TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Friday, July 15, 2011

INILAH MAHABBAH FILLAH


Lihat sahaja tajuk posting kali ini, pastinya anda semua sudah dapat mengagak. Kali ini makanan minda  yang bakal disajikan adalah beralaskan ‘cinta’. Ini merupakan sebuah pandangan yang di ambil dari rentetan cerita kehidupan yang datangnya dari penulis mahupun orang lain. Dalam merungkai secarik diari kehidupan, saya juga seperti insan lain, bertemu dengan bermacam jenis cinta. Apa yang bakal saya tintakan  pada posting kali ini adalah hanya sebuah pandangan dari mata seorang hamba kerdil yang cuba berbicara tentang ‘cinta’.










Apa itu cinta??







Cinta itu indah. Ia sesuatu yang besar yang datang dari Allah yang maha besar. Kalimah Hub (cinta) kerap di ulang disebut di dalm al-Quran. Dan Maha suci Allah daripada memasukkan sesuatu yang remeh dalam kitab-Nya yang maha besar. Oleh sebab itulah sejak dahulu hingga kini, manusia terus-terus memburu cinta.
Tidak kira bagaimana cinta ditafsirkan, orang yang pernah mengalaminya sahaja dapat merasakannya. Sampaikan ada orang berkata, sesiapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan hidupnya di dunia ini. Syair Arab ada menngatakan, bahawa sesiapa yang tidak mengenal cinta maka dia tidak akan mengenal keajaiban dunia!






Mungkin juga orang yang lebih berpengalaman akan berkata:

“Huh!?... biar betul dengan usia engkau yang sudah 20 tahun masih tak pernah couple?? Kahkah! rugi-rugi~...”









Namun kita perlu tahu, itu hanyalah cinta dunia. Bukan cinta yang abadan-abada.. cinta yang mensasarkan pada kaca dunia sahaja akan membuatkan kita takut mati.









Cinta memang indah kerana ia datang dari Allah yang maha indah. Tidak ada ciptaan yang buruk di sisi Allah. Buruk dan baik hanya soal nisbi (relatif). Yang dirujuk kepada ilmu manusia yang terbatas berbanding dengan ilmu Allah yang maha Luas. Oleh itu, jika kita mencintai ciptaan Allah yang indah itu pun sudah suatu nikmat, apalagi kalau kita berjaya mencintai Pencipta keindahan itu sendiri, maka sudah tentu nikmatnya lebih berganda. Oleh sebab itulah pandangan ulamak, nikmat yang paling tinggi sekali di syurga nanti kenikmatan dapat melihat wajah Allah!







Orang mukmin seharusnya tetap memilih untuk mencintai Allah, lebih dari segala-galanya. Untuk itu ia sanggup berkorban apa sahaja demi kecintaannya. Ia rela bercinta dengan sesiapa dan apa sahaja, jika cinta itu kerana dan untuk Allah. Dan ia rela berpisah dan bermusuh dengan sesiapa sahaja yang menghalang cintanya kepada Allah. Dia juga rela bersaudara kepada sesiapun kerana cinta kepada Allah.

Dalam perang Badar misalnya, syaidina Abu bakar r.a. berada di pihak tentera islam tetapi anaknya yang belum islam berada di pihak musuh. Dalam perang itu anaknya selalu mengelak dari bertembung dengan bapanya (Abu Bakar).
Bertaun-tahun selepas perang Badar, anak Abu Bakar memeluk islam dan meluahkan isi hatinya: “Ayah, dalam perang Badar dahulu anakanda mengelak diri dari bertarung dengan ayah. Anakanda  angat syangkan ayah walaupun ketika itu kita berbeza keyakinan”. Namun, apa jawapan syaidina Abu Bakar? Beliau berkata: “Demi Allah, jika ayah bertemu dengan kamu ketika itu, nescaya ayah tidak akan teragak-agak memancung kepalamu!”






Cinta akan Allah juga dapat mengeratkan hubungan dua insan yang pada mulanya bermusuhan. Umar al-Khattab misalnya pernah berkata kepada Umair bin Wahab (ketika Umair datang ke Madinah dengan tujuan untuk membunuh Rasulullah s.a.w.): Babi lebih aku sukai daripada Umair bin Wahab”. Namun, setelah Umair insaf dan mengucapkan kalimah syahadah di hadapan Rasulullah s.a.w., Umar al-Khattab berkata:..tetapi hari ini aku lebih sukai Umair daripada anak-anakku sendiri”.











Islam tidak akan bangun sekiranya tidak ada cinta seumpama itu. Cinta Allah menyatukan dua pihak yang saling mencintai-Nya! Ia dapat mempersaudarakan antara dua buah negara yang bersengketa, antara dua kaum yang bertelagah, dan antara insan yang bermusuhan. Orang yang paling intim dengan Allah, sewajarnya juga paling intim dengan manusia. Ini mesej posting kali ini, menyeru kepada cinta Allah untuk memantapkan cinta sesama  manusia kerana  apabila ‘ rapuh iman, runtuh sebuah perpaduan’...






Wallahu’alam~.... :)

No comments:

Post a Comment