Salam dan selamat sejahtera semua. tidak sampai 3 minggu lagi lagi umat Islam akan mula berpuasa. Sebulan kemudian akan menyambut hari raya. Tahun ini 1 Ramadan 1432 sama pula dengan 1 Ogos 2011. Nampak seperti ada perayaan berkembar pula bersama sambutan Hari Kebangsaan. Hehe…
Baju raya dah sedia? Rasanya ada yang telah berkunjung ke kedai-kedai jahit menempah baju raya. Tarikh Hari Raya Puasa dah memang pasti tak susah untuk difikir, kan?
bila kita sedang berpuasa
tahan lapar serta dahaga
kawal mata kawal telinga
kawal lidah dalam berkata
tahan lapar serta dahaga
kawal mata kawal telinga
kawal lidah dalam berkata
bila kita menyambut raya
hati riang berbunga-bunga
makan minum ada tersedia
syukur pada Yang Maha Esa
hati riang berbunga-bunga
makan minum ada tersedia
syukur pada Yang Maha Esa
sekarang kita masih di sini
dalam terlena kita berlari
rumah besar berkata pergi
lahad sempit menjemput diri
dalam terlena kita berlari
rumah besar berkata pergi
lahad sempit menjemput diri
Pejam celik, pejam celik… makin dekat kita dengan kubur dan pastinya makin jauh pula daripada rumah. Untungnya hanya kerana tidak perlu menyediakan kain kapan nanti. Semua tu tugas orang yang masih hidup...
ok kali untuk posting kali ini, memandangkan puasa pun hampir tiba mari kita jadikan dunia sebagai tapak semaian, kita bicara tentang hikmah bertarawih orite~...weeeeeee...
hikmah bersolat tarawih:
1. Pada hari pertama seorang mukmin akan keluar bebas dari dosanya,seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.
2. Pada malam kedua, diampunilah dosanya dan dosa kedua orangtuanya jika mereka adalah orang mukmin
3. Pada malam ketiga, berteriaklah malaikat dari bawah arasy:Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu
4. Malam keempat, diberi pahala seakan-akan membaca Taurat,Injil,Zabur dan Alquran
5. Malam kelima,diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid madinah dan masjid Al-aqsa
6. Malam keenam,diberi pahala orang yang bertawaf di Baitullah dan memintakan ampun baginya segala batu dan pasir
7. Malam ketujuh, ia seakan-akan telah mengalami masa nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman
8. Malam kelapan Allah memberikan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim as.
9. Malam kesembilan seakan-akan ia telah beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW
10. Malam kesepuluh dikurniai Allah kebaikan dunia akhirat
11. Malam kesebelas, ia keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seperti ia dilahirkan oleh ibunya
12. Malam kedua belas, ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama
13. Malam ketiga belas, akan tiba dihari kiamat terhindar dari keburukan
14. Pada malam keempat belas, ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahawa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan kerananya ia tidak menghadapi hisab
15. Malam kelima belas, pada malaikat membacakan selawat untuk dia
16. Malam keenam belas, Allah mencatat kebebasannya dari api neraka
17. Malam ketujuh belas, diberi pahala nabi-nabi
18. Malam kelapan belas, ia dipanggil oleh malaikat :Hai hamba Allah,ketahuilah bahwa Allah telah meredhai engkau dan meredhai kedua orang tuamu
19. Malam kesembilanbelas, Allah mengangkat darjatnya dalam syurga firdaus
20. Malam keduapuluh , diberinya pahala para syuhada dan orang-orang soleh
21. Malam keduapuluh satu, Allah membangunkan baginya sebuah rumah dari cahaya di syurga
22. Malam keduapuluh dua, tiba dihari kiamat terhindar dari segala rasa duka dan sesak hati
23. Malam keduapuluh tiga, dibangunkan oleh Allah sebuah kota di dalam syurga
24. Malam keduapuluh empat, dikabulkan oleh Allah dua puluh empat doa daripadanya
25. Malam keduapuluh lima, dibebaskan oleh Allah dari azab dalam kubur
26. Malam keduapuluh enam, diberinya pahala empat puluh tahun
27. Malam keduapuluh tujuh, ia akan melewati sirat secepat kilat
28. Malam keduapuluh lapan, akan diberinya seribu tingkat di syurga
29. Malam keduapuluh Sembilan, diberi Allah pahala seribu kali perjalanan haji yang makbul
30. Malam ketigapuluh, berfirman Allah kepadanya, mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari air kautsar,Aku tuhanmu dan engkau hambaKu.
moga2 bermanfaat untuk readers..wasalam~ :)
p/s: seseorang berpesan pada saya, bahawa berpuasa itu merupakan jalan-jalan jihad...melawan nafsu dr pandangan mata,halwa telinga, fikiran serta tutur kata...rebut peluang selagi kita bernyawa kerana ramadhan selanjutnya belum tentu kita ada....
No comments:
Post a Comment