TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Tuesday, November 9, 2010

Disebalik Iklan Raya 2010.


Iklan Raya 2010.

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidil Fitri.
Konsep hari raya dalam Islam adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidil Fitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Saya terkejut bila melihat iklan raya TV3 kali ini, Saya dapati iklan ini seolah-olah menggabungkan identiti pelbagai agama, ada santa claus, ada bunga teratai dengan pelita api. Ini seolah-olah hendak menyelitkan  unsur kristian, hindu, buddha secara halus. Ini merupakan satu taktik halus untuk mempengaruhi aqidah generasi baru, dengan penonjolan kanak-kanak sebagai pelakon yang mengkhayalkan perkara ini.
Apakah motif sebenar mukasurat yang bertulisan Jawi terbalik ini?




mungkin sama sekali ia mempunyai perkaitan dengan yang berikut:
-jika dikaitkan dengan ajaran kaballah, amalan sihir kuno melakukan sesuatu perkara dengan keadaan terbalik. sebagai contoh membaca buku terbalik. buktinya, kita tahu bahawa George Bush iaitu bekas presidan Amerika Syarikat adalah merupakan salah seorang ahli 'The Skull and Bones'. satu pertubuhan yang mempunyai perkaitan dengan freemansons dan illuminati yang rata-rata ahlinya adalah dari golongan cendikiawan dan cerdik pandai. pernah suatu ketika dulu gambar George Bush memegang buku dengan terbalik. Dan sumber menyatakan bahawa insiden itu berlaku ketika peristiwa 11 september 2001 sedang berlaku. 



Bush sedang memegang buku 'My pet Goat' dalam keadaan terbalik.

kenapa yer? kenapa orang yang cerdik pandai seperti dia (mungkin) yang merupakan ahli kepada sebuah pertubuhan rahsia yang bernaung dibawah nama illuminati membaca sebuah buku dengan keadaan terbalik??
bagi mereka yang tidak tahu mungkin akan beranggapan ini merupakan suatu insiden yang tidak disengajakan dan akan ketawa. tapi hakikat sebenarnya, insiden ini adalah memang disengajakan.

Di dalam amalan kabalah, ia merupakan satu perbuatan yang sulit dan punyai maksud tersendiri. untuk pengetahuan korang, buku 'My Pet Goat' sebenarnya telah pun diharamkan kerana melalui suatu sumber, buku ini mempunyai ayat-ayat pemujaan yang tersembunyi. cuba  korang fikir sekejap, pada bilakah insiden ini berlaku? Pada tarikh 11 september bukan?

Jadi pada waktu ini bush sedang berada di dalam sebuah kelas ini dan menyanyi bersama-sama dengan pelajar-pelajar didalam kelas berkenaan sebuah lagu yang ada di dalam buku itu. Jadi ini bermaksud, peristiwa 11 september sememangnya telah dirancang, dan bukannya disebabkaan serangan pengganas. Osama bin Laden sebenarnya adalah merupakan bekas agen perisikan CIA, dan nama sebenarnya adalah Tim Osman. secara tidak langsung ia tidak ada perkaitan langsung dengan Islam. Semua itu hanya fitnah yang besar yang dilemparkan pada saudara-saudara kita. iangat lagi tidak tentang posting saya yang lepas bahawa taktik illuminati yang paling popular sekali adalah 'Divide and Rules'?? iaitu mereka timbulkan kekacauan dan selepas itu memberi keamanan dan berlagak seperti penyelamat..dan inilah apa yang sebnarnya berlaku. mereka menimbulkan kekacauan dan masalah, lalu semua yang buruk-buruk itu dipalitkan pada Islam dan malah digelar sebagai pengganas. semua nin adalah taktik mere semata-mata.

jika korang inginkan anjakan lebih lagi pemikiran korang, cuba korang kaitkan dengan sejarah tanah melayu kita. bagaimana British memerintah tanah melayu suatu ketika dahulu? mereka juga melakukan taktik 'Divide and Rules'. Mereka mnimbulkan kekacauan dengan wujudnya kumpulan kongsi gelap seperti Hai san dan Gee Hin. Dan juga pemberontakan yang dilakukan komunis bintang tiga suatu masa dulu. Sedarlah, semua yang berlaku adalah disebalik perancang mereka (illuminati) dibawah naungan 'The Hidden Hand'.

Dan tulisan jawi pula kenapa diterbalikkan? mungkin sekali ia melambangkan bahawa orang-orang melayu telah pun dibawah kawalan mereka. seperti yang kita sedia maklum, tulisan jawi berasal dari tulisan-tulisan Arab. ia juga melambangkan persaudaraan kita dengan muslim yang lain kerana ketika itu pernah ada pedagang dari tanah Arab datang ke tanah melayu dan mengislamkan Parameswara dan rakyat jelata. selain itu, dengan memahami tulisan jawi juga memudahkan kita untuk membaca al-Quran, kerana ia saling berkait rapat.

Tetapi kemana tulisan jawi sekarang?? malang sekali tulisan jawi yang melambangkan melayu islam sejak dahulu telah jarang dipraktikkan di sekolah-sekolah. cuba korang lihat berapa ramai anak-anak muda sekarang yang buta membaca al-Quran? kemana perginya jiwa anak-anak melayu sekarang?
melalui pemanipulasian yang dilakukan oleh barat menyebabkan terlahirnya jiwa-jiwa anak-anak melayu yang kosong.

Bangunlah wahai saudaraku sekalian, bangkitlah wahai sahabat sekalian... kita telah lama di tidurkan di dalam buaian asing yang bila-bila sahaja boleh menatuhkan kita dari tempat tinggi.

berkenaan dengan gambar pokok itu mungkin sekali menggambarkan 'The Tree of Life' dalam ajaran kabalah.


(tentang 11 september dan The tree of life akan saya bentangkan dalam posting akan datang ok...hehe..)


Secara konklusinya perlu diingat, tidak salah jika kita menyatukan padukan sesuatu bangsa kerana asas dal asal kita adalah melalui bapa yang satu iaitu Nabi Adam a.s, tetapi amatlah salah jika kita menyatukan pelbagai agama, kerana Islam itu adalah satu jalan yang lurus dan satu-satunya agama yang di Redhai oleh Allah s.w.t. jangan perkara seperti ini berlaku, jika tidak, musuh-musuh diluar sana akan menggunakan kesempatan yang ada.

Berkenaan lambang bintang itu pula, ia berkaitan dengan 'The Goat goat' dalam fahaman kabalah. berikut adalah gambarnya:

The Goat God.





Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca berwarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok dan bintang menutupi sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan.


Bagi saya tidak sepatutnya dikaitkan ‘Aidil Fitri dengan konsep agama lain, harap pihak pengurusan TV3/Media Prima tidak akan mengulangi lagi siaran iklan ini mahupun dalam bentuk yang lain.
Wallahu'alam.....

Sumber Rujukan:
- Ustaz Mohd Fadli
- Blog Tafsir Si PENULIS






No comments:

Post a Comment