TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Wednesday, August 3, 2011

IMAN : Antara Seutas Tasbih & Sebuah Janji





Gambar sekadar hiasan jer...huhu..




Ahlan wasahlan wa marhaban bikum ke blog ini...hari  ini 3/8/2011 merupakan tarikh hari ke-3 kita berpuasa...sebelum kita teruskan topik entry kali ini, marilah kita sama-sama mmbaca Al-Fatihah untuk  mendapat keberkatan dari Ilahi...Al-Fatihah....selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w....


untuk posting kali ini mari kita sama-sama bicarakan tentang iman...

Disini saya ada hadiah utk korang...hehe...cerita berbunyi begini..baca dan hayatilah!! wachaaa~...

Kami berkata, "kami beriman! kami islam!! kami berihsan!!!". tanya ahlul zikri, "cuba cerita kt saya apa maksud iman Islam dan Ihsan???" kami terus tersentak kerana selama ni kami tak pernah pun tahu maksud semua tu..lalu ahlul zikri bertanya lagi..


  wahai diri,....apa itu iman?? 
  wahai diri,....apa itu Islam??
  wahai diri,....apa itu ihsan??



apakah hubungan antara mereka dalam diri setiap mukmin???", ahlul zikri tersenyum...

sahabat sekalian....mereka ni diibaratkan seperti sebuah pokok buah. Iman adalah tunjang akarnya, manakala Islam adalah ranting dan dahannya dan Ihsan adalah buah-buahannya. Sekarang meh kita kaji sejauh mana hubungan antara mereka

1) jika akar mati apa kan jadi pada dahan-dahan dan buahnya??
2) jika ranting dan dahan mati bagaiman pokok nak berbuah??
3) jika sebuah pokok tidak berbuah apa kita akan lakukan???
mesti kita akan tebang bukan....kerana pokok ini tak ada hasilnya...

begitulah jua dengan kita...jika kita seperti pokok ini maka kita pun samalah menjadi makhluk yang tak punya hasil...

tapi  jika pokok tersebut subur dan selalu berbuah mesti kita sayang nak tebang malah kita akan menjaga dgn seeloknya..."





ahlul zikri membuka kitabnya....lalu menerangkan kepada sahabat-sahabatnya:

Iman dari segi maksud ialah suatu kepercayaan

Iman dari segi istilah pula ialah membenarkan dalam hatimengakui dengan lidah danberamal dengan anggota

lslam itu tunduk dan patuh mengikut segala perintahperaturan dan panduan secara zahirdan batin yang dibawa oleh baginda Rasulullah S.A.W.
Ihsan dari segi bahasa ialah membuat sesuatu yang baik

Ihasan dari segi syarak pula ialah peribadatan insan terhadap Allah (penciptanyaseolah-olah dia melihat Allah. Seandainya dia tidak dapat melihat Allah yakinlah bahawa Allahmelihat dirinyaperibadatannya dan mengetahui isi hatinya.
      "kawan...iman tu keyakinan manakala Islam pula perlaksanaan ibadah dan ihsan ialah kemuncak iman...untuk mendapatkan halwatul iman jaganlah pisahlah mereka...sesungguhnya mereka tidak boleh dipisahkan bak pokok buah tadi....ingatlah maksud Iman, Islam dan Ihsan sampai ke akhir hayat" pesan ahlul zikri sambil menangis.....dia terus mengambil tasbih dan mula memuji-muji Allah tanda kesyukuran kepada Allah... 


Apabila iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.
Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.









 

Doa baginda: “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
  1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
  2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
  3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
  4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
  5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
  6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
  7. Berat dalam mengingat Allah.
  8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
  9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
  10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
  11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
  12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
  13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
  14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
  15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
  16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
  17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
  18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
  19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
  20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.




Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
  1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  13. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah
jika ditelusuri....iman merupakan 1 konteks keperluan dalam kehidupan...ternyata ia juga satu seni.. satu anugerah seni yang datangnya dari sang maha pencipta...

disini sahabat saya ada mengirimkan sebuah gubahan lagu...daan saya mohon untuk letakkannya di blog ini..tapi terpulang lar pada kamu kamu dan kamu semua nak membacanya dengan nada syair atau pun gurindam...atau mungkin juga pantun jika teringin pun boleh...hahaha...


"Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang..
Tanya sama ujian apa sebab kencang? Nnti jawab ujian, tanyalah akal..Akal nanti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru..Tengok dalam hati, nampak tempat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang.."




fikir-fikirkan bersama...
ok..sampai sini sahaja untuk hari ini...
selami hati selami jiwa...selami lautan dalam!!! :D

Monday, August 1, 2011

HIJRAH





Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.
Bismillahirahmanirahim...  


Seperti yang kita tahu hijrah ini perkara yg baik dan diidam idam semua orang. Walaupun kadang ada segelintir tu macam nampak tak ambil kisah tentang hijrah ni. Tapi jauh dalam lubuk suci hatinya inginkan penghijrahan dalam dirinya,(sehingga sering menangis dalam tawa).. Hijrah punyai dua aspek. Satu hijrah dari kemunafikan ke kesolehan. Dan hijrah dari kesolehan kepada kemunafikan. Akan tetapi bukan semua orang yang tahu apa itu hijrah. Sampai ada satu kawan saya tanya pada saya. 'Kenapa u dah lain?? Dah nak kawin ke?? Atau u dah sakit nak mati??? Saya ketawa kecil dan mengatakan 'saya telah berhijrah'.. Dibalasnya hijrah tu apa?? I tak faham' Ya Allah islam pulak tu yang bertanya.. Berat ni.. Harus diselamatkan....Dibukakan dengan kalimah Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerna masih memberi ruang untuk kita terus hidup dibumi ini,juga kerna hijrahnya kita dengan selamat dari bulan Syabaan kini dibulan seribu bulan iaitu Ramadhan AlMubarak... Sebelum melangkau jauh,mari kita sedekah Alfatiha dulu pada Allah SWT,Nabi Muhammad Saw,Nabi-nabi,Para Rasul,Sahabat Nabi,pejuang Syahid,Para WAli,Imam2,Ulama,Saudara2 juga Keturunan lalu kita... Alhamdulillah syukur pada Rabb yang Agung atas ilhamnya dan izinnya untuk saya menulis karya ke18 saya ini... Segala pujian hanya untuknya,segala ilmu hanya titipan darinya. Seperti yang saya katakan tadi hijrah ada dua jalannya.. 




Saya akan ceritakan atas dasar pengalaman dan penglihatan saya. Saya amat bertuah kerna diberi peluang oleh Allah swt untuk berhijrah. Sesuatu yang tak pernah saya duga dan pinta. Datang atas kehendaknya. Dengan tiba2 Allah swt merubah hidup saya total dan perfect.. Bayangkan hati yang keras dan kematu,yang ibarat batu giling ini.. Diselaputi darah2 dosa hitam,dan kemunafikan dibersihkan dengan mudahnya oleh Allah semahunya. Tanpa ada kepayahan baginya. Seorang yang munafik,diberi hidayah,dan jalan taubat untuk berhijrah... Kedegilan,dosa,dan sisa hidup yang tiada pandu arahnya ini telah berubah menuju kejalan Allah... Allahuakhbar... Alhamdulillah syukur pada Allah SWt yang Maha Pengasih,Maha Pengampun kerna memilih saya,menyucikan saya,mengangkat darjat dan diri saya,juga memberi ketenangan yang amat2 indah(yang tak pernah saya rasa sebelum hijrah).. Ramai juga artis2 dan orang ternama kita lihat berhijrah ke jalan Allah. Antaranya Sham kamikaze,Nora(penyanyi lagu desa tercinta),Irma hasmie,Raja Farah,Catriona Ross,Dragon(Adam korrie Abdullah),Dato Malek Noor(juara bina badan),Maher Zain,Iwan dangdut Dan ramai lagi. Mungkin ramai yang tertanya kenapa hanya orang2 terpilih je yang dapat hidayah dan jalan hijrah ni??? Bagaimana nak dapatkannya?? Ala,tunggu tua nanti la. Balik Haji hijrah la... Adakah orang bukan islam juga bisa berhijrah?? Macam2 persoalan,pertanyaan dan jawapan yang bermain diminda anda. Saya cuba bantu anda. 




Begini jawapannya Hijrah ini datang dengan dimulai hidayah dahulu. Dan setiap orang berbeza cara dan jalan mendapatkannya. Datang dengan kehendak Allah SWT,tidak kira siapa dan apa agamanya,umurnya,bangsanya dan jika Allah SWT berkehendak Maka Jadi,Jadilah Ia.(Kun Fa Ya Kun) Inilah buktinya tanda besarnya,adilnya kuasa Allah SWT. Dan bagi anda yang belum milikinya,jangan gusar,khuatir,dan bingung lagi deh. Setiap insan ada bahagian masing2.. Tunggu masa dan saatnya je... Tunggu dengan sabar ye.. Relax aja dong.. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT... Terima Qada dan Qado Allah SWT.. Jika anda melihat disekeliling anda,ada juga antara kawan anda yang tiba-tiba berubah. Dari tak menutup aurat,dari menunjuk rambut curly,rebonding,dan yang bermacam colournya itu. Kini dah ditutupi rapat mahkota illahi.(sebaik baik tudung) Alhamdulillah.. Sokong mereka bimbing mereka. Jangan perli dan hina mereka...  




Kadang tu bila kawan tu yang sebelum ni jahil,penzina,pendosa. Tiba2 muncul dengan imej berkopiah(ketayap,songkok),berbaju sopan dan segak,dan rajin kemasjid surau bersolat. Digelakkan pula,diperli dengan kata2 yang pedih. Ala,dah buang tebiat la tu.. Eleh wayang je baik,tapi setan. Dah nak mati la tu.. Tu sibuk nak taubat. Kejap je tu,tengoklah... Inilah antara dialog2 pedih dan menikam.Ya Allah.. Cammon bro,ingat orang nak kawin,nak mati baru kena hijrah la.. Silap la apa lu fikir tu... 




Subhanallah.. Ambillah sebagai kekuatan,dan pembakaran semangat juga dugaan  jika terkena pada diri anda.. Biar apa nilai mereka,biasalah sikap manusia hanya tahu berbicara tentang orang. Diri sendiri taknak jaga. Relax boy and gurl yang penting Allah SWT tahu siapa anda,dan Nawaitu anda.. Itulah yang sebaiknya.. Bercakap pula tentang hijrah dari kesolehan ke kemunafikan. Inilah yang paling bahaya. Kerna ini kejayaan besar kerabat2 syaitan(bagaikan berpesta dimalam ladies nite).. Hihihi... Contohnya2 kita lihat anak yang mula membesar,sebelum kenal dunia,ia patuh terhadap Allah SWT,Rasul dan ibu ayahnya. Tapi bila dah kenal dunia. Terbalik pula,dulu pakai tudung labuh,hormat orang tua,sopan,sentiasa solat. Belajar di k.l kini dan terkeluar sana,tersembul sini. Siang bagai malam,malam bagai siang.. Dah takda rules dah.. Solat bukan lagi tiangnya. Masyallah... 




Para2 ilmuwan juga tidak terkecuali,pabila dah terlalu tinggi ilmunya mulalah cakap orang ni tak betul. Orang tu pendosa,tuding sana sini. Dia je yang betul. Last2 ilmu sesat dibawaknya... (kerajaan pantai~ Ayah Pun,huhuhu) Ha,dah2 balai cerita.(bila dah ditangkap.) Cinta juga faktor paling besar hijrah ini.  Dulu sebelum kenal cinta. Langsung tak tahu apa,beramal je kerjanya.. Dah kenal cinta. Nah engkau,berjubah,berketayap tapi menjalankan edisi menyelak kain ditaman2 syurga dunia(pantai2,air terjun,taman reakerasi),tangga2 menuju ke syurganya(rumahnya)... kalau Yer pun nak buat dosa jangan kasi rosak imej islam!!! Nauzubillah... 


Jauhnya melarat dan melencong penghijrahan ini... Tolonglah wei,dah parah ni.... Siapa nak tolong?? Kitalah Cik abang Cik kak oi... Sesuatu yang didamba,bila dimiliki dan dikurnia janganlah sia2 kan nikmatnya... Peliharalah ia sebaiknya. Dan bawalah penghijrahan anda itu kejalan Allah. Dorong jualah sahabat2 anda berhijrah kearah kebaikan.. Pada yang belum memiliki kurniaan ini.. Rajin2kanlah berdoa,dan tangisi diri anda. Kerna Allah sentiasa suka pada orang yang berdoa dan tangisi kesilapan,dosa,dan kelemahannya.. Juga dekatilah orang2 soleh dan yang baik. Agar mengikut kesolehan,kebaikan yang dibawanya... 






Mengertilah apa sebenarnya HIJRAH dalam kontek islam yang sebenar... Akan tetapi.... Allah bisa memberi hidayah,tapi ingatlah jika kita sendiri taknak berubah tak jadi jugak... Pokok pangkal diri sendiri... HIJRAHLAH DEMI ALLAH DAN ISLAM SEIKHLASNYA.. 




Fikirlah dengan seikhlasnya,bertindaklah sebaiknya.. Agar berjaya dunia akhirat hendaknya.. 


                                                                                                                                                        
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.(QS A-LI'IMRAAN 8)..          
                                         
                                                                                                                                                  
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (QS A-LI'IMRAAN 26)         


                                                                                                                           
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(QS AR-RA'D 11).                                                                  




“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal seseorang di antara mereka, barulah ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.” (Q.S. An-Nisa: 17-18)



MAKSIAT MENGHANCURKAN KEHIDUPAN










 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat....
untuk posting kali ini kita akan tentang bahayanya maksiat...moga bermanfaat di bulan ramadhan ini..
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mengatakan maksiat sangat berbahaya bagi hati dan fizik di dunia dan akhirat. Maka siapa saja yang masih hidup dengan bergelimang maksiat, hanya akan merosak kehidupannya, dan mencelakakannya di dunia dan akhirat. Perbuatan maksiat akan mempunyai pengaruh buruk, seperti :
Pertama, diharamkan memperoleh ilmu, hal ini seperti diungkapkan Imam Malik, yang pernah terkagum-kagum dengan kecerdasan Imam Syafi’i yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman terhadap Islam. Saat itu Imam Malik mengatakan, “Aku melihat Allah telah meletakkan cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat”, ungkapnya.
Imam Syafi’i, yang alim dan zuhud dalam hidupnya itu, menguntai bait-bait kata, yang menggambarkan pengalaman pribadinya.
“Saya mengadu kepada guru ‘Waqi’ tentang mutu hafalanku yang buruk, Maka ia mengarahkan agar aku meninggalkan maksiat, Ia berkata, “Ketahuilah, ilmu adalah kemuliaan, dan kemuliaan Allah tidak akan diberikan kepada ahli maksiat”, ucapnya.

Kedua, diharamkannya mendapatkan rezeki. Rasulullah Shallahu Alaihi Wassalam, bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan dari rezeki kerana maksiat yang ia kerjakan”. Orang-orang yang maksiat dijauhkan dari rezeki. Kerana, ada ahli maksiat mendapatkan rezeki, yang mungkin boleh jadi banyak, tapi ketahuilah rezeki itu, tidak akan pernah mendatangkan keberkahan dalam hidup si ahli maksiat. Justru rezeki yang didapati itu, semakin membuat si ahli maksiat terpelosok ke perbuatan durjana dan kekafiran. Sebaliknya, perbuatan ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, dan walau sebanyakmana rezeki yang didapatkan itu akan mendatangkan keberkatan bagi orang yang takwa.
Ketiga, seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing, antara si pelaku maksiat dengan Allah Azza Wa Jalla. Tidak mungkin orang-orang yang telah pekat dengan maksiat dapat taat dan tunduk kepada Allah Robbul Alamin. Ia akan menjadi hamba setan, dan ia akan menjadi terasing. Keterasingan itu tidak akan bisa diganti dengan segala bentuk kenikmatan apapun di dunia ini. Semua jenis kelezatan di dunia disatukan, maka tetap tak akan dapat memberi kepuasan dalam dirinya. Ia akan sangat sengsara dalam hidup. Seorang ahli makrifat mengatakan, “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya karena perbuatan dosa, maka segeralah tinggalkan dan jauhi dosa dan maksiat. Tak ada hati merasa tenteram dengan perbuatan dosa.
Keempat, keterasingan bukan hanya antara manusia dengan Allah, tetapi akibat perbuatan dosa dan maksiat itu, yang lebih berat juga akan mengasingkan pelakukanya dengan manusia lainnya terutama mereka yang melakukan kebajikan. Semakin terasa asing perasaan itu, maka semakin jauh hubungan antara mereka. Tidak mungkin orang yang ahli maksiat akan berkkumpul dan berinteraksi dengan orang-orang yang selalu berbuat baik. Seperti minyak dengan air. Orang-orang yang melakukan maksiat dan dosa mendapatkan kutukan dan hukuman, sementara itu orang-orang yang melakukan perbuatan kebajikan akan selalu mendapatkan berkah dan pahala. Orang-orang ahli maksiat akan masuk ke dalam golongan ‘hizbusyaithon’, sedangkan orang-orang yang selalu ta’at dan beramal soleh sebagai ‘hizbullah’, yang akan mendapatkan jaminan syurga.
Kelima, orang yang suka melakukan maksiat dan dosa, hidupnya akan mengalami jalan buntu pada setiap urusannya. Sebagaimana orang-orang yang bertaqwa akan dimudahkan oleh Allah dalam segala urusannya. Bagaimana akan dapat menemukan pintu—pintu kebaikan, sementara dirinya menutup dengan perbuatan maksiat dan dosa,sehingga semua kemaslahatan menutup pintu terhadap dirinya.
Keenam, perbuatan maksiat dan dosa akan menimbulkan kegelapan hati. Kegelapan itu benar-benar nyata dalam hatinya, seperti melihat dan merasakan gelapnya malam. Hal ini karena sesungguhnya, ketaatan itu cahaya, sedangkan kemaksiatan dan dosa itu kegelapan. Semakin banyak maksiat yang dilakukan, maka akan semakin gelap hati orang itu. Akibatnya, orang-orang yang mengerjakan maksiat dan dosa itu, pasti akan jatuh ke dalam kekafiran, kerana hatinya sudah terhijab (tertutup) oleh kemaksiatan, dan kebenaran (al-haq) tidak mungkin lagi dapat menyentuh hatinya.
Ketujuh, perbuatan maksiat dan dosa itu, juga akan melemahkan kekuatan hati. Orang yang banyak maksiat akan kehilangan iradah (kehendak) dan azzam (tekad) yang kuat, karena hatinya yang gelap akibat dosa itu, tak mungkin memiliki motivasi yang kuat. Orang yang banyak maksiat berefek kelemahan fisik, karena hatinya yang lemah. Tapi, ada juga orang yang fasik (ahli maksiat), kelihatan fisiknya yang kuat, tetapi hakekatnya sangat lemah. Tidak akan memiliki saja’ah (keberanian), menanggung beban hidup. Seperti sudah dikisahkan dalam perang Salib, bagaimana orang-orang Rom yang kelihatan fiziknya sangat kuat, tetapi dengan mudah dikalahkan orang-orang mukmin.


Kelapan, orang yang melakukan maksiat itu, pasti akan kehilangan wala’ (loyalti) dan keta’atan kepada Allah Azza Wa Jalla. Perbuatan dosa dan maksiat itu, membuat mereka tak dapat berhubungan dengan Allah yang Mahasuci, dan menyebabkan terjauhkan dari hubungan dengan Allah Rabbul Alamin. Kerana itu, orang-orang yang sudah terbelenggu dengan segala bentuk dosa dan maksiat, hidupnya pasti selalu ingkar kepada Allah Azza Wa Jalla.
Kesembilan, orang-orang yang hobinya berbuat maksiat, menyebabkan pendek umur.Risiko ini tak dapat lagi dihindari. Orang-orang yang gemar minum, berzina, dan melakukan segala bentuk perbuatan maksiat, akibatnya hanya akan memendekkan umurnya. Kalau diberi umur yang panjang, tetapi hidup akan selalu tidak berkah, dan akan dihadapkan dengan segala bentuk malapetaka, kerana semuanya itu dari akibat perbuatan yang menambah dosa dan maksiat.



Sesungguhnya, rezeki, kematian, kebahagian, kesengsaraan, kesihatan, sakit, kekayaan, dan kefakiran, semua itu sudah menjadi takdir. Tapi Allah menjadikannya sebab kematian yang diakibatkan oleh perbuatan manusia. Jadi takdir itu memang sebuah kemestian, tetapi Allah Rabbul Aziz memberikan hak kepada manusia untuk melakukan ikhtiar. “Berhala-hala itu benda mati, tidak  hidup”. (An-Nahl : 21).



Manusia dikatakan hidup, bila hatinya masih hidup. Hati yang penuh dengan dosa dan maksiat akan mati, tidak dapat istijabah (menerima) kebaikan dan petunjuk dari Allah Ta’ala. Umur itu hanya rentang kehidupan manusia, yang bisa panjang dan pendek, semuanya Allah Azza Wa Jalla, yang menentukannya.



Tetapi, betapa celakanya, bila manusia memiliki rentang umur yang panjang, dan umurnya itu hanya digunakan untuk berbuat maksiat dan dosa, dan berpaling dari Allah, maka sesugguhnya manusia telah kehilangan hari-hari dari kehidupannya secara hakiki. “Ia mengatakan, Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) dalam hidupku ini”. (Al-Fajr : 24).


Begitulah nasihat Ibnu Qayyim al-Jauziyah, dalam kitabnya Al-Jawabu Kafi, agar manusia menjauhi dosa dan maksiat, kerana perbuatan itu akan mencelakakan manusia di dunia dan akhirat. Wallahu’alam....

RAMADHAN DAN FITRAH



“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
Surah al-Baqarah, ayat 183.
Memahami Tujuan Hidup
Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh.





 


Selalu juga berlaku, sebahagian atau segelintir orang mengambil langkah penyelesaian kepada pelbagai masalah itu dengan cara mengadu kepada kuasa lain selain Allah SWT. Cara itu adalah khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.
Semua itu menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada Tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapa yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.
Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya Tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui Tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan jasad manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dengan kata lain, manusia diseru agar mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Pengabdian kepada Allah SWT merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pencipta.
Al-Quran Panduan Hidup
Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut tujuan tanah, air, api, dan udara atau sebagainya adalah berguna kepada manusia. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, siapakah yang dapat menjelaskan tujuan hidup jika tidak Allah SWT sendiri?
Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya mereka yang berpengetahuan tentangnya.
Demikianlah tujuan hidup manusia. Mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia, iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah (para rasul) yang ditugaskan untuk memandu manusia, bagaimana hidup ini perlu diselaraskan menurut kehendak Allah SWT.
Justeru jurupandu kepada umat ini ialah para ambiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berpandukan al-Quran.
Sehubungan itu, bersempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini (1431H), maka seluruh kehidupan ini hendaklah mengambil pengajaran darinya. Antaranya mengambil ingatan sebaiknya kerana bulan Ramadhan merupakan bulan penurunan al-Qur an. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas sepertimana firman Allah SWT:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). “
Surah al-Baqarah, ayat 185.
Puasa Memenuhi Fitrah Manusia
Justeru, antara keberkatan utama bulan Ramadhan adalah difardhukan ibadat puasa sepertimana difardhukan ke atas umat terdahulu. Namun, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain juga merupakan keperluan bagi fitrah manusia. Jika sekalipun agama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas dirinya untuk berpuasa kerana banyak manfaat daripadanya, termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, maka lebih perlulah puasa ditunaikan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan.
Salah satu manfaat besar puasa ialah dapat membukti sejauh mana tanda taat dan tunduknya manusia kepada tuhannya. Manusia selaku hamba Allah, sanggup bersusah payah (dengan berpuasa), demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk menjaga anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita mengutamakan ibadat sepanjang Ramadhan ini, sanggup kita bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.
Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Dari sinilah, hati kita perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.
Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati yang memenuhi tuntutan takwa kepada Allah SWT.
Ingatlah, hilangnya keyakinan terhadap Allah, maka akan hilanglah roh dari ibadat puasa tersebut. Hilangnya roh ibadat puasa itu, maka akan menghilangkan pula ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang berpuasa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
“Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam.”
Riwayat Ibnu Majah.
Semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT di sepanjang Ramadhan. Malah, semua ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita, bukan hanya ketika bulan Ramadhan. Harapan kita, agar bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan al-Quran sebagai usaha kita memenuhi apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. InsyaAllah, Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.



RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN



Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.
Firman Allah maksudnya:
“Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).”(Al-A’raaf 16-17)



Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An’am 112)


MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie – perkataan tunggalnya “Jinny” yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN
Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)
“Al-Maarij”
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
“Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas.”
(Al Hajar 27)
“Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A’raf 12)


KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.
Dalil Al Quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (Al An’am 130)


TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.