TAMUSALAM
اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه
I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.
"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."
Friday, July 29, 2011
TENTANG ROKOK
Ok...posting kali ini adalah berkaitan tentang merokok. secara asasnya. Jumlah penduduk dunia – 6.5 billion. Jumlah orang-orang Islam – 1.3 billion. Jumlah perokok di dunia – 1.15 billion. Jumlah Muslim yang merokok – lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia) Pengeluar rokok terbesar di dunia – Phillip Morris. Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain). Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari.
Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari. Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta) Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris – 10% untuk setiap bungkus. Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam dengan merokok sahaja. 12% untuk Israel. Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain). Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta sehari.
Sedarlah : Perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 juta setahun. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin. Tidakkah kita berasa apa-apa?. Itu belum kira lagi kesan merokok pada kita semua. Masih mahu merokok lagi?
tepuk dada, tanya iman...
p/s: diharapkan puasa nanti sedikit sebanyak boleh mengurangkan ketagihan merokok bagi mereka-mereka yang tegar...:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahhh kena laser kali ni!!
ReplyDelete