Assalamualaikum...alhamdulillah..sekali lagi kita dipertemukan dalam ruang bicara tanpa kata..semuanya dengan izin-Nya. Jari-jari ini masih lagi bertari menyampaikan..
kelmarin saya baru menerima kiriman e-mail dari seorang sahabat yang menyatakan hasratnya untuk berjumpa,..disini saya nukilkan sebuah kata...
berjumpa dengan si kerdil lagi fakir ini, tiada nilainya. temuilah ulamak-ulamak dan wali-wali Allah yang bertebaran diseluruh Nusantara ini. Mereka itu jauh lebih perlu untuk diketemui agar mendapat sedikit barokah dan hikmah.
Insan kerdil ini tiada layak untuk membantu, sekadar bersembang-sembang kosong, nasihat kosong yang tiada ber isi. Cuma andai di sana punyai sedikit kebaikan, manfaatikanlah. Dan andainya tidak... lemparikanlah ianya sejauh mata memandang...ok, mari kita mulakan (da terdrift jauh nie)...
posting kali ini akan memperincikan dan memperjelaskan tentang 1 isu yang pernah keluar pada kebanyakkan blog baru-baru ini. berikut saya sisipkan posting yang tidak patut kita percaya sangat:
--------------------------------------------------------------------------------------------
03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
----------------------------------------------------------------------------------------
ini lah mesej berantai yang saya maksudkan itu. ia menggunakan hadith sebagai peneguhan fakta yang digunakan. namun, sejauh mane fakta yang dibentangkan?? adakah ia sebuah fakta atau hanya satu sisipan auta?
walaubagaimana pun kita sedia maklum NASA telah banyak menipu,(sila rujuk posting sebelum ini)
bagi saya, ia hanyalah mesej yang dibuat bagi menyokong teori kiamat pada 2012 seperti mana barat heboh-hebohkan. saya pun hairan kenapa kita bila menerima sesuatu berita itu tanpa menyelidiki terlebih dahulu, ini tidak, main tangkap muat jer...entah datang dari barat ke, yahudi ke, main terima jer..
kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, namun berfikir sahaja tidak akan selalunya tepat dari situ amat pentingnya Rasulullah s.a.w meninggalkan kita 2 perkara kepada umat akhir zaman (Al-Quran dan Sunnah)..supaya akal itu dapat berfikir secara selari apabila merujuk pada al-Quran.
samada betul atau tidak, itu tidak penting, yang penting sentiasa buat persiapan dari semasa ke semasa. kerna Besok haripun belum tentu kita masih ada. Yang patut kita takuti adalah hari selepas kematian kerna Azab kubur itu benar.. Azab padang Mahsyar itu Benar. Azab Api Neraka itu benar...
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, 'berserah diri pada Allah'! itu lebih penting..penyerahan diri kepada sang pencipta, itu lah perkara asas dalam kehidupan..
-----------------------------------------------------------------------------------------
INI JAWAPANNYA
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; "Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban-keajaiban dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari orang-orang yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a'lam...semoga kita berhati-hati dgn hadith-hadith seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...
Wassalam...:)
No comments:
Post a Comment