TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Tuesday, October 26, 2010

Bangsa Apakah Aku?

Lihatlah sekeliling anda. Sistem kewangan, politik pendidikan dan segala-galanya akan berubah tidak lama lagi. Sistem ekonomi Kapitalis ini sedang menuju kehancuran dan ini diakui oleh ramai pakar-pakar ekonomi. Begitu juga dengan sistem politik. Jika seorang pelajar hari ini membayangkan mereka akan dapat bekerja seperti ibu bapa mereka setelah mereka tamat belajar nanti, fikirkan semula.


Kenapa? Kerana sistem ini sedang menuju kehancuran. Dan Dajjal tidak akan memerintah dunia menggunakan sistem demokrasi atau kapitalis, malah mungkin lebih kejam lagi dari itu. Tidak lama lagi, Israel akan menggantikan tempat Amerika sebagai kuasa besar dunia. Bukan sahaja politik, malah ketenteraan, ekonomi dan segala-galanya. Dan jika ramalan Syeikh Imran Husein itu tepat, Israel akan menjadi kuasa besar dunia beberapa puluh tahun sahaja kemudian Dajjal akan keluar dan mengambil tampuk pemerintahan dunia yang telah disediakan untuknya di Israel nanti.


Apa jadi kepada pertubuhan-pertubuhan seperti PBB and the Gang?



Kesemua pertubuhan itu tidak diperlukan lagi. Kesemua pertubuhan itu ditubuhkan hanya untuk merealisasikan penubuhan Negara Israel. Bak tisu tandas yang dibuang selepas selesai 

menggunakannya.


Mana PBB akan menghilang? Mana Bank Dunia akan menghilang? Kesemua pertubuhan-pertubuhan itu akan runtuh bersama-sama dengan keruntuhan sistem yang ada sekarang kerana Israel sudah berjaya didirikan.


Apa pula akan terjadi kepada kumpulan-kumpulan Illuminati, Freemason, Bilderberg, Zionis dan lain-lain? Kesemua itu tidak diperlukan lagi apabila Dajjal telah keluar, kerana misi mereka hanya untuk menyambut kedatang Dajjal dan menyediakan tampuk pemerintahan untuk Dajjal menguasai dunia.




Kepada mereka yang masih lagi berseronok-seronok, masih menganggap dunia ini aman, sedarlah. Hanya beberapa puluh tahun sahaja lagi tinggal sebelum dunia ini mengalami huru hara yang 

paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia.






Wallahu'alam....

----------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, tadi tu sekadar intro.


Ni baru masuk topik sebenar. Lets start dengan recitation of verse from Al-Quran








Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).



( Hujurat : 13 )


Ini adalah di antara ayat feymes yang sering diulang-ulang dan disebut-sebut dalam tazkirah. Ia berkaitan dengan bangsa, kaum, puak dan lain-lain yang seerti dengannya.



Maka apabila kita mendengar ayat ini, kita akan membayangkan bangsa-bangsa seperti Bangsa Jepun, Bangsa Amerika, Bangsa Korea, Bangsa Perancis, Bangsa Afrika, Bangsa Malaysia, Bangsa Cina dan lain-lain bangsa yang bertutur pelbagai bahasa (termasuk yang tak faham bahasa).















Adakah itu yang dimaksudkan oleh ayat Al-Quran itu ??

"Allah telah menjadikan kamu berbagai bangsa". Adakah ini bermaksud Allah telah menjadikan kamu sebagai Jepun? Sebagai Belgium? Sebagai Perancis? Sebagai Korea? Sebagai Afrika?

Tidak. Semua nama-nama bangsa yang kita pernah dengar hari ini sebenarnya tidak pernah wujud. Tentera-tentera Dajjal cuba mengelirukan kita. Tentera Dajjallah yang mencipta nama bangsa-bangsa baru yang wujud pada hari ini. Lebih-lebih lagi dengan penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kononnya untuk menyatukan kesemua bangsa-bangsa di dunia.

Apa sebenarnya bangsa? Kamu bangsa apa sebenarnya? Saya bangsa apa sebenarnya?

Era penjajahan telah melenyapkan sebahagian besar bukti dan tinggalan sejarah mengenai bangsa-bangsa di seluruh dunia. Dan adakah anda fikir penjajah itu adalah satu bangsa? Anda mungkin melihat tentera-tentera Portugis datang menakluk tanah Melayu. Anda juga melihat orang-orang Belanda menjajah Tanah Melayu. Persoalannya, adakah yang datang itu benar-benar tentera Portugis? Atau Belanda? Mereka datang kerana bangsa mereka? Saya akan huraikan dalam posting yang akan datang, insya Allah.







Untuk lebih memahami mengenai bangsa dan kaum, bukanlah aspek geografi yang menentukannya, tetapi aspek sejarah dan keturunan.

Dalam Al-Quran ada menyebut beberapa nama kaum seperti Thamud, Madyan, Arab, Bani Israel dan lain-lain. Itu adalah kaum. Dan ada juga nama-nama kaum yang tidak disebutkan dalam Al-Quran.

Al-Quran juga ada menyebutkan tentang kehancuran kaum-kaum terdahulu seperti Kaum Thamud, 'Ad dan beberapa kaum lagi yang disebutkan tentang kehancuran mereka. Tetapi, tidak semua kaum yang disebutkan dalam Al-Quran telah pupus. Contohnya Bani Israel dan Arab. Kedua-dua kaum tersebut masih lagi wujud pada hari ini.

Pertama sekali, mari kita lihat kepada bangsa Firaun yang telah membina tamadun mesir purba.

Satu persoalan yang menarik. Adakah kaum mesir purba telah pupus? Mungkin kita pernah mendengar tentang Allah menenggelamkan Firaun di dalam laut merah. Tetapi adakah kesemua bangsa mereka ditenggelamkan ke dalam laut? Tidak. Yang ditenggelamkan hanyalah sebahagian daripada tentera Firaun, termasuk Firaun sendiri yang mengejar Nabi Musa. Takkan Firaun nak kejar Nabi Musa dia bawak semua rakyat dia termasuk nenek dia sekali. Tak logik la kan. Sudah pasti, yang ditenggelamkan ke dalam laut merah itu hanyalah sebahagian daripada kaum tersebut, bukan semua.




       Dipercayai ini adalah roda kenderaan tentera Firaun yang tenggelam dalam Laut Merah


Jadi persoalannya, di mana keturunan Firaun sekarang? Ianya masih misteri, tetapi jika menurut siri dokumentari The Arrival, kaum mesir purba telah berhijrah ke satu tempat baru daripada mesir mungkin selepas kejadian laut terbelah itu. Berhijrah ke mana?


Ke satu tempat yang baru yang kita panggil hari ini sebagai Eropah. Saya tidak pasti la sejauh mana kebenarannya kerana dokumentari tersebut tidak mendatangkan sebarang bukti yang kuat mengatakan bahawa kesemua bangsa Eropah hari ini adalah keturunan Firaun. Wallahu A'lam.




Kita lihat pula Bani Israel. Ramai orang Islam mengatakan bahawa bangsa ini adalah bangsa terkutuk, sebaliknya Allah yang Maha Pengampun tidak pernah mengutuk mana-mana bangsa pun. Apa yang dinyatakan dalam Al-Quran, bahawasanya Bani Israel ini terdiri daripada 12 suku kaum.

Adakah Bani Israel telah diturunkan azab sehingga melenyapkan mereka dari muka bumi ini? Tidak, mereka masih wujud. Ruben, Simon, Levi, Judah, Issachar, Zebulun, Daan, Naphtali, Gad, Asher, Joseph dan Benjamin di mana mereka ini adalah 12 putera Nabi Yaakob yang telah melahirkan 12 suku kaum daripada keturunan mereka. Persoalannya, adakah kesemua 12 kaum ini yang mendominasi dunia pada hari ini?

Tidak, kesemua 12 bangsa Bani Israel itu sering bergaduh sesama sendiri, sehinggakan laut yang terbelah sewaktu dikejar Firaun pun terpaksa dibelah 12 kerana kesemua 12 kaum ini tidak dapat bersatu. Maka adakah kaum ini yang mendominasi dunia dan menjajah Palestin hari ini?

Tidak! Yang menjajah Palestin ini adalah Bani Israel daripada suku yang ke 13. Apa maksudnya? Maksudnya, orang yang mengaku sebagai orang Yahudi dan Bani Israel ini bukanlah daripada 12 keturunan anak Nabi Yaakub itu. Bukan sama sekali. Dan Keturunan yang ke 13 itu bermaksud ianya satu puak baru yang tidak termasuk dalam 12 keturunan anak-anak Nabi Yaakob dan tiada kaitan kekeluargaan dengan Nabi Yaakob pun!



Orang Islam sekarang sering mengutuk Bani Israel dan orang Yahudi sebagai orang yang menghuru harakan dunia dengan mengatakan merekalah orang-orang yang telah dilaknat dalam Al-Quran. Tetapi orang-orang Islam sekarang silap. Orang-orang yang mengaku sebagai orang Yahudi dan Bani Israel ini bukanlah orang yang sama yang datang dari keturunan Nabi Musa. Orang-orang Yahudi pada hari ini bukanlah orang-orang Yahudi yang telah dikalahkan oleh Rasulullah dalam perang Khaibar. Mereka bukanlah pengikut Nabi Sulaiman walaupun menggelabah nak bina Haikal Sulaiman.




Jadi siapa orang-orang yang mengaku Yahudi ini? Mereka lah para pengikut Dajjal. Rasulullah pernah mengingatkan kita bahawa Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi Isfahan.



Ramai orang berpendapat Isfahan adalah nama tempat di Iran. Tetapi jika diterjemahkan perkataan "Isfahan" kita akan dapat perkataan campuran. Dan apabila diterjemahkan perkataan Yahudi Isfahan sebagai mana yang disabdakan oleh Nabi, kita akan dapat perkataan "Yahudi campuran".




Hanya ada satu sebab sahaja untuk mereka membina Haikal Sulaiman. Kenapa? Kerana Dajjal akan menjadikan Haikal Sulaiman sebagai istananya! Mereka sedang mempersiapkan kedatangan Dajjal.



Maka, di manakah 12 kaum Bani Israel yang sebenar? Tiada siapa dapat memberitahukan jawapan yang tepat setakat ini. Tetapi ada pihak yang mengemukakan satu teori yang agak menarik berdasarkan padanan DNA, sifat, tingkah laku, pengamalan ilmu hitam, pemakanan dan lain-lain ciri-ciri mendapati bahawa.......







..... Bangsa Melayu adalah sebahagian daripada 12 kaum Bani Israel (Patutlah orang-orang Melayu ni degil macam Bani Israel). Wallahu A'lam. Berhati-hatilah kalau nak kutuk Bani Israel ye lain kali, sebab silap-silap yang kita kutuk tu diri sendiri.





Sama juga seperti bangsa Arab. Adakah bangsa Arab pada hari ini adalah bangsa Arab dari keturunan yang sama dengan bangsa Arab yang hidup di zaman Nabi di Mekah dan Madinah?




Sebabagaimana yang telah ceritakan dalam posting sebelum ini, bangsa Arab yang ada di Mekah dan Madinah pada hari ini bukanlah Bangsa Arab yang berada di Mekah dan Madinah sewaktu zaman Nabi dulu.




Mengenai surah Al-Baqarah ayat 120 "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu sehingga engkau menurut ugama mereka"



Pernahkah anda terfikir. Jika Yahudi dan Kristian tidak pernah redha kepada Islam, kenapa lelaki Islam dibenarkan mengahwini perempuan Yahudi atau Kristian? Bolehkah kita berkahwin dengan seseorang yang tidak pernah redha kepada kita?





Mari kita lihat balik konteks ayat tersebut.


Adakah orang Yahudi yang tidak akan redha?






Atau Kristian?






Atau pakatan kedua-duanya?




Jawapannya, pakatan kedua-duanya.



Secara tradisinya, Yahudi dan Kristian adalah musuh ketat. Kristian menuduh Yahudi membunuh Nabi Isa yang dianggap sebagai Tuhan. Pastilah Kristian memusuhi orang yang membunuh Tuhan mereka.



Bila disebut mengenai pakatan ini, ini adalah satu benda yang pelik kerana Kristian dan Yahudi telah bermusuh untuk sekian lamanya kerana hal-hal agama. Permusuhan antara Kristian dan Yahudi juga telah dinyatakan dalam Al-Quran. Tetapi apa yang berlaku hari ini?




Mereka begitu rapat sekali. Apabila orang yang mengaku sebagai Yahudi bergabung dengan orang yang mengaku sebagai Kristian, habislah bumi-bumi umat Islam dilanyak oleh mereka.





Tidakkah kita berasa pelik kenapa hari ini Kristian dan Yahudi telah bersatu sedangkan terdapat beberapa bahagian dalam Al-Quran yang menceritakan tentang permusuhan mereka?



Lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Yahudi.



Lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Kristian.




Tetapi jika wanita Yahudi itu bergabung dengan Kristian atau pun sebaliknya, maka tidak lagi.





Pakatan Yahudi-Kristian ini tidak akan redha kepada kamu sehingga kamu menurut agama mereka. Apakah maksud "agama mereka"? Adakah Kristian? Adakah Yahudi? Mereka mahu umat Islam menjadi Kristian? Adakah mereka mahu umat Islam menjadi Yahudi baru mereka nak redha dengan kita?





Tidak semestinya......







"Agama mereka" adalah demokrasi. Agama mereka adalah Komunis. Agama mereka adalah Kapitalis. Agama mereka adalah Darwinisme. Mereka tidak akan redha kepada umat Islam sehingga umat Islam menurut agama mereka. Sebab itulah jika kita lihat, penjajah tidak akan tinggalkan mana-mana negara sehingga negara tersebut mengamalkan demokrasi. Lihat di Iraq, apabila pilihan raya telah berjaya diadakan, barulah tentera-tentera mereka beransur-ansur keluar dari bumi umat Islam. Begitu juga di Malaysia. Apabila tanah Melayu telah mengadakan pilihan raya yang pertama pada 1955, barulah British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.





Kenapa baru waktu itu British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu setelah sekian lama?




Kerana apabila Tanah Melayu telah mengamalkan demokrasi, barulah pakatan Yahudi-Nasrani itu redha dengan umat Islam.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah, berbalik kepada tajuk asal, mengenai kaum dan bangsa. Kita tidak akan sesekali memahami ayat Al-Quran tersebut selagi kita belum memahami istilah bangsa yang dimaksudkan oleh Allah.


Sejarah-sejarah kita telah dipadam dan diolah sehingga mereka mampu mencipta bangsa-bangsa baru yang tidak pernah wujud pun sebelum ini dalam sejarah peradaban manusia yang telah mengelabui mata manusia.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengkaji dan menjejak kembali sejarah bangsa-bangsa manusia yang telah hilang...

No comments:

Post a Comment