TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Monday, November 8, 2010

Awas Godaan Dunia

Dunia sudah tua dan hampir tiba dipenghujung usia. Namun isi dunia ramai yang terus alpa diulik mimpi yang menipunya.   Masing – masing terus mengejar dunia sedangkan dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengelak daripada kemusnahan yang sudah pasti menjelang tiba pabila datang masa dan saat ketikanya. Bumi yang dipijak tidak henti daripada melaknat isi dunia yang terus melanggar perintah Allah Tuhan Pencipta. Manakala langit turut merungut marah melihat makhluk yang tidak sedar diri terus mengganas di bawah teduhannya. Bumi terus beredar mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Allah sedangkan manusia tanpa segan silu melawan arus sehingga segala kewajipan agama terus terabai malah dibantah tanpa sekelumit pun perasaan gerun dan gentar yang timbul dalam hati disebabkan ia ditompoki dengan bintikan noda dan dosa yang mengotorinya. Betapa hebatnya godaan dunia sehingga ramai manusia menjadi gila kerana terlalu kagum dengan keindahannya yang penuh penipuan. 





-----------------------------------------------------------------------------------------------------


          Dunia menawarkan wanita sehingga ramai terpedaya dan terus hanyut dibaham ombak nafsu ganas yang sentiasa bergelora. Dunia mengiklankan wanita sebagai lambang seks yang mampu memenuhi tuntutan nafsu yang mahukan hiburan yang tidak terbatas. Dunia melupakan kita bahawa Islam telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang bersopan santun dan berada di tempat yang mulia sebagai teman kepada kaum lelaki dalam meraih syurga Allah. Dunia menghasut agar wanita dibebaskan sebebasnya tanpa disekat oleh landasan agama kerana dengan cara ini maka wanita boleh dirosakkan dan dicalarkan maruahnya tanpa ada lagi pembelaan yang sewajarnya. Tertarikkah kita dengan hasutan jahat dunia sehingga membiarkan wanita Islam terus ditelanjangkan tanpa ada lagi rasa malu dan hormat kepada batas agama. Tertipukah kita dengan helah dunia yang menganggap wanita sebagai pemuas nafsu semata-mata disamping mewajibkan wanita berkerja di luar bidang yang sesuai dengan sifat kewanitaannya sebagai wanita yang terhormat. Adakah wanita akan menjadi lemah jika hanya dibenarkan berkerja dalam bidang yang sesuai dengan fitrah kejadiannya. Hinakah wanita jika menumpukan perhatian dalam bidang pendidikan dalam melahirkan anak watan yang taat setia kepada agama dan negara. Hebatkah wanita jika mereka dibiarkan berkerja dalam bidang yang dikhususkan untuk kaum lelaki sehingga hilang sifat kewanitaan dan keibuannya. Jawablah semua persoalan ini berdasarkan akal yang waras yang disuluhi cahaya wahyu.
          Dunia menawarkan harta sehingga ramai yang sanggup mati demi memperolehinya. Dunia menjadi kacau bilau apabila dipenuhi dengan manusia yang gilakan harta sehingga sifat kemanusiaannya terus hilang dari diri kerana masing-masing lebih sayangkan harta daripada kasih sayang. Dunia melahirka mausia yang ganas dan sentiasa bernafsu untuk membaham kawan atau lawan demi mendapatkan harta. Bumi dibasahi darah dan menjadi rosak akibat tangan jahat yang mengotorinya sesuka hati demi mengumpul harta untuk kesenangan diri. Manusia boleh berdiri di atas mayat orang lain kerana harta yang dikejar. Dunia ketawa girang melihat manusia bersifatkan iblis terus mengganas demi mencari sebanyak mungkin harta yang tersimpan dalam perut bumi. Dunia bertepuk sorak memerhati manusia bersikap lebih ganas daripada binatang kerana begitu bernafsu mengejar harta sehingga sanggup melanggari batas agama dan sanggup mengenepikan sifat kemanusiaan. Harta yang bersarang dikepalanya menyebabkan akhirat terus dilupa. Bahagiakah si kaya tanpa agama, bahagiakah si pembolot harta tanpa sifat kemanusiaan, bahagiakah si penimbun harta tanpa kasih sayang, bahagiakah si pengejar harta tanpa kemuliaan yang meletakkan dirinya di tempat yang baik di kalangan masyarakat sekelilingnya.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------

             Dunia menawarkan takhta sehingga ramai bertukar sifat daripada lembut kepada ganas demi mengejar atau menjaga takhta yang ada. Takhta merubahkan keadaan diri pemiliknya daripada seorang yang jujur dan amanah kepada pengkhianat dan perosak apabila agama diketepikan. Banyak kerosakan di muka bumi dilakukan oleh mereka yang memiliki takhta tetapi tidak pandai menggunakannya untuk keselamataan dan kesejahteraan dunia akibat dirinya lebih cenderong kepada mendengar hasutan syaitan daripada  mengikut suluhan wahyu. Melalui takhta ramai yang mengumpul dua tipuan dunia yang lain iaitu wanita dan harta demi memuaskan nafsu yang tidak kunjung padam malah semakin membara. 
             Setelah melihat betapa kuat dan bahayanya tipuan dunia yang banyak mengheret umat manusia ke lembah kehinaan maka berhati-hatilah kita agar kebahagiaan yang hakiki berasaskan  agama terus kukuh dalam diri. Jangan biarkan diri kita turut dihanyutkan oleh ombak ganas dunia yang menghempas kuat cuba menghakis agama daripada diri kita. Ingatlah hari akhirat yang pasti datang di mana di sana tiada lagi erti penyesalan. Biarlah godaan dunia yang mempesonakan datang mencuba di hadapan mata saban hari tetapi diri kita tetap ingat bahawa itu semua akan musnah. Jangan biarkan diri kita musnah bersama tipuan dunia yang akan menjahanamkan diri kita. 

Giliranku Pasti Akan Tiba...



بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده


اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد
الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج
تنال به الرغائب وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
- Selawat at-Tafrijiyyah / Selawat an-Nariyyah / Selawat Kamilah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني و أنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك على و أبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت 
- Sayyidul Istighfar


^ Wahai ALLAH, sesungguh nya aku memohon CintaMU dan cinta orang² yang mencintaiMU, serta mencintai amal yang akan mendekatkan aku kepada CintaMU. Wahai ALLAH, sekira nya Engkau Menghendaki bala`, fitnah dan musibah dalam sesuatu kaum, maka dahulukanlah aku (wafat) dalam keadaan selamat, dan bukan dalam keadaan berduka-cita atau terfitnah. - ^ Doa Penghulu, Kekasih dan Penyelamat kita yang dirindui, Nabi Muhammad ibn `AbduLlah صلى الله عليه وسلم

يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة


Wahai diri, sesungguh nya kehidupan di dunia ini adalah satu kehidupan sementara yang tersangat singkat. Sedangkan kehidupan di Akhirat adalah kehidupan sebenar dan kekal abadi, untuk selama-lama nya. Lantas, bagaimanakah persiapan dirimu untuk kembali kehadratNYA? Apakah ala kadar sahja atau bersungguh-sungguh dengan perasaan takut dan harap? Wahai diri, awas! Akhirat di hadapan, giliranmu pasti akan tiba...



* Wahai Yang Menguasai alam semesta, Wahai Yang selalu Mendamaikan jiwa yang selalu mengingatNYA, Wahai Yang Maha Memberikan kedamaian dunia dan akhirat, Damaikan jiwa kami, Damaikan hari² kami, Damaikan kehidupan kami, Damaikan alam barzakh kami, Damaikan kematian kami kelak, Damaikan kami di Yaumil Qiyamah. Wahai Cahaya Kedamaian dunia dan akhirat yang terbit dengan kebangkitan Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وسلم, kami bertawassul demi keluhuran Cahaya risalah Sang Nabi صلى الله عليه وسلم yang menerangi jiwa dan kehidupan kami dan hari² kami dengan Keagungan NamaMU...


* Rabbiy Rabbiy kami menginginkan darjat² tertinggi di dunia dan akhirat dalam Keredhaan. Dan kami risau akan datang nya musibah di dunia, barzakh dan Yaumil Qiyamah maka Bebaskan kami dari segala kesulitan, musibah di dunia, barzah, dan Yaumil Qiyamah. Rabbiy Rabbiy kami menghendaki dan mendambakan keni`matan di dunia, keni`matan di barzakh, keni`matan di akhirat. KAUlah Sang Pemberi keni`matan maka Berilah kami keni`matan di dunia, di barzakh dan di Yaumil Qiyamah. Rabbiy Rabbiy inilah doa, inilah munajat, Jawablah segala harapan kami dan munajat kami. - * Himpunan doa Murabbina al-Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى


Sahabat...
Jika hari ini daku terlalu gembira, 
Sedarkanlah daku dengan Amaran² ALLAH... 

Jika daku bersedih tanpa kata, 
Pujuklah daku dengan Tarbiyah Pencipta... 

Jika daku lemah tiada berdaya, 
Ingatkanlah daku dengan kehebatan Syurga... 

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, 
Ajaklah daku untuk meruntuhkan nya segera... 

Jika pernah hati mu terluka, 
Luahkanlah agar daku berubah... 

Dan jika esok daku terlena tanpa terjaga, 
Iringilah daku dengan kalungan doa...

- Hamba ALLAH




Kewujudan Negara Malaysia dirancang sejak 1889



Kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! 




kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nie..



Di fitnah bangsa sendiri sehinga keluar umno
                                                     
Saya rasa seperti ingin menangis apabila menemui maklumat ini semasa saya cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika saya berasa amat hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu nama MALAYSIA.

rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.

dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nie..


"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."


Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan


Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:


“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…
mungkin Dato Onn Jaafar dah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu?

rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas:

Upacara Freemanson di Penang suatu ketika dulu.



Penang Masonic Temple pada tahun 1950-an..
Ahli-ahli masonic di Malaysia.
(19 November 2008)





Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.



Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

"Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."
(Genesis 25:6 New International Version)

mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, "lembu suci", "holy cow" itu adalah tuhan... cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkwan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan).. manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI).. dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON? bubuh batu asas FREEMASON di Pulu Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengingsyhtiharan "kemerdekaan" negara Malaysia pada tahun 1957..



LUCIFER show 1World Government sign.





fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..
They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt


Politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON dan bangsa YAHUDI.. di facebook tulis "what are you thinking" dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet... semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

Wallahualam.....

Sunday, November 7, 2010

Firaun yang lemas di Laut Merah.


Assalamualaikum... 
posting kali ini berkaitan tentang suatu perkara yang kita sering terlepas pandang kerana amat jarang sekali media menyalurkan fakta-fakta ini buat kita...atau mungkin sekali tidak pernah pun kita didedahkan dengan maklumat-maklumat yang penting seprti ini...

Relief Thutmose II

Benarkan Thutmose II Fir’aun yang tenggelam di Laut Merah?
Sejauh ini telah banyak studi yang dilakukan untuk mengidentifikasi siapakah Fir’aun yang sedang berkuasa saat peristiwa keluarnya Musa beserta Bani Israel dari tanah Mesir. Berikut beberapa kandidatnya :

Ahmose I (1550 SM – 1525 SM)
Thutmose I (1506 SM – 1493 SM)
Thutmose II (1494 SM – 1479 SM)
Thutmose III (1479 SM – 1425 SM)
Amenhotep II (1427 SM – 1401 SM)
Amenhotep IV(1352 SM – 1336 SM)
Horemheb (sekitar 1319 SM – 1292 SM)
Ramesses I (sekitar 1292 SM – 1290 SM)
Seti I (sekitar 1290 SM – 1279 SM)
Ramesses II (1279 SM – 1213 SM)
Merneptah (1213 SM – 1203 SM)
Amenmesse (1203 SM – 1199 SM)
Setnakhte (1190 SM – 1186 SM)


Menurut studi yang dilakukan oleh Sejarawan Alan Gardiner, setelah kematian Thutmose I dan masa persinggahannya selama 40 tahun di Madyan / Midian, Musa memutuskan untuk kembali ke tanah Mesir tempat beliau dibesarkan. Allah menugaskan Musa untuk menyampaikan ajaran agama yang hakiki kepada Fir’aun. Pada saat itu, Mesir dipimpin oleh Raja Thutmose II yang memperistri Ratu Hatshepsut.
Thutmose II, menurut sejarah bukanlah sosok Fir’aun yang hebat, sebaliknya istrinya Hatshepsut yang banyak berperan penting bagi kemajuan kerajaan. Walaupun bukan merupakan sosok pemimpin yang dikatakan berpengaruh, Gardiner tetap meyakini Thutmose II merupakan kandidat terkuat fir’aun yang melakukan pengejaran terhadap Musa beserta kaum Bani Israel. Hal itu dikarenakan banyaknya kecocokan dengan studi sejarah yang ia lakukan.
Garnier juga menambahakan bahwa di pusara tempat berdiamnya mummi Thutmose II, hampir tidak ditemukan ornamen-ornamen dan benda-benda berharga “semewah” pusara raja-raja Mesir kuno yang lainnya. Ada kesan bahwa raja ini tidak begitu disukai dan dihormati oleh rakyatnya, sehingga mereka tak peduli dengan kematian sang Raja. Selain itu, kematiannya yang mendadak juga menjadi salah satu alasannya.

Penelitian terhadap Mummi Thutmose II yang ditemukan di situs Deir el-Bahri pada tahun 1881 mengungkapkan bahwa terdapat banyak bekas cedera di tubuhnya, dan Mummi-nya ditemukan tidak dalam kondisi yang bagus. Hal ini mungkin menandakan Thutmose II mati secara tidak wajar.
Apakah cidera di tubuhnya itu akibat hempasan kekuatan gelombang Laut Merah yang secara tiba-tiba tertutup kembali? Wallahu ‘alam Bishawab
Al-Quran sendiri mengisahkan detik-detik terakhir kehidupan Sang Fir’aun :
“Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia ;” Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. ( QS Yunus 90).
Dari ayat diatas kita dapat mengetahui bahwa Fir’aun mencoba memohon kepada Allah agar ia diselamatkan ketika air mengenggelamkan raganya. Namun sangatlah jelas bahwasannya tindakan Fir’aun hanyalah suatu kebohongan semata sebagai alasan untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari maut.
Setelah sang Fir’aun tewas pada periode pemerintahannya yang tergolong singkat, besar kemungkinan jalannya roda pemerintahan diambil alih sementara oleh sang Ratu yang tak lain ialah Hatshepsut sebelum akhirnya Thutmose III naik tahta.



Jika benar Thutmose II merupakan Fir’aun yang dimaksud, ada suatu kemungkinan kronologi sejarahnya menjadi demikian :
Pertama, Musa dibesarkan dilingkungan kerajaan Mesir saat Thutmose I berkuasa, dan istri Thutmose I yang menemukan bayi Musa saat hanyut di Sungai Nil.
Kedua, selang puluhan tahun setelah Musa melarikan diri dari tanah Mesir karena ancaman hukuman mati akibat peristiwa terbunuhnya seorang prajurit kerajaan olehnya, ia kembali untuk menyampaikan ajaran Allah kepada Fir’aun. Namun pada saat itu mungkin Thutmose I telah meninggal dan digantikan putranya Thutmose II.

Mengapa Thutmose II Diyakini Sebagai Firaun Yang Tenggelam di Laut Merah Sedangkan Mummi-nya Sendiri Berhasil Ditemukan?

Mummi Thutmose II


Pertanyaan diatas memang kerap ditanyakan. Mereka yang bertanya kebanyakan beranggapan bahwa Jasad Fir’aun tidak mungkin berhasil ditemukan apalagi dalam bentuk Mummi, sebab telah tenggelam di Laut Merah bersama bala tentaranya.






Gambar di Dasar laut Merah yang dipercayai adalah roda kenderaan yang digunakan oleh Firaun dan askar-askarnya mengejar Nabi Musa a.s.



Bagi kawan-kawan muslim, Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagai berikut :

“Apakah sekarang (kamu baru percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesunguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuatan Kami. ( QS Yunus 91-92).”
Tentunya ayat diatas sudah cukup menjelaskan mengapa Allah dengan sengaja menyelamatkan jasad sang Fir’aun.

Wallahualam....




KEPINCANGAN SISTEM PENDIDIKAN

Saya teringat ketika zaman muda-muda dahulu. Orang-orang dewasa suka bertanyakan soalan-soalan kepada saya. Salah satunya, "Bila besar nanti nak jadi ape?".

Maka selalunya budak-budak akan menjawab tidak pasti atau ada banyak pilihan. Lalu "orang-orang dewasa" pun berkata, "Awak mesti jelas masa depan awak dan matang membuat pilihan".




Maka saya yang masih muda pun terasa begitu rendah diri apabila "orang-orang dewasa" mengatakan saya ini tidak jelas masa depan dan tidak matang membuat pilihan.


Maka penat-penatlah saya merenung masa depan saya, memikirkan nak jadi apa besar nanti.

Bayi adalah makhluk yang hebat dan genius, tetapi sistem pendidikan telah membuat kita semua menjadi bodoh apabila dewasa



Tetapi saya masih keliru. Saya minat falsafah, agama, ekonomi, politik, sejarah, matematik, sains, muzik, seni lukis, mengarang, askar, peguam, perunding motivasi, pakar psikologi, berniaga, menjadi guru dan banyak-banyak lagi.


Tetapi "orang dewasa" kata, saya mesti pilih satu sahaja. Dan saya yakin, bukan saya sahaja yang mempunyai cita-cita dan minat yang banyak, tetapi semua kanak-kanak pun sama. Kenapa kita harus pilih satu je daripada semua-semua tu?


Kerana "orang dewasalah" yang telah melenyapkan kesemuanya menyebabkan kita hidup tertekan, hilang minat belajar, stress dengan kerja dan lain-lain. Maaf ye orang-orang dewasa, saya sebenarnya bukan nak salahkan anda semua, tetapi saya ingin menyalahkan........




SISTEM PENDIDIKAN

Apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem pendidikan sekarang?
Pertama sekali, ingin saya timbulkan satu persoalan, kenapa kita perlukan pendidikan?

Ya, sudah tentulah supaya kita menjadi pandai.
Tetapi,
sedarkah anda bahawa sistem pendidikan sekarang tidak melahirkan golongan pandai pun.


Sejak dari tadika sehinggalah tamat PhD, adakah anda fikir seseorang itu akan jadi pandai setelah melalui satu sistem pendidikan untuk sekian tempoh masa?


Tidak, dia tidak menjadi pandai, tetapi sebaliknya.






Kerana sistem pendidikan sekarang bukanlah bertujuan untuk melahirkan orang pandai, tetapi untuk melahirkan ORANG BODOH.


Kita lihat sistem politik zaman sekarang. Kita mengguna pakai sistem KAPITALIS. Apa yang ada dalam sistem Kapitalis?



Dalam sistem ini, hanya ada 2 golongan. Golongan pemodal dan golongan pekerja. Dengan sistem ini, golongan kaya akan bertambah kaya, manakala golongan miskin akan menjadi semakin miskin.



Dan jika anda perasan, yang memegang pemerintahan negara bukanlah orang-orang politik, tetapi orang-orang kaya. Kita lihat dengan duit mereka boleh membeli apa-apa sahaja. Ini kerana dalam sistem Kapitalis, apa yang boleh dijual, akan dijual, dan apa yang boleh dibeli, akan dibeli.
Dalam sistem ini, manusia hidup ibarat robot. Mereka hanya melakukan satu kerja, dan mengulang-ulang kerja tersebut hingga berpuluh-puluh tahun. Mereka tidak pernah pun berfikir tentang itu kerana mereka sangka mereka golongan yang hebat dan termasuk dalam golongan cerdik pandai, ijazah-ijazah yang banyak, sedangkan ijazah itu hanyalah bagai cop sirim yang akan menjadikan kita ini "robot berkualiti".

Apa yang golongan kaya perlukan, hanyalah pekerja. Kerana dengan pekerjalah mereka akan menjadi kaya. Cuba teka, dari mana mereka mendapat para pekerja yang taat?



Jawapannya daripada sistem pendidikan. Ya, sistem pendidikan telah digunakan untuk melahirkan ramai pekerja-pekerja yang taat. Dan minda kanak-kanak perlu ditanam bahawa mereka perlu belajar untuk bekerja. Jika mereka tidak ingin belajar, mereka perlu terus bekerja. Dan akhirnya berebut-rebutlah golongan-golongan muda yang ditipu untuk belajar supaya mereka dapat bekerja.