TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Sunday, July 10, 2011

APA CERITA DENGAN RM 1??



Kajian ini saya buat sendiri dan telah mendapat keputusannya...

Jika di wang kertas US$ 1 mempunyai beberapa simbol-simbol rahsia antaranya hurufnya.Piramid dan mata satunya juga lambangnya.Wang kertas ringgit Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena tempias Illuminati.

Dalam not US$ 1 lambang mata satu yang diagung-agungkan puak Illuminati yang banyak dipelopori oleh Yahudi lambang mata satunya terletak di atas piramid sambil diikuti oleh perkataan di atasnya.

Wang Rm1 pula lain pula ceritanya...


Jika dilihat pada not kertas Rm 1 tiada apa yang cacat celanya namun jika diperhatikan betul-betul pun tiada apa yang anda akan perasan dengan wang kertas yang dikeluarkan pada tahun 2000 ini.


Sekarang saya nak tunjukkan rahsianya...














Yang disebelah kiri ini adalah gambar keseluruhan wang Rm 1 dan tema belakangnya adalah tentang tempat di Malaysia dimana gambar Gunung Kinabalu dan Gunung Mulu dibelakanya sambil itu didepannya mempunyai gambar wau bulan.


Manakala di sebelah kanan pula adalah sesuatu yang saya jumpa yang amat menarik dimana ada sebuah segetiga diantara tempat gunung mula dan kayu dimana membentuk tiga segi sementara dibawahnya itu laut.


Jika dilihat ada satu segitiga tidak berapa sama disana.Kalau besarkan ada mungkin akan nampak dengan lebih jelas gambar tiga segi terbabit jadi tekan untuk besarkannya.Segitiga tidak sama yang anda akan jumpa.


Apa rahsia yang ada dekat segitiga tak berapa sama itu...





















Sebelum saya nak dedahkan rahsianya saya tunjuk gambar mata satu di not US$1...


Baiklah gambar ini diambil dari wang US$1 dimana diatas piramid ataupun boleh dikatakan segitiga mempunyai sebuah mata.Dan diatasnya juga tertulis perkataan "ANNUIT COEPTIS" dan dibawahnya "NOVUS ORDO SECLONUM''.


Baiklah sekarang masa yang saya akan bagitahu apa yang hendak saya bagitahu iaitu tiga segi dibelakang not Rm1 dan mata yang dipertuan agong dibahagian hadapan.Jika anda perasan, ketika not Rm1 dihadapkan ke cahaya anda akan nampak mata di segitiga belakang not Rm1.


Mata terbabit adalah mata yang dilukis gambar yang dipertuan agong disebelah hadapan dan jika tak nampak anda boleh cucuk mata kiri yang dipertuan agong dengan pen dan lihat dimana mata pen itu keluar.


Mata pen terbabit akan keluar betul-betul seperti gambar piramid di not US$1 tapi Rm1 bawah sedikit.


saya tak tahu sama ada lambang ini dirancang atau hanya kebetulan sahaja.Jika hendak katakan kebetulan bendera Malaysia pun hampir serupa dengan bendera US.


Adakah simbol mata satu ataupun mereka senang panggil dajjal mata satu ini telah masuk ke ekonomi Malaysia ataupun negara Malaysia telah menjadi proksi kepada Yahudi memandangkan kedengaran tauke Goldman Sach yang dimiliki orang kaya Yahudi telah masuk Malaysia.


Sebelum itu jangan kaitkan ini dengan APCO ataupun apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya dan ini hanya sesuatu benda yang saya jumpa sahaja.


Akhir kata, minta maaf kepada keluarga diraja kerana ayat-ayat ''cucuk mata kiri yang dipertuan agong'' terbabit.Hanya ingin menyenangkan pembaca untuk melihat sendiri hasilnya...

wallahualam~ :)

No comments:

Post a Comment