TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Wednesday, October 27, 2010

Merovingian

Merovingian adalah pecahan daripada keturunan elit istana dari zaman Babilon (Semiramis, Nimrod dan sebagainya) dan Mesir purba (Horus, Amon, Ra, Osiris dan sebagainya) hingga ke hari ini. Keturunan elit istana dari zaman purba ini pula bukan sahaja mewarisi darah keturunan yang sama, malah terus mewarisi gelaran dan kedudukan diraja di Eropah hari ini. Mereka ini memainkan peranan penting dalam perjalanan sejarah dunia moden dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah dunia moden.

Diperakui, adalah sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai Merovingian dari perkaitannya antara perspektif sejarah dengan geneologi yang berhubung kait dengan keturunan elit. Tidak banyak hasil tulisan yang dihasilkan oleh penulis-penulis berkaitan penglibatan keturunan ini dalam pentas dunia, yang banyak ditulis hanya berkisar mengenai kisah kehidupan peribadi seseorang keturunan diraja di Eropah. Bahan bacaan sedemikian sedikit membosankan tetapi masih ada beberapa maklumat yang boleh dimanfaatkan.

Kunci bagi menjejak keturunan ini di Eropah ialah menerusi perjalanan hidup puteri Mesir, Cleopatra (tahun 69 S.M) yang berhijrah dari Mesir ke Eropah melalui perkahwinan dan melahirkan keturunan campuran Mesir-Eropah. Cleopatra lahir di Mesir pada tahun 69 SM, pada ketika Mesir menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Greek semasa era Alexander The Great. Apabila Alexander meninggal dunia pada 336 SM, rakannya iaitu Ptolemy mengambil alih pentadbiran Mesir dan mengahwini wanita Mesir dari keturunan istana. Pemerintahan Ptolemy disebut sebagai Dinasti Ptolemy.
Cleopatra


Cleopatra adalah anak kepada Ptolemy XII. Apabila Ptolemy XII meninggal dunia pada tahun 51 SM, dia memerintahkan Cleopatra (ketika itu berumur 17 tahun) mengahwini adiknya sendiri iaitu Ptolemy XIII yang ketika itu baru berusia 12 tahun dan meneruskan pemerintahan Mesir. Sepanjang pemerintahan Cleopatra, dia menjadi lebih dominan berbanding adik lelaki yang dikahwininya. Akibatnya, dia diusir keluar dari tampuk kekuasaan politik Mesir.

Beberapa bulan setelah diusir, angkatan tentera Rom yang dipimpin Julius Caesar kemudian tiba di Mesir. Cleopatra yang menyedari kehadiran tentera Rom kemudian membuat keputusan untuk menjalin hubungan dengan Julius Caesar bagi membolehkannya berkuasa semula dalam politik Mesir.

Caesar dan Cleopatra kemudian bekerjasama menggulingkan Ptolemy XIII iaitu adiknya sendiri. Cleopatra berjaya mendapatkan semula kedudukannya dalam kerajaan Mesir dan mengahwini seorang lagi adik lelakinya iaitu Ptolemy XIV untuk mendapatkan kuasa politik. Dalam masa yang sama, Cleopatra menjalin hubungan sulit dengan Caesar sehingga melahirkan seorang anak, Caesarion. Pada tahun 46 SM, Caesar dan Cleopatra berpindah ke Rom bersama Caesarion. Di Rom, Cleopatra digelar Isis Baru sempena nama Tuhan Perempuan dalam tradisi Mesir.

Pada tahun 44 SM, Caesar meninggal dunia selepas dibunuh. Cleopatra kemudian kembali ke Mesir dan membunuh Ptolemy XIV bagi membolehkan Caesarion menjadi raja. Selepas kamatian Caesar, dua orang panglima iaitu Mark Anthony dan Octavian bersaing untuk memperoleh kuasa politik di Rom. Anthony kemudian bertemu Cleopatra pada tahun 42 SM dan menawarkan kuasa politik di Rom kepada Cleopatra, mereka kemudian berkahwin dan melahirkan dua anak kembar iaitu Selene dan Alexander Helios. Kemudian pada tahun 32 SM, Cleopatra melahirkan seorang lagi anak iaitu Philadelphus. Pada ketika itu, Cleopatra dan Anthony mengelar diri mereka sebagai Tuhan (keluarga Tuhan) sepertimana dalam ajaran agama triniti pagan (agama pagan bepegang kepada fahaman keluarga tuhan dan tuhan mempunyai anak). Pada tahun 34 SM, salah seorang anak mereka ditabak sebagai raja di Armenia.

Bemula detik itu, keturunan elit diraja Mesir melalui Cleopatra mula berkembang di Eropah hasil daripada perkahwinan Cleopatra dengan Mark Anthony dan Julius Caesar. Anak-anak yang lahir itu kemudian terus berkembang dan menjadi golongan diraja di sekitar Eropah. Keturunan diraja di England, Perancis, Rusia, Sepanyol dan lain-lain negara di Eropah mempunyai pertalian darah dengan keturunan firaun Mesir. Keturunan ini terus mengamalkan fahaman pagan sepanjang zaman perkembangan di Eropah termasuk semasa Zaman Gelap.

Amalan sihir yang diwarisi sejak zaman Mesir purba sudah menjadi kebiasaan di kalangan golongan ini. Kelahiran agama Kristian juga mempunyai pertalian dengan golongan Merovingian, ini kerana golongan ini mempunyai kuasa yang besar dalam menguasai gereja semasa perkembangan agama Kristian.
Dan, fahaman Kristian juga berkisar mengenai triniti keluarga tuhan seperti yang diamalkan dalam agama pagan. Agama pagan banyak menyelitkan unsur keluarga tuhan seperti dalam kepercayaan Greek kuno di mana Tuhan Zeus mengahwini manusia wanita dan melahirkan Hercules, ia juga berkisar dalam triniti. Juga seperti agama pagan Mesir yang berpegang fahaman triniti.

Agama Kristian yang wujud hari ini adalah sebagai pembaharuan terhadap agama pagan dengan mengekalkan konsep triniti. Ia juga sebagai satu medium untuk menghina Allah oleh para pengasas agama itu. Dan, para pengasas agama itu pula adalah daripada keturunan yang sama terlibat dalam konspirasi membunuh Nabi Isa. Dan, golongan Yahudi yang terlibat dalam konspirasi membunuh Nabi Isa pula adalah daripada keturunan yang sama berkhidmat dengan tukang sihir di zaman firaun di Mesir. Dan, keturunan yang berkhidmat dengan tukang sihir firaun itu pula mengaku bahawa firaun itu tuhan, pada masa yang sama mereka menyembah syaitan melalui amalan sihir.

Kesimpulannya, agama pagan yang dianut oleh penyembah syaitan terus berselindung di sebalik agama Kristian hari ini sehingga hari kiamat. Golongan diraja di Eropah menjadikan agama Kristian sebagai agama yang dominan dan mereka kerap melakukan perubahan terhadap agama itu sesuka hati sehingga berpecah kepada beberapa fahaman baru seperti Protestant, Anglican dan sebagainya.
Dalam dunia hari ini, negara-negara di Eropah terus menyimpang dan kita pula sudah lama dikejutkan dengan trend perkahwinan sesama jantina (gay/homoseksual) di gereja-gereja Kristian di Eropah. Ia seperti mengembalikan kaum Nabi Lut seperti dalam sejarah Sodom (al-Quran menyebutnya sebagai Sadum) dan Gomorrah. Ia juga sebagai jalan untuk mencabar Allah dan mempercepatkan keluarnya Dajjal secara terbuka dalam umat manusia. Merovingian mahu manusia membuat dosa dan mencabar Allah, ia bagi mempercepatkan keluarnya Dajjal untuk ditabal menjadi raja kepada golongan penyembah syaitan.

Dari sudut geneologi (kaji keturunan), keturunan Illuminati, Merovingian dan semua Presiden Amerika (termasuk Obama) adalah daripada keturunan yang sama, keturunan Elit daripada keluarga diraja Babilon dan Mesir purba.

Kita kembali sebentar kepada peristiwa yang hampir dengan waktu kita pada hari ini iaitu zaman kolonialism dan imperialism atau era penjajahan Barat ke atas majoriti negara dunia.
Kita sedia tahu bahawa England dan lain-lain negara Eropah giat menjalankan dasar penjajahan ke atas negara-negara di dunia. Salah satunya seperti yang diajar melalui buku sejarah (benarkah buku sejarah yang ditulis?) ialah untuk Eropah menguasai ekonomi dan kekayaan negara jajahan selain menyebar agama Kristian. Ia juga ke arah pemusatan kuasa New World Order untuk menundukkan dunia di bawah satu pentadbiran mutlak.

England semasa era kolonialism begitu giat menggalakkan para ahli arkeologi (ahli sejarah) dari negara itu untuk menjalankan kegiatan cari gali di piramid-piramid Mesir. Cari gali yang dilakukan ahli sejarah England bukanlah untuk mencari nilai sejarah semata-mata, tetapi adalah untuk mencari peninggalan nenek moyang Merovingian atau lebih tepat…untuk menjejak keturunan Merovingian di Mesir melalui cari gali di piramid-piramid firaun. Hasil cari gali itu kemudian dibawa pulang ke England, sebahagiannya dipamer di muzium dan sebahagian lainnya pula disimpan untuk koleksi Merovingian. Piramid adalah salah satu daripada kunci rahsia, ia juga adalah simbol Illuminati.

Hierarki Kekuasaan Illuminati.

Anda akan bebas daripada tipu daya jika mampu melihat semua rancangan mereka dan tidak mengikut segala rancangan mereka


Ia termasuklah teks-teks hieroglif berkaitan upacara pertabalan raja Mesir. Dan jika anda tidak tahu, upacara pertabalan Queen of England yang diamalkan hari ini sebenarnya adalah lebih kurang sama seperti upacara pertabalan Firaun sejak beribu tahun dahulu di Mesir. Ia berkaitan alat-alat kebesaran yang digunakan, juga simbol-simbol Yahudi yang digunakan dalam upacara pertabalan dan ritual-ritual satanis ‘kecil’ yang diamalkan semasa pertabalan.

Era penjajahan juga bertujuan mencari teks-teks tempatan di negara yang dijajah seperti teks Sejarah Melayu di Tanah Melayu, teks Mahabbrata di India dan sebagainya di negara-negara lain. Teks-teks tersebut kemudian diambil dan dihantar ke England, tujuannya ialah untuk mengkaji maklumat sejarah yang berkaitan dengan identiti sesuatu bangsa yang dijajah. Teks yang diambil itu kemudian diubah. Jika anda sedar, siapa yang menyusun semula teks Sejarah Melayu kalau bukan disusun oleh seorang Inggeris? (mungkin akan ada topik khas mengenai perkara ini nanti).

Illuminati adalah kesinambungan daripada agama pagan Babilon dan Mesir yang mengandungi unsur mysticism (sihir) dan dibawa oleh Yahudi yang hidup di zaman itu. Ia kemudian dikembangkan oleh golongan Yahudi berkenaan sehingga lahirnya fahaman/agama Kabbalah. Agama Kabbalah yang wujud hari ini pula berkisar mengenai amalan sihir yang diamalkan sejak zaman Babilon, Mesir dan zaman Nabi Sulaiman (Solomon).
Kabbalah hari ini menjadi amalan di kalangan Yahudi di Israel, Amerika dan Eropah. Manakala fahaman Judaism dan Kristian pula menjadi pelindung kepada Kabbalah. Ia digerakkan secara terancang melalui kuasa Merovingian sehingga mewujudkan satu sistem penipuan yang sangat licik, atau kita sebut sebagai Sistem Dajjal.

Sistem Dajjal ini pula adalah kombinasi kepada semua yang berlaku di dunia hari ini dari segi politik, ekonomi, hiburan dan sebagainya tanpa majoriti daripada kita sedari. Malah termasuk strategi melalaikan manusia melalui arak, dadah, seks bebas dan sebagainya juga dirancang oleh Illuminati secara terancang melalui Sistem Dajjal. Semua yang dikombinasi daripada sistem itu adalah sebagai persiapan untuk menanti ketibaan Dajjal dan pada masa yang sama menjadikan manusia sebagai hamba mereka.
Manusia hari ini sudah dikuasai Illuminati melalui Sistem Dajjal…




No comments:

Post a Comment