistem jijik dan palsu ini, wujud istilah kerajaan dan pembangkang. Dalam sistem ini, pembangkang kononnya bertujuan sebagai "check and balance" kepada kerajaan. Baiat pemimpin tidak wajib dalam sistem ini. Sebab itu ada istilah pembangkang. Apa tujuan sistem seperti ini diperkenalkan oleh Dajjal? Supaya umat manusia berpecah lagi.



Benarlah seperti yang disebutkan oleh Nabi, di mana akhir zaman nanti, golongan yang paling hina di antara kita lah yang akan menjadi pemimpin masyarakat. Kenapa? Kerana pemimpin dipilih bukan melalui solat jemaah, tetapi kepada pilihan masyarakat, termasuk mereka-mereka yang tak solat. Kesannya, pastilah pemimpin yang menjanjikan keseronokan dan hiburan yang akan menang. Pemimpin yang dipilih melalui sistem kangkung cap ayam ini juga mudah dibeli dengan wang oleh para hartawan. Dan pemimpin yang dipilih dalam sistem kangkung cap ayam inilah yang menjadi perosak kepada negara kita.




Rabbi Yahudi pernah berkata, "Janganlah umat Islam bermimpi untuk mengalahkan Yahudi selagi bilangan mereka yang menunaikan solat Subuh di masjid tidak menyamai bilangan mereka yang menunaikan solat Jumaat".



Apa maksudnya?
Yahudi hanya akan takut dengan kesatuan umat Islam apabila mereka bersatu melakukan solat jemaah. Dan mereka spesifikkan solat subuh adalah kerana solat Subuh adalah solat yang paling berat untuk dilaksanakan.



Umat Islam hari ini tertipu dengan konsep "parti", "jemaah", "persatuan" dan lain-lain pertubuhan yang kononnya ditubuhkan untuk bersatu. Ini semua adalah budaya kaum-kaum jahiliyah yang suka hidup berpuak-puak. Hakikatnya, untuk menyatukan politik umat Islam hanyalah dengan solat berjemaah dan hanya dengan itulah umat Islam boleh menjadi kuat. Berapa ramai manusia hari ini yang semangat berpolitik kononnya berjuang di jalan Allah tetapi tidak mampu menjaga solat 5 waktu berjemaah di tempat yang dilaungkan azan pada awal waktu. Amat tertipulah mereka. Amat tertipulah mereka. Amat tertipulah mereka.





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lupakah kita bagaimana sistem politik kangkung cap ayam ini telah diperkenalkan dan diterapkan kepada negara kita?




Ketika penjajah British berpura-pura "kalah" kepada Malaysia. Buku sejarah telah menipu kita dengan mengatakan British terpaksa "mengalah" kepada gelombang kebangkitan rakyat Malaysia yang ingin menolak Malayan Union ketika itu. Logikkah British boleh "kalah" kepada demonstrasi jalanan sahaja? Sedangkan sudah ramai pejuang-pejuang bersenjata yang melawan British dan membunuh ramai tentera-tentera British suatu ketika dahulu tetapi British tidak pernah menyerah kalah. Tetapi kenapa tiba-tiba dengan hanya melakukan demonstrasi, British boleh "kalah"? Celakalah tangan-tangan mereka yang telah memutar belit fakta sejarah. British tidak menyerah kalah, tetapi British hanya berpura-pura "kalah" kepada sistem demokrasi tajaan mereka sendiri.



Kononnya pilihanraya sudah diadakan dan kemudian British mengaku bahawa rakyat memang mahukan kemerdekaan. Dan kemudian Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri. Adakah rakyat yang melantik Tunku? Tidak, rakyat terpaksa memilih apa yang ada. Dan hasil propaganda British, parti Perikatan telah menang besar. Sedangkan rakyat tidak pernah kenal secara dekat pun bagaimana peribadi Tunku yang sebenar kecuali apa yang dipropagandakan dalam surat khabar pada ketika itu!

Allah telah memperingatkan umat Islam dengan peringatan yang tegas melalui firmanNya :

 “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, “sesungguhnya Petunjuk Allah itulah Petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi Menjadi Pelindung dan Penolong bagimu.” (al-Baqarah : 120)

 
'hightlight' kan perkataan agama...apakah yang dimaksudkan dengan agama??
agama bermaksud 'kepercayaan', 'anutan', juga boleh dirujuk sebagai 'pegangan' dan yang boleh membawa perubahan kepada sistem kehidupan. jadi agama yang dimaksudkan disini adalah merujuk kepada sistem golongan Yahudi dan Nasrani bawa kepada sesebuah negara Islam. atau jika kita rujuk kepada sejarah negara kita, sebuah 'sistem pentadbiran' yang British bawa ke tanah melayu. tak kan senang-senang jer British kalah melalui sebuah rundingan...jikalau kita sebut tentang 'rundingan' sudah tentu adenya pembahagian hak dan pertukaran nilai...contoh macam dalam cerita P.Ramlee...

'satu untuk kau...dua untuk aku...satu untuk kau...dua untuk aku'....hehehe,...

ok, kenapa pula  Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 120, dengan menyebut nama Yahudi dan Nasrani pada masa yang sama? mustahil lah diorang nak bekerjasama sedangkan orang-orang Nasrani (kristian) menuduh orang Yahudi membunuh tuhan mereka (Jesus)...ini merupakan jenayah paling besar bagi mereka. tapi sekarang benda sebaliknya pula berlaku.Mereka berpakat! kenapa erk? ini kerana kedua-dua mereka telah meninggalkan ajaran asas agama mereka khususnya golongan-golongan elit yang memerintah.  

mereka amalkan ajaran syaitan seperti kabbalah dan Masonic tetapi pada masa yang sama turut membawa fahaman 'Demokrasi'.

jadi, agama yang dimaksudkan dalam ayat tadi merujuk kepada 'DEMOKRASI'...

Pertubuhan-pertubuhan Islam juga banyak ditubuhkan pasca kemerdekaan. Adakah dengan penubuhan-penubuhan persatuan Islam akan menakutkan British? Tidak! Persatuan Islam hanya akan menambahkan lagi perpecahan umat Islam.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada orang suka membandingkan sistem korup ini dengan sistem yang lebih korup seperti Marxisme, Fascisme ataupun corak pemerintahan autokratik, monarki dan lain-lain isme. Kalau nak bandingkan cekodok basi dengan taik, memang la cekodok basi bagus lagi. Tetapi cuba bandingkan demokrasi dengan sistem politik Islam, anda akan lihat keadilan yang lebih terjamin.


Lihat sahajalah tekanan hidup yang kita alami pada hari ini. Masalah ekonomi, sosial, pendidikan, hasil sumber alam semula jadi, media dan segala aspek dalam kehidupan kita di negara ini, apa puncanya. Puncanya ialah kesilapan kita kerana menggunakan sistem politik kangkung cap ayam ini. Lihat apa sudah jadi kepada politik (pengurusan) negara kita? Mereka hidup mewah, kerja-kerja diberikan kepada syarikat swasta yang sentiasa mengintai keuntungan dalam sistem kapitalis ini, manakala apabila rakyat menderita, dituduhnya rakyat tidak berusaha kuat, tidak bekerja rajin.




Dan jadilah pekerja-pekerja hari ini ibarat robot. Mereka hanya mempunyai masa untuk keluarga selama 2 hari sahaja untuk setiap minggu dan kadang-kadang 1 hari sahaja. Tetapi mereka begitu setia sekali dengan sistem ini kerana mereka sudah dilatih untuk sibuk selama 5 hari sejak dari tadika lagi.


Saya ingin timbulkan satu persoalan kepada anda semua. Adakah kita bekerja 5/6 hari dalam seminggu itu dianggap sedikit? Bayangkan banyak mana masa bersama keluarga sudah terkorban kerana kerja kita. Tetapi kerana kita tidak pernah memikirkannya, kita menyangka bahawa untuk hidup selesa, kita perlu kurangkan berehat. Pandai sungguh kerajaan menipu kita. Bagaimana? Dengan sistem pendidikan. Kita sudah dibiasakan sejak kecil lagi dengan memenuhkan jadual kita selama 5 hari seminggu dan 2 cuti. 

Maka apabila kita bekerja, kita sudah terbiasa dengan nisbah 5:2 hari itu. Perhatikan pula jadual kerja bos-bos anda, barulah anda perasan betapa "adilnya" sistem ini. Seperti 
mana yang telah saya tegaskan dalam posting saya yang lama berkaitan kepincangan sistem pendidikan,http://tamusalam.blogspot.com/2010/11/kepincangan-sistem-pendidikan.html 





kita sudah dilatih untuk menjadi "pekerja yang taat" sejak tadika lagi.....


Wallahu'alam...:)

No comments:

Post a Comment