TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Wednesday, October 27, 2010

Merovingian

Merovingian adalah pecahan daripada keturunan elit istana dari zaman Babilon (Semiramis, Nimrod dan sebagainya) dan Mesir purba (Horus, Amon, Ra, Osiris dan sebagainya) hingga ke hari ini. Keturunan elit istana dari zaman purba ini pula bukan sahaja mewarisi darah keturunan yang sama, malah terus mewarisi gelaran dan kedudukan diraja di Eropah hari ini. Mereka ini memainkan peranan penting dalam perjalanan sejarah dunia moden dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah dunia moden.

Diperakui, adalah sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai Merovingian dari perkaitannya antara perspektif sejarah dengan geneologi yang berhubung kait dengan keturunan elit. Tidak banyak hasil tulisan yang dihasilkan oleh penulis-penulis berkaitan penglibatan keturunan ini dalam pentas dunia, yang banyak ditulis hanya berkisar mengenai kisah kehidupan peribadi seseorang keturunan diraja di Eropah. Bahan bacaan sedemikian sedikit membosankan tetapi masih ada beberapa maklumat yang boleh dimanfaatkan.

Kunci bagi menjejak keturunan ini di Eropah ialah menerusi perjalanan hidup puteri Mesir, Cleopatra (tahun 69 S.M) yang berhijrah dari Mesir ke Eropah melalui perkahwinan dan melahirkan keturunan campuran Mesir-Eropah. Cleopatra lahir di Mesir pada tahun 69 SM, pada ketika Mesir menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Greek semasa era Alexander The Great. Apabila Alexander meninggal dunia pada 336 SM, rakannya iaitu Ptolemy mengambil alih pentadbiran Mesir dan mengahwini wanita Mesir dari keturunan istana. Pemerintahan Ptolemy disebut sebagai Dinasti Ptolemy.
Cleopatra


Cleopatra adalah anak kepada Ptolemy XII. Apabila Ptolemy XII meninggal dunia pada tahun 51 SM, dia memerintahkan Cleopatra (ketika itu berumur 17 tahun) mengahwini adiknya sendiri iaitu Ptolemy XIII yang ketika itu baru berusia 12 tahun dan meneruskan pemerintahan Mesir. Sepanjang pemerintahan Cleopatra, dia menjadi lebih dominan berbanding adik lelaki yang dikahwininya. Akibatnya, dia diusir keluar dari tampuk kekuasaan politik Mesir.

Beberapa bulan setelah diusir, angkatan tentera Rom yang dipimpin Julius Caesar kemudian tiba di Mesir. Cleopatra yang menyedari kehadiran tentera Rom kemudian membuat keputusan untuk menjalin hubungan dengan Julius Caesar bagi membolehkannya berkuasa semula dalam politik Mesir.

Caesar dan Cleopatra kemudian bekerjasama menggulingkan Ptolemy XIII iaitu adiknya sendiri. Cleopatra berjaya mendapatkan semula kedudukannya dalam kerajaan Mesir dan mengahwini seorang lagi adik lelakinya iaitu Ptolemy XIV untuk mendapatkan kuasa politik. Dalam masa yang sama, Cleopatra menjalin hubungan sulit dengan Caesar sehingga melahirkan seorang anak, Caesarion. Pada tahun 46 SM, Caesar dan Cleopatra berpindah ke Rom bersama Caesarion. Di Rom, Cleopatra digelar Isis Baru sempena nama Tuhan Perempuan dalam tradisi Mesir.

Pada tahun 44 SM, Caesar meninggal dunia selepas dibunuh. Cleopatra kemudian kembali ke Mesir dan membunuh Ptolemy XIV bagi membolehkan Caesarion menjadi raja. Selepas kamatian Caesar, dua orang panglima iaitu Mark Anthony dan Octavian bersaing untuk memperoleh kuasa politik di Rom. Anthony kemudian bertemu Cleopatra pada tahun 42 SM dan menawarkan kuasa politik di Rom kepada Cleopatra, mereka kemudian berkahwin dan melahirkan dua anak kembar iaitu Selene dan Alexander Helios. Kemudian pada tahun 32 SM, Cleopatra melahirkan seorang lagi anak iaitu Philadelphus. Pada ketika itu, Cleopatra dan Anthony mengelar diri mereka sebagai Tuhan (keluarga Tuhan) sepertimana dalam ajaran agama triniti pagan (agama pagan bepegang kepada fahaman keluarga tuhan dan tuhan mempunyai anak). Pada tahun 34 SM, salah seorang anak mereka ditabak sebagai raja di Armenia.

Bemula detik itu, keturunan elit diraja Mesir melalui Cleopatra mula berkembang di Eropah hasil daripada perkahwinan Cleopatra dengan Mark Anthony dan Julius Caesar. Anak-anak yang lahir itu kemudian terus berkembang dan menjadi golongan diraja di sekitar Eropah. Keturunan diraja di England, Perancis, Rusia, Sepanyol dan lain-lain negara di Eropah mempunyai pertalian darah dengan keturunan firaun Mesir. Keturunan ini terus mengamalkan fahaman pagan sepanjang zaman perkembangan di Eropah termasuk semasa Zaman Gelap.

Amalan sihir yang diwarisi sejak zaman Mesir purba sudah menjadi kebiasaan di kalangan golongan ini. Kelahiran agama Kristian juga mempunyai pertalian dengan golongan Merovingian, ini kerana golongan ini mempunyai kuasa yang besar dalam menguasai gereja semasa perkembangan agama Kristian.
Dan, fahaman Kristian juga berkisar mengenai triniti keluarga tuhan seperti yang diamalkan dalam agama pagan. Agama pagan banyak menyelitkan unsur keluarga tuhan seperti dalam kepercayaan Greek kuno di mana Tuhan Zeus mengahwini manusia wanita dan melahirkan Hercules, ia juga berkisar dalam triniti. Juga seperti agama pagan Mesir yang berpegang fahaman triniti.

Agama Kristian yang wujud hari ini adalah sebagai pembaharuan terhadap agama pagan dengan mengekalkan konsep triniti. Ia juga sebagai satu medium untuk menghina Allah oleh para pengasas agama itu. Dan, para pengasas agama itu pula adalah daripada keturunan yang sama terlibat dalam konspirasi membunuh Nabi Isa. Dan, golongan Yahudi yang terlibat dalam konspirasi membunuh Nabi Isa pula adalah daripada keturunan yang sama berkhidmat dengan tukang sihir di zaman firaun di Mesir. Dan, keturunan yang berkhidmat dengan tukang sihir firaun itu pula mengaku bahawa firaun itu tuhan, pada masa yang sama mereka menyembah syaitan melalui amalan sihir.

Kesimpulannya, agama pagan yang dianut oleh penyembah syaitan terus berselindung di sebalik agama Kristian hari ini sehingga hari kiamat. Golongan diraja di Eropah menjadikan agama Kristian sebagai agama yang dominan dan mereka kerap melakukan perubahan terhadap agama itu sesuka hati sehingga berpecah kepada beberapa fahaman baru seperti Protestant, Anglican dan sebagainya.
Dalam dunia hari ini, negara-negara di Eropah terus menyimpang dan kita pula sudah lama dikejutkan dengan trend perkahwinan sesama jantina (gay/homoseksual) di gereja-gereja Kristian di Eropah. Ia seperti mengembalikan kaum Nabi Lut seperti dalam sejarah Sodom (al-Quran menyebutnya sebagai Sadum) dan Gomorrah. Ia juga sebagai jalan untuk mencabar Allah dan mempercepatkan keluarnya Dajjal secara terbuka dalam umat manusia. Merovingian mahu manusia membuat dosa dan mencabar Allah, ia bagi mempercepatkan keluarnya Dajjal untuk ditabal menjadi raja kepada golongan penyembah syaitan.

Dari sudut geneologi (kaji keturunan), keturunan Illuminati, Merovingian dan semua Presiden Amerika (termasuk Obama) adalah daripada keturunan yang sama, keturunan Elit daripada keluarga diraja Babilon dan Mesir purba.

Kita kembali sebentar kepada peristiwa yang hampir dengan waktu kita pada hari ini iaitu zaman kolonialism dan imperialism atau era penjajahan Barat ke atas majoriti negara dunia.
Kita sedia tahu bahawa England dan lain-lain negara Eropah giat menjalankan dasar penjajahan ke atas negara-negara di dunia. Salah satunya seperti yang diajar melalui buku sejarah (benarkah buku sejarah yang ditulis?) ialah untuk Eropah menguasai ekonomi dan kekayaan negara jajahan selain menyebar agama Kristian. Ia juga ke arah pemusatan kuasa New World Order untuk menundukkan dunia di bawah satu pentadbiran mutlak.

England semasa era kolonialism begitu giat menggalakkan para ahli arkeologi (ahli sejarah) dari negara itu untuk menjalankan kegiatan cari gali di piramid-piramid Mesir. Cari gali yang dilakukan ahli sejarah England bukanlah untuk mencari nilai sejarah semata-mata, tetapi adalah untuk mencari peninggalan nenek moyang Merovingian atau lebih tepat…untuk menjejak keturunan Merovingian di Mesir melalui cari gali di piramid-piramid firaun. Hasil cari gali itu kemudian dibawa pulang ke England, sebahagiannya dipamer di muzium dan sebahagian lainnya pula disimpan untuk koleksi Merovingian. Piramid adalah salah satu daripada kunci rahsia, ia juga adalah simbol Illuminati.

Hierarki Kekuasaan Illuminati.

Anda akan bebas daripada tipu daya jika mampu melihat semua rancangan mereka dan tidak mengikut segala rancangan mereka


Ia termasuklah teks-teks hieroglif berkaitan upacara pertabalan raja Mesir. Dan jika anda tidak tahu, upacara pertabalan Queen of England yang diamalkan hari ini sebenarnya adalah lebih kurang sama seperti upacara pertabalan Firaun sejak beribu tahun dahulu di Mesir. Ia berkaitan alat-alat kebesaran yang digunakan, juga simbol-simbol Yahudi yang digunakan dalam upacara pertabalan dan ritual-ritual satanis ‘kecil’ yang diamalkan semasa pertabalan.

Era penjajahan juga bertujuan mencari teks-teks tempatan di negara yang dijajah seperti teks Sejarah Melayu di Tanah Melayu, teks Mahabbrata di India dan sebagainya di negara-negara lain. Teks-teks tersebut kemudian diambil dan dihantar ke England, tujuannya ialah untuk mengkaji maklumat sejarah yang berkaitan dengan identiti sesuatu bangsa yang dijajah. Teks yang diambil itu kemudian diubah. Jika anda sedar, siapa yang menyusun semula teks Sejarah Melayu kalau bukan disusun oleh seorang Inggeris? (mungkin akan ada topik khas mengenai perkara ini nanti).

Illuminati adalah kesinambungan daripada agama pagan Babilon dan Mesir yang mengandungi unsur mysticism (sihir) dan dibawa oleh Yahudi yang hidup di zaman itu. Ia kemudian dikembangkan oleh golongan Yahudi berkenaan sehingga lahirnya fahaman/agama Kabbalah. Agama Kabbalah yang wujud hari ini pula berkisar mengenai amalan sihir yang diamalkan sejak zaman Babilon, Mesir dan zaman Nabi Sulaiman (Solomon).
Kabbalah hari ini menjadi amalan di kalangan Yahudi di Israel, Amerika dan Eropah. Manakala fahaman Judaism dan Kristian pula menjadi pelindung kepada Kabbalah. Ia digerakkan secara terancang melalui kuasa Merovingian sehingga mewujudkan satu sistem penipuan yang sangat licik, atau kita sebut sebagai Sistem Dajjal.

Sistem Dajjal ini pula adalah kombinasi kepada semua yang berlaku di dunia hari ini dari segi politik, ekonomi, hiburan dan sebagainya tanpa majoriti daripada kita sedari. Malah termasuk strategi melalaikan manusia melalui arak, dadah, seks bebas dan sebagainya juga dirancang oleh Illuminati secara terancang melalui Sistem Dajjal. Semua yang dikombinasi daripada sistem itu adalah sebagai persiapan untuk menanti ketibaan Dajjal dan pada masa yang sama menjadikan manusia sebagai hamba mereka.
Manusia hari ini sudah dikuasai Illuminati melalui Sistem Dajjal…




Rockerfeller & Rothschild Bloodlines

Dalam bab ini juga, siapa Hitler yang sebenarnya juga disediakan jawapan.

Rockefeller Bloodline

Keturunan ini memainkan peranan yang cukup besar dalam menjayakan agenda Dajjal melalui Illuminati dan Freemason sejak sekian lama. Mereka juga menguasai semua gereja Kristian dan berselindung disebalik agama pagan yang diperbaharui dengan mencemarkan nama Nabi Isa dan dengan menghina Allah melalui konsep trinity pagan yang digunapakai dalam agama Kristian.

Rockerfeller adalah nama besar dalam Top 13 daripada lebih 1,500 keturunan Illuminati yang ada di dunia hari ini. Keturunan Rockerfeller juga berperanan mengendalikan lebih 200 hingga 1,000 operasi sumber dana rahsia kepada pakatan-pakatan rahsia yang berlarutan sejak zaman berzaman.

Keistimewaan keturunan Rockerfeller di Amerika ialah, mereka tidak pernah membayar walau satu sen pun kepada kerajaan Amerika dan diberikan pengecualian cukai sejak 1970-an atas sebab peranan besar yang dimainkan dalam menghidupkan gerakan Illuminati di bawah kerajaan Amerika. Mereka memainkan peranan seperti:

1. Menyediakan sumber dana seperti Sealantic Fund kepada seminar-seminar sains tulen yang menidakkan konsep ketuhanan secara tersembunyi.

2. Menyediakan sumber dana kepada universiti-universiti untuk menjalankan kegiatan pendidikan seperti mengendalikan The Union Theological Seminary yang membincangkan unsur-unsur logika dengan kepercayaan sehingga menjerumuskan golongan cendekiawan ke arah pemikiran yang akhirnya tidak mendukung fahaman keagamaan, ia adalah strategi brain-wash.

3. Menyediakan dana untuk penubuhan agama-agama baru berpaksikan tuhan selain Allah seperti Scientology, Cao Dai, Lucis Trust dan sebagainya.

4. Menentukan siapa yang berhak diketengahkan melalui media atau dijatuhkan melalui media di Amerika dan Eropah.

5. Menggerakkan gerakan anti agama menerusi muzik Black Metal dan lain-lain kaedah.
Keturunan Rockerfeller berperanan sebagai pengawal yang mengawal pergerakan media, bank dan kerajaan, tetapi tidak memiliki firma media, bank atau menduduki kerusi kerajaan.

-----------------------------------------------------------------------------


Rothschild Bloodline

Menerusi buku The Shadow of a Great Man, Lord Rothschild menceritakan mengenai sepucuk surat yang dikirim Davidson kepada Nathan Rothschild bertarikh 24 Jun 1814 yang bertulis dan diterjemahkan ke bahasa Melayu berbunyi: “…selagi sesebuah house (kerajaan) itu milik kamu dan selagi kamu bekerjasama dengan saudara-saudara kamu, tidak akan ada satu house pun di dunia ini yang mampu menandingi kamu atau menjejaskan kamu atau mengambil kesempatan ke atas kamu, kamu bersama saudara-saudara kamu pula akan mengambil alih dan membuat house-house baru di serata dunia..”.

Lord Rothschild juga melalui bukunya menceritakan tentang sepucuk surat lagi yang dikirim oleh Saloman Rothschild kepada Nathan Rohschild pada 28 Februari 1815 yang berbunyi: “…Kita adalah seperti mekanisme (peralatan) dalam sebuah jam tangan, di mana setiap bahagiannya adalah penting..” Ia merujuk kepada pengaruh dan peranan keturunan Rothchild dalam menggerakkan agenda sulit terutama penubuhan house (kerajaan) baru iaitu Israel.

Simbol Star of David pertama sekali digunakan keturunan Rothschild bagi mewakili simbol enam pintu dunia syaitan berbentuk tiga segi (enam piramid di permukaan segi enam) bagi tujuan pemujaan. Sejak Zaman Gelap Eropah, simbol bintang berbucu enam (hexagram) dan bintang berbucu lima (pentagram) kerap digunakan oleh pengamal sihir Eropah, juga digunakan ahli sihir Kabbalah, juga Druids, juga Witches dan juga Satanis dan juga sejak zaman Arab Jahiliah.

Maka pada tahun 1822, simbol pentagram dan hexagram dijadikan simbol untuk mewakili pergerakan Satanis disebabkan simbol itu telah sebati dengan pintu dunia syaitan disebabkan digunakan sebagai medium sihir sejak zaman berzaman, ia tetap mampu menjadi elemen sihir walaupun diterbalikkan.

Salah satu  jenis Red Shield Star of David

Keturunan Yahudi yang menggunakan nama Rothschild bermula di Jerman pada kurun ke-17. Nama Rothschild terbentuk daripada istilah red-shield (perisai merah) iaitu simbol hexagram berwarna merah yang menjadi simbol sihir Kabbalah (agama mistisism yang menjadi amalan warisan Yahudi sesat) dan kerap digunakan dalam ritual Kabbalah sekitar kurun ke-17. Ia bermula apabila perbuatan Mayer Armschel Bauer yang suka menggantung hexagram merah di dinding rumah dilihat oleh Mayer Amschel Bauer, lalu Bauer menamakan hexagram merah itu sebagai red-scheild. Sejak itu keluarga Bauer dikenali sebagai Redscheild lalu menjadi Rothschild sebaik berhijrah ke England dan Amerika.

Seorang penulis, Alice Bailey melalui bukunya A Treatise On White Magic mukasurat 412 menjelaskan hierarki Satanism Illuminati yang wujud sejak zaman tamadun Babilon digerakkan menerusi sumber kewangan daripada ‘the hidden financial group’ yang menguasai semua kegiatan ekonomi dan perdagangan dunia bermula abad ke-16.Bailey juga merekodkan bahawa pada 1836, seorang Yahudi bernama Zevi Hirsch Kalischer menemui keluarga Rothschild bagi merangka plan penguasaan ekonomi Eropah dan dunia menerusi agenda besar. Malah, Zevi juga bersama Rothschild merangka satu plan terancang perlu dibuat bagi menubuhkan sebuah negara Yahudi Israel berpaksikan ideologi Yahudi Babilon dan Zionis.

Apabila idea itu mula disebarkan secara sulit kepada orang Yahudi sekitar Eropah, golongan Yahudi Ultra-Ortodox bagaimanapun bangkit menentang dasar Zionis yang dibawa Zevi dan Rothschild. Idea penubuhan negara Israel ditentang oleh golongan ortodox kerana tiada istilah tanah yang dijanjikan dalam ajaran ortodox.
Penentangan golongan ortodox inilah yang membawa kepada peristiwa holocaust oleh tentera Nazi terhadap Yahudi Ortodox. Golongan ini dibunuh disebabkan tidak menyokong gagasan penubuhan negara Israel, dan juga dibunuh kerana golongan ini cuba memberitahu dunia mengenai agenda jahat Zionis.

Pada 1891, sumber Freemason merekodkan Charles T.Russel (salah seorang keturunan Illuminati) yang berada di Palestin mengirim surat kepada Lord Rothschild di mana isi kandungan surat itu ialah mengenai strategi untuk membuka tanah Yahudi di wilayah Palestin dan mengambil alih secara teratur setiap wilayah bermula Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Tigris di Iraq. Malah surat itu juga menggariskan beberapa strategi kewangan dan sumber dana untuk menjadikan rancangan negara Israel sebagai satu realiti. Juga, merancang membentuk ideologi anti-agama dan New World Order menerusi komunisme.

Keturunan Rothschild yang merupakan tycoon besar dalam perniagaan dan perdagangan di Jerman menjadi penyumbang dana terbesar dalam setiap agenda sulit Yahudi sejak abad ke-16. Malah, keturunan ini yang mempunyai pertalian darah dengan keturunan Hitler pada abad ke-20 juga menjadi penyumbang dana terbesar kepada Nazi, Amerika, Jepun, Britain dan Eropah dalam menjayakan agenda Perang Dunia Kedua yang berakhir dengan penubuhan negara Israel dan United Nations (Pertubuhan Bangsa Bersatu/PBB).


--------------------------------------------------------------------------------


Sejarah Dunia adalah satu Pembohongan: Hitler adalah keturunan Rothschild !!!

Penulisan sejarah hari ini sebenarnya ditulis oleh golongan orientalis dan evangelis yang pro-Mason dan pro-Yahudi di Eropah dan Amerika. Penulisan sejarah oleh golongan ini juga banyak menyembunyikan fakta, teknik penulisannya boleh dikatakan sama seperti teknik penulisan Bible yang mempunyai banyak versi dan percanggahan antara setiap satu.

Sejarah yang diajar di sekolah dan dibaca melalui buku-buku tilisan Barat adalah pembohongan. Sejarah yang mereka tulis supaya kita baca adalah supaya mereka dapat menguasai pemikiran kita (mind control) dan supaya kita berfikir seperti mereka mahu kita berfikir. Mereka telah menetapkan perkara-perkara sejarah yang ‘harus kita percaya’ mengikut apa yang mereka mahu. Mereka mahu kita percaya bahawa Perang Dunia Kedua adalah untuk menamatkan keganasan Hitler terhadap Yahudi dan untuk mewujudkan dunia yang lebih aman di bawah kekuasaan mereka. 

Namun di sudut tersembunyi, mereka jugalah yang menjayakan penubuhan Israel selepas Perang Dunia Kedua. Dan, mereka mahu kita berfikir dan percaya bahawa Perang Dunia Pertama pula tercetus kerana untuk mewujudkan dunia lebih aman. Namun dari satu sisi lain, ia adalah untuk menamatkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yang dilibatkan sama dalam Perang Dunia Pertama. Kita ditipu dan masih ditipu. Keturunan Rothschild jugalah yang menyediakan dana untuk menjayakan Revolusi Perancis, Perang Teluk, gerakan komunis di Asia dan banyak lagi peristiwa dunia yang melibatkan peperangan dan kesengsaraan umat Islam.


Kepada penggemar dan pemuja keperwiraan seorang Yahudi bernama Hitler, anda sebenarnya ditipu oleh Yahudi dan Illuminati. Sudahlah… adalah lebih baik kita menyanjungi wira-wira Islam dan bersedia menghadapi Dajjal.


Hitler adalah Yahudi dari keturunan Rothschild

Keturunan Rothschild di Jerman mengalami pecahan kepada banyak nama seperti Bauer. Pecahan Bauer kemudian menjadi keturunan paling berpengaruh dalam amalan pemujaan dan sihir ketika Zaman Gelap Eropah di Jerman. Pada kurun ke-18, Amschel Rothschild menubuhkan dinasti kewangan paling berpengaruh di Frankfurt dan bekerjasama dengan House of Hesse.

Keturunan Rothschild menjadi besar dan mengalami banyak pecahan sehingga hari ini daripada Guy de Rothschild. Keturunan ini juga yang mengasaskan istilah anti-semitik atau anti-Yahudi dan mengecam serta mengenakan tindakan keras kepada mana-mana pihak yang memburukkan bangsa Yahudi.

Kajian oleh sekumpulan ahli sejarah yang dilakukan di Jerman mendapati, kajian semula yang dibuat oleh mereka memperoleh jawapan bahawa Hitler dan Nazi menerima dana perang daripada keturunan Rothschild yang berpusat di Britain. Penemuan itu juga merekodkan Hitler adalah ahli elit dalam pertubuhan rahsia Thule Society dan Vril Society yang berpusat di Jerman. Malah, Leonardo Da Vinci juga direkodkan sebagai salah seorang daripada ahli Thule Society yang mewarisi pengetahuan terahsia.  Kumpulan pengkaji tersebut juga berjaya mengesan rekod urusan pemindahan wang daripada Rothschild kepada Nazi menerusi Bank of England.

Logo Thule Society yang berpangkalan di Jerman, Perancis dan Itali


Juga menerusi kajian itu mendapati kelengkapan dan senjata perang yang digunakan Nazi Jerman yang dibekalkan firma pembuatan senjata milik keturunan Rothschild di Amerika iaitu IG Farben yang diuruskan Paul Warburg.

Pihak yang berada dibelakang Hitler dan menyediakan dana untuk ‘misi’ Perang Dunia Kedua kepada Nazi adalah daripada keturunannya sendiri. Peristiwa holocaust yang dilakukan Hitler hanya dijadikan alasan untuk penubuhan negara Israel selepas menjadikan golongan Yahudi Ortodox sebagai mangsa Nazi. Sesiapa sahaja yang menentang idea penubuhan negara Israel akan ditentang dan dibunuh. Maka matlamat Perang Dunia Kedua juga adalah untuk menghapuskan Yahudi Ortodox yang tidak pernah bersetuju dengan penubuhan negara di tanah yang dijanjikan, mereka akhirnya dibunuh demi menjayakan agenda Illuminati untuk mendirikan negara laknat, Israel.

Dalam kajian yang sama, kumpulan pengkaji tersebut cuba menjejak saudara mara Hitler yang masih wujud hari ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tokoh perang itu. Mereka kemudian mengambil sampel DNA Hitler untuk dipadankan dengan rakyat Jerman dan orang Eropah di negara-negara yang lain. Jawapan yang ditemui mendapati, DNA Hitler adalah sepadan dengan DNA keturunan Bauer, manakala keturunan Bauer pula adalah daripada keturunan Rothschild yang mempunyai kod genetik DNA yang sama.
Malah lebih mengejutkan, kajian DNA selanjutnya mendapati semua 42 Presiden Amerika Syarikat, Stalin (pemimpin komunis), Karl Marx, Darwin (pengasas teori evolusi beruk), British Merovingan (golongan istana Britain) dan majoriti orang Yahudi adalah daripada garis keturunan yang berkait rapat dengan Top 13 Illuminati Bloodlines termasuk Rothschild dan Adolf Hitler. Mereka semua bersaudara, saling bekerjasama dan berkongsi agenda yang sama… ke arah New World Order dan One World Government.

Buku ‘The Mind of Hitler’ tulisan Walter Langer menjelaskan, Hitler bukan sahaja dibiaya keluarga Rothschild, tetapi Hitler juga adalah keturunan Rothschild. Langer selepas mendapat maklumat salasilah keturunan Hitler, beliau menulis tanpa menyatakan tahun kejadian. Tetapi berdasarkan rekod kelahiran di Austria, bapa Adolf Hitler iaitu Alois Hitler didaftar kelahirannya pada tahun 1830:

“Adolf’s father, Alois Hitler, was the illegitimate son of Maria Anna Schicklgruber. It was generally supposed that the father of Alois Hitler (Schicklgruber) was Johann Georg Hiedler. There are some people who seriously doubt that Johann Georg Hiedler was the father of Alois… (an Austrian document was) prepared that proved Maria Anna Schicklgruber was living in Vienna at the time she conceived. At that time she was employed as a servant in the home of Baron Rothschild. As soon as the family discovered her pregnancy (adulteries with Rothschild) she was sent back home… where Alois was born.”

“Alois Hitler iaitu bapa kepada Adolf Hitler adalah anak luar nikah yang dilahirkan Maria Anna Schicklgruber. Ia sepatutnya kelihatan seperti bapa kepada Alois Hitler adalah Johann Georg Heidler (selepas Johann berkahwin dengan Maria Anna). Namun ramai orang sangsi dengan tanggapan bahawa Johann itu adalah bapa kepada Alois……………..(menurut sebuah dokumen Austria – diperoleh daripada Canselor Austria, Dolfuss) mencatatkan bukti bahawa Maria Anna adalah bekas orang gaji di rumah Baron Rothschild (di Austria) (juga dikenali sebagai Lord Rothschild). Selepas keluarganya tahu Maria mengandung (hasil zina dengan Rothschild) dia dihantar pulang…dan melahirkan Alois (Alois ialah bapa Adolf Hitler).”

Buku tulisan Langer yang kedua ‘Inside Gestapo’ selepas Langer memperoleh sumber maklumat daripada pegawai tinggi Gestapo iaitu Hansjurgen Koehler yang diterbitkan pada 1940. Langer menulis siasatannya mengenai dokumen latar belakang keluarga Hitler yang disimpan oleh Canselor Austria. Koehler sempat membaca salinan dokumen Austria itu yang diterimanya daripada Jabatan Heydrich iaitu sebuah pertubuhan Khidmat Sulit Nazi. Koehler kemudian menceritakan kepada Langer.
Langer beliau menulis dalam Inside Gestapo:

“..The second bundle in the blue file contained the documents collected by Dolfuss. The small statured, but big-hearted Austrian Chancellor must have known by such a personal file he might be able to check Hitler…His task was not difficult; as ruler of Austria he could easily find out about the personal data and family of Adolf Hitler, who had been born on Austrian soil… Through the original birth certificates, police registration cards, protocols, etc., all contained in the original file, the Austrian Chancellor succeeded in piecing together the disjointed parts of the puzzle, creating a more or less logical entity.

“..Kepilan kedua daripada fail biru mengandungi dokumen-dokumen yang dikumpul Dolfuss…..Canselor Austria itu semestinya mengetahui perihal fail sulit yang berkaitan Hitler…. Tugasnya tidak sukar; sebagai pemimpin Austria, dia dapat menyelidik salinan asal sijil kelahiran Hitler yang lahir di Austria…. Dan juga mengetahui latar belakang keluarga Adolf Hitler..Melalui salinan asal sijil kelahiran, rekod pendaftaran kelahiran daripada polis…semuanya termuat di dalam fail itu…Canselor Austria berjaya mencantum puzzle…

“A little servant girl… (Hitler’s grandmother)… came to Vienna and became a domestic servant, mostly working for rather rich families. But she was unlucky; having been seduced, she was about to bear a child. She went home to her village for her confinement… Where was the little maid serving in Vienna? This was not a very difficult problem.

“Seorang gadis (Maria Anna, nenek Adolf Hitler)…tiba di Vienna (Austria) dan menjadi orang gaji di sana..dia tidak bernasib baik, digoda dan mengandung. Dia dihantar pulang ke kampungnya……

“Very early Vienna had instituted the system of compulsory police registration. Both servants and the employers were exposed to heavy fines if they neglected this duty. Chancellor Dolfuss managed to discover the registration card. The little, innocent maid had been a servant at the…Rothschild mansion. ..and Hitler’s unknown grandfather must be probably looked for in this magnificent house. The Dolfuss file stopped at this statement.”

“..Vienna mensyaratkan sistem pendaftaran di (balai) polis……Canselor Dolfuss mendapati, gadis itu menjadi orang gaji di rumah Rothschild..dan datuk Hitler yang tidak dikenali itu mungkin berada di rumah itu… fail Dolfuss berakhir pada pernyataan ini.”

Bapa Hitler adalah hasil daripada hubungan zina antara Maria Anna dengan Rothschild. Kemudian Maria dihantar pulang untuk berkahwin dengan Johann bagi menutup malu keluarga. Selepas kelahiran Alois, anak itu diberi nama keluarga Heidler yang kemudian ditukar menjadi Hitler. Adolf Hitler iaitu anak kepada Alois juga adalah pecahan daripada keturunan Rothschild yang seterusnya menyertai Thule Society untuk bersama bloodline yang lain menjayakan agenda yang dikongsi sesama mereka iaitu New World Order dan bekerja untuk The Hidden Hand.

Langer terus menulis dalam Inside Gestapo mengenai punca sebenar kenapa Hitler mahu menyerang Austria iaitu mahu menutup rahsia mengenai asal kelahirannya yang mempunyai pertalian dengan Rothschild, keturunan Yahudi penyembah syaitan yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat Zionis.


Hitler tidak bunuh diri !!

Di akhir Perang Dunia Kedua, kita diberitahu oleh para penulis sejarah di Barat bahawa Hitler mati bunuh diri. Namun benarkah?

“MOSCOW - Peristiwa bunuh diri Adolf Hitler di kubu Berlin diarahkan untuk dibuat kajian semula selepas para penyelidik Amerika mendakwa bahawa kesan lubang peluru di tengkorak yang dipercayai milik bekas diktator Nazi itu sebenarnya tengkorak seorang wanita yang tidak dikenali.” – akhbar Telegraph, 28 September 2009.

Menurut laporan Andrew Osborn dalam akhbar Telegraph bertarikh 28 September 2009:

TELEGRAPH, 28 SEPTEMBER 2009
Adolf Hitler suicide story questioned after tests reveal skull is a woman’s
-By Andrew Osborn

MOSCOW, 28 September 2009 - Adolf Hitler’s suicide in his Berlin bunker has been called into question after American researchers claimed that a bullet-punctured skull fragment long believed to belong to the Nazi dictator is, in fact, that of an unknown woman.
The four-inch skull fragment has a hole where a bullet reportedly passed through Hitler’s left temple when he shot himself and is kept in Russia’s federal archives along with what are said to be his jawbones.

Together, they are all that is left of Hitler’s body, the charred remains of which Soviet forces first recovered in 1945. For years, the Russians have held up the artefacts as proof that Soviet troops found Hitler’s body in the ruins of Berlin and that he died on April 30 when he shot himself just after taking cyanide.

But a History Channel documentary programme broadcast in the US called Hitler’s Escape claims the skull fragment belongs to a woman under 40 and not Hitler, who was 56 when he died. It quotes Nick Bellantoni, an archaeologist and bone specialist who took DNA samples from the skull in Moscow and had them tested at the University of Connecticut. He and his colleagues are sceptical that the skull fragment could belong to Eva Braun, Hitler’s long-time companion, since she is thought to have committed suicide by cyanide rather than with a gun.

The findings are likely to revive conspiracy theories suggesting that Hitler did not die in 1945 but survived and fled to South America or elsewhere. Proponents of that theory believe Soviet troops found only his body double.

However, the Russians have never held up the skull as exhibit one, always insisting that the jawbones — said to be in perfect condition - are confirmation. Soviet forces tracked down an assistant to Hitler’s dentist in 1945 who confirmed their authenticity. The contested skull fragment was found later, in 1946, when the Russians began an investigation after rumours that Hitler was still alive. It was found in the same hole outside Hitler’s bunker where his body was first found. - Telegraph.
Sejarah dunia yang kita baca menerusi buku-buku tulisan orientalis dan evangelis Barat adalah satu pembohongan kepada umat manusia. Namun, kebenaran tetap akan berdiri tegak sebagai kebenaran dan kebatilan akan tersungkur menyembah bumi apabila setiap pihak mula mencari kebenaran yang didahagakan.
Benarkah Hitler mati bunuh diri? Fikirkan….

Li & Kennedy Bloodlines

LI BLOODLINE (Kunci Illuminati di Asia)

Nama orang Cina terbina daripada dua atau tiga abjad simbol. Satu kajian di Peking pada 1970-an mengenai nama orang Cina menunjukkan, sebelum 1966 kira-kira 90 peratus daripada nama orang Cina mempunyai tiga simbol. Namun hari ini, separuh daripada populasi masyarakat Cina hanya menggabungkan dua simbol untuk membentuk nama mereka.
Simbol pertama bagi nama orang Cina adalah daripada nama keluarga Xiang bagi Cina etnik Han iaitu majoriti masyarakat Cina hari ini. Bagi yang menggabungkan tiga simbol, abjad di tengah biasanya mewakili nama generasi terdahulu dan ada juga yang merupakan nama yang diberi kepada individu.
Bagi orang Han, terdapat lebih 3,500 nama keluarga yang digunakan. Tetapi tiga nama keturunan yang merupakan jumlah terbesar dalam masyarakat Cina di seluruh dunia hari ini seperti Li ( ) juga dengan ejaan Lee dalam tulisan rumi, Zhang ( ) dan Wang ( ), bilangan orang Cina yang berketurunan Li mewakili 22 peratus daripada keseluruhan orang Cina di seluruh dunia.



Simbol nama Li atau Lee



Nama keturunan atau keluarga Cina yang kerap diguna di negara-negara Barat pula adalah Chan, Lin, Li, Wong, Huang, Mei, Yang, Chin, dan Fong. Manakala di Tanah Besar China pula, nama keluarga Chen, Li, Zhang, He, dan Huang adalah yang paling besar peratusnya.

Nama keluarga Li adalah sangat popular di China dan serata dunia dan setiap orang Cina yang membawa nama Li menganggap mereka adalah bersaudara, mempunyai pertalian darah walaupun pada hakikatnya ia tidak semestinya mempunyai hubungan darah. Bahkan ada di antara dua individu yang menggunakan nama Li akan mengahwinkan anak-anak mereka dengan keluarga lain yang turut mengguna nama Li bagi tujuan mengikat hubungan darah. Ia adalah budaya yang tersendiri yang diamalkan oleh masyarakat Cina berketurunan Li di China. Malah ia juga sama dengan amalan keturunan Collin, berkahwin sesama keturunan sendiri untuk mengekalkan garis darah.

Menurut kamus nama orang Cina iaitu Xing Zuan, sejarah keturunan Li mempunyai sejarah yang panjang dan bermula dengan Maharaja Zhuanzu pada sekitar tahun 2000 SM. Juga direkodkan dalam Xing Zuan, ketika zaman Dinasti Tang (618 hingga 906 SM), kira-kira 15 pembesar dianugerahkan nama Li sebagai nama keturunan, bahkan keturunan Dinasti Tang juga menggunakan nama Li apabila Li Shimin menjadi Maharaja.
Malah ada juga teori mengatakan keturunan Cina yang mewarisi nama Li (Lee) terutama di Eropah dan Amerika turut beberapa kali mengalami perubahan menjadi Lim dan Lei. Lain-lain teori pula mengatakan keturunan Li turut berpecah kepada beberapa nama keluarga lain menjadi Liew dan Chin atau Xin (mungkin nama Chin atau Xin terhasil selepas gabungan antara simbol-simbol lain dengan simbol Li menerusi perkahwinan sehingga membentuk nama Chin) selain Lim dan Lei.

Juga terdapat teori-teori yang mengatakan nama orang Cina boleh dibentuk menjadi nama-nama lain selepas dua atau tiga nama digabungkan dalam satu simbol menjadi satu nama baru.
Terdapat tiga nama Li yang menonjol dalam dunia moden iaitu iaitu Li Ka Shing, Li Peng dan Lee Kuan Yew. Kita fokus kepada Li Peng dan Lee Kuan Yew.

Li Peng dikenali sebagai salah seorang tokoh dalam kerajaan Red China (1928-1976) atau dikenali sebagai Askar Merah Komunis China ketika China dikenali dengan nama People’s Republic of China. Ketika period pemerintahan Red China, direkodkan Rockerfeller dan Rothschild mempunyai hubungan dengan Red China, juga direkodkan Li Peng pernah bertemu Rockerfeller dan Rothschild di New York. Timbul persoalan, kenapa Li Peng yang berfahaman komunis bertemu Rothschild dan Rockerfeller di New York sedangkan Amerika hingga kini dikenali sebagai Negara kuasa besar yang menentang komunis (atau hanya sekadar berdrama seperti membenci komunis?).


David Rockerfeller dalam satu pertemuan dengan Li Chiang, bekas pemimpin Red China

Ideologi Red China memainkan peranan penting bagi keluarga Li dalam menjayakan New World Order menerusi komunisme di tanah besar China.

Li Peng merupakan anak kepada seorang berfahaman komunis. Li Peng menerima pendidikan di Moscow, Soviet Union (kini Rusia) dan diasuh seperti golongan elit yang lain supaya menjadi pakar dalam selok belok komunisme.

(Komunisme adalah satu ideologi yang terhasil selepas pertemuan Anne Collin, Pierre du Pont dan beberapa keturunan Illuminati yang lain termasuk golongan pecahan Merovingian Rusia atau saki baki Tsar dalam pertemuan yang diadakan di Jerman untuk mencapai objektif New World Order, ideologi ini kemudian diserap masuk ke Jerman dan Rusia sehingga membentuk Nazi dan Soviet Union, seterusnya ke China membentuk Red China)

Pada 1976, Lee Kuan Yew mengadakan pertemuan dengan ketua kerajaan Red China, Mao Tse Tung yang juga mempunyai pertalian darah dengan keturunan Li.Intipati sebenar pertemuan itu pula tidak mempunyai penjelasan kukuh, ia hanya dikenali sebagai pertemuan untuk merapatkan hubungan sejarah antara perdagangan China dengan Singapura ketika sebelum era kolonialisme di Tanah Melayu.
Mao juga melantik Li Ta Chao sebagai ketua komunis di utara China semasa peperangan antara puak pro-demokrasi. Li Ta Chao juga adalah ahli pertubuhan rahsia Red Spears, kita lebih kerap menggunakan istilah kongsi gelap apabila merujuk kepada kegiatan rahsia masyarakat Cina, ia sebenarnya lebih sesuai dinamakan pertubuhan rahsia yang mempunyai agenda besar dan berbahaya kepada penganut agama Allah.

Kembali kepada era kemerdekaan China daripada penjajahan British, tokoh yang terkenal dalam sejarah kemerdekaan China moden ialah Sun Yat Sen. Tokoh ini yang merupakan pemimpin kepada 268 cawangan pertubuhan rahsia di China, Amerika, Singapura dan Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) seperti pertubuhan Chung Wo Tong, Tai Luk Shan dan Kwok On Wui, dia juga memainkan peranan besar dalam menggulingkan pemerintahan sistem monarki di China dan menubuhkan republik. Sun Yat Sen juga mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika dan menerima pendidikan barat.


Dr. Sun Yat Sen

Secara sulitnya, Sun Yat Sen juga direkodkan sebagai ahli Freemason menurut sumber-sumber Freemason, dia adalah individu terpenting dalam penyebaran fahaman komunis di sekitar Asia termasuk di Malaysia (sila baca semula buku sejarah Malaysia mengenai bab kemunculan komunis di Malaya, dan fahami sentimen apakah yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya).


Chin Peng (nama sebenar ialah Ong Boon Huat), Ketua Parti Komunis Malaya yang pernah menjalankan agenda komunis di Malaysia.






-------------------------------------------------------------------------------------------------------


KENNEDY BLOODLINE


Keturunan Kennedy mengalami banyak proses pecahan menerusi perkahwinan dengan keturunan-keturunan lain seperti Bailey, Booth, Buckley, Collin, Hatfeild, Humphrey, Freeman, James, Phelps, Reagan, Russel, Smith dan Fitzpatrick.

Perkahwinan antara keturunan Kennedy dengan keturunan Collin, Freeman, Russel dan lain-lain tidak perlu disebutkan di sini kerana yang penting ialah menjejak perkahwinan antara Kennedy dengan Fitzpatrick.
Fitzpatrick menurut satu sumber, dikatakan berasal daripada garis keluarga yang mempunyai pengaruh di Ireland dan mempunyai pecahan lain di Perancis, malah dikatakan mempunyai pertalian dengan golongan Yahudi yang terlibat dengan komplot mengubah Taurat dan Zaboor di Babilon.
Dalam rekod lain pula, keturunan Kennedy turut mengahwini keturunan Onassis yang mempunyai pertalian darah dengan keturunan Auchincloss, iaitu salah satu keturunan Illuminati dari Scotland (bukan dari senarai Top 13 Illuminati).

Nama keturunan Kennedy berasal daripada nama O’Kennedy, Cinneide dan Caeneddi dari Ireland. Keturunan ini menjadi semakin berpengaruh pada abad ke-17 apabila berpecah kepada tiga pecahan utama iaitu Don, Fionn dan Rua. Kemudian keturunan ini berhijrah ke Scotland, England dan Perancis bermula tahun 1600, mereka terus berkahwin dengan orang tempatan dan menukar nama keturunan.
Menurut buku The Widow’s Son: The Historical Illuminatus Chronicles yang ditulis oleh seorang Freemason bernama Robert A. Wilson, dia mengaitkan Brian Caeneddi sebagai Kennedy pertama yang dikenalpasti dalam gerakan Illuminati di sekitar Eropah dan Amerika. Malah dikatakan Caeneddi yang menjadi Kennedy juga mempunyai hubungan darah dengan Merovingian.

Pada 22 November 1963 di Dealy Plaza, Dallas, Texas, Presiden Amerika ke-35 iaitu John. F.Kennedy (JFK) dilaporkan mati selepas ditembak dalam satu majlis perarakan. Siasatan yang dilakukan oleh beberapa badan berkuasa khas iaitu Jawatankuasa Warren dan US House Select Committee on Assasination (HSCA) mendapati Kennedy ditembak mati oleh Lee Harvey Oswald. Namun, Lee Harvey Oswald pula ditembak mati oleh seseorang sebelum dia sempat dibicarakan. Kemudian pada 1979, timbul pertikaian apabila National Academy of Science memperoleh bukti meragukan terhadap plot kematian Lee Harvey Oswald dan juga bukti tidak munasabah terhadap siasatan terdahulu oleh HSCA dan Jawatankuasa Warren berkaitan kematian Lee Harvey Oswald sebelum sempat dibicarakan.


John F.Kennedy

Mengapa JFK dibunuh? Cuba fahami maksud ucapan JFK ini yang diucapkan kepada pihak media di Waldorf-Astoria Hotel, New York pada 27 April 1961: Ucapan itu adalah punca JFK dibunuh:

“For we are opposed around the world by a monolithic and ruthless conspiracy that relies primarily on covert means for expanding its sphere of influence, on infiltration instead of invasion; on subversion instead of elections; on intimidation instead of free choice; on guerillas at night instead of armies by day.

It is a system which has conscripted vast human and material resources into the building of a tightly knit, highly efficient machine that combines military, diplomatic, intelligence, economic, scientific and political operations.

Its preparations are concealed, not published. Its mistakes are buried, not headlined. Its dissenters are silenced, not praised.
“No expenditure is questioned. No rumor is printed. No secret is revealed. It conducts the cold war, in short, with a wartime discipline no democracy would ever hope or wishes to match.
“Nevertheless, every democracy recognizes the necessary restraints of national security and the question remains whether those restraints need to be more strictly observed if we are to oppose this kind of attack as well as outright invasion.”

Dan mengapa pula Kennedy mendedahkan konspirasi itu? JFK menjadi individu pertama yang mendedahkan konspirasi rahsia secara terbuka dan menjadi kunci kepada terbongkarnya gerakan Illuminati pada zaman moden. Namun, dia segera dibunuh bagi menutup gerakan Illuminati. Jawapan kepada mengapa JFK mendedahkan konspirasi itu, ia kekal misteri namun ia menjadi petunjuk kepada satu clue. Clue tersebut ialah.. setiap Presiden Amerika termasuk Kennedy memegang semua rahsia gerakan Freemason dan Illuminati sejak dari awal penubuhan Amerika kepada kemerdekaannya sehingga hari ini. Ia terkandung dalam dokumen yang hanya disebut sebagai ‘The President’s Book’. Buku itu akan diperturunkan kepada setiap Presiden yang baru, yang mengandungi sebab mengapa mereka dilantik sebagai presiden, kepada siapa mereka bekerja, dan untuk apa mereka bekerja. Presiden ialah ‘The Secret Keeper’ dan ‘The Official Hand for The Hidden Hand’.

Dan jawatan Presiden Amerika bukan dipilih secara pilihanraya, ia telah ditentukan dan dipilih daripada kalangan keturunan elit Illuminati. Pilihanraya di Amerika bukan satu proses demokrasi yang dimegahkan mereka, mereka sendiri tidak mengamalkan demokrasi.

Kempen demokrasi yang disebar ke Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara hanya satu ilusi, ia adalah alasan untuk menakluk setiap daerah ‘suci’ di negara-negara yang dijajah, Iraq mewarisi tanah Babilon dan Sungai Tigris, Palestin mewarisi Kuil Sulaiman dan Jerusalem. Dan mereka kini merancang menyerang Iran yang mewarisi pengetahuan salasilah ahlul biaiti untuk memusnahkan harapan terakhir Islam iaitu kelahiran Imam al-Mahdi dari salasilah Nabi Muhammad, dan Mesir yang sudah lama tunduk dengan kekuasaan Amerika juga mewarisi Sungai Nil. Amerika menceroboh negara Islam atas alasan untuk menghidupkan demokrasi padahal Amerika sendiri bukanlah sebuah negara demokrasi. Amerika adalah sebuah negara Dinasti Illuminati !!! Presiden yang dilantik adalah yang sudah ditentukan 


---------------------------------------------------------------------------------------------------


Bendera Israel

Kenapa Amerika dan Zionis mahukan Babilon, Sungai Tigris, Sungai Nil, Kuil Sulaiman dan Jerusalem? Jawapannya berada pada bendera Israel dimana garisan biru di atas secara samar bermaksud Sungai Tigris (mereka sudah berjaya membonekakan Iraq untuk memperluas jajahan ke Sungai Tigris), garisan biru di bawah pula ialah bermaksud Sungai Nil (Mesir juga sudah lama tunduk dengan Amerika) dan bintang David di tengah pula mewakili Jerusalem yang terletaknya Kuil Sulaiman, warisan monumen yang menyimpan rahsia besar (rahsia itu juga sudah digali dan diambil) rahsia yang disembunyikan Nabi Sulaiman, putera Nabi Daud (David) di bawah salah satu bangunan istana.

Kedudukan: Sungai Tigris berada pada garisan biru dekat Al-Mawsil, Sungai Nil berada pada garisan biru dekat el-Minya dan Jerusalem terletak di Israel

Perancangan mereka kini di peringkat akhir iaitu selepas Sungai Tigris, Sungai Nil dan Jerusalem sudah berjaya dikuasai. Ia adalah kerana Tanah Yang Dijanjikan terletak di kawasan antara jarak dari sempadan Sungai Nil hingga sempadan Sungai Tigris dan Jerusalem adalah ibu kotanya. Dan mereka hanya menunggu masa untuk mentabalkan Dajjal, seorang lelaki misteri bermata satu sebagai raja. Masa itu sudah terlalu hampir!!!