TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Monday, April 25, 2011

APABILA SANG PENIPU DIGELAR SAINTIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

maaf sebab lewat kebelakangan ini tiada sebarang posting...

ok, mari mulakan pembelajaran kita, untuk permulaannya mari kita sama-sama fahami ayat dibawah: 

“And every woman who prays or prophesies with her head uncovered dishonors her head—it is just as though her head were shaved. 6-If a woman does not cover her head, she should have her hair cut off; and if it is a disgrace for a woman to have her hair cut or shaved off, she should cover her head.“
(1 Corinthians 11)


Mungkin ada dikalangan pembaca merupakan orang-orang Kristian (Ahli Kitab). Mungkin anda pernah dengar ayat ini atau membacanya. Tahukah ayat apa ni?


Ini adalah petikan ayat kewajiban berhijab daripada Kitab Bible yang menyuruh setiap wanita Kristian menutup rambut mereka.

Kerana itulah para biarawati di gereja semua memakai tudung kerana mereka mematuhi arahan yang terdapat dalam Bible (anggota badan yang dikira sebagai aurat mereka adalah sama dengan aurat wanita yang telah digariskan oleh Islam, tetapi masih ramai lagi wanita Kristian yang enggan memakai hijab).


Ini adalah ayat yang terdapat dalam New Testament. Orang-orang Kristian berpegang pada Old Testament dan New Testament yang mereka percaya diturunkan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa. (75% dpd Bible adalah Old Testament manakala bakinya adalah New Testament)


Tetapi, lebih kurang 600 tahun selepas New Testament diturunkan, Allah telah menurunkan The Final Testament kepada nabi terakhir, iaitu Nabi Muhammad. Menyeru kepada Allah, Tuhan yang Satu. Hanya perkara-perkara yang melibatkan syariat sahaja yang membezakan Injil dan Quran. Tetapi hakikatnya, kedua-dua kitab ini menyeru kepada Tuhan yang Satu.


Lupakan mengenai konsep ketuhanan Jesus, kerana dalam Bible sendiri pun tidak ada ayat yang mengatakan Jesus itu Tuhan. Tidak ada ayat pun dalam Bible yang mengatakan Jesus mengaku dirinya sebagai Tuhan dan tidak ada satu ayat dalam Bible pun yang menyuruh orang-orang Kristian menyembah Jesus. Anda pun sudah tahu perkara ini.

"Unto thee it was showed, that thou mightest know that the LORD he is God; there is NONE ELSE BESIDE HIM" ~ (Deuteronomy 4:35)


"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord," ~ (Mark 12:29)



Anda pun tahu bahawa konsep Ketuhanan Jesus hanyalah rekaan. Malah pengkajian dan pengiraan telah dibuat menunjukkan begitu banyak kelemahan fakta dalam memperincikan watak Jesus, termasuklah tarikh sebenar kelahiran Jesus yang masih menjadi tanda tanya.

Orang-orang Kristian sendiri tahu bahawa Bible yang ada sekarang merupakan terjemahan semata-mata daripada kitab yang asli yang telah hilang. Bahkan, mereka sendiri tahu bahawa Bible sebenarnya adalah campuran Old Testament, New Testament, kata-kata Nabi Isa dan kata-kata paderi mereka sendiri.

Wahai orang-orang Kristian, anda percaya kepada Nabi Musa penerima Taurat, anda juga percaya Nabi Isa penerima Injil, tetapi kenapa anda tidak mempercayai Nabi Muhammad sebagaimana penerima Al-Quran?

Kami umat Islam mempercayai setiap Nabi dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka, termasuklah Nabi Isa dan Injil. Malah dalam Al-Quran, nama Nabi Isa disebut sebanyak 25 kali dalam 29 surah, melebihi nama Nabi Muhammad sendiri!

1. QS. Maryam(19): 30
2. QS. Maryam(19): 34
3. QS. Al Baqarah(2): 87
4. QS. Al Baqarah(2): 136
5. QS. Al Baqarah(2): 253
6. QS. Al Mu'minuun(23): 50
7. QS. Ali Imran(3): 45
8. QS. Ali Imran(3): 52
9. QS. Ali Imran(3): 55
10. QS. Ali Imran(3): 59
11. QS. Ali Imran(3): 61
12. QS. Al Ahzab(33): 7
13. QS. An Nisaa'(4): 157 (tiga kali disebutkan)
14. QS. An Nisaa'(4): 158
15. QS. An Nisaa'(4): 159
16. QS. An Nisaa'(4): 163
17. QS. An Nisaa'(4): 171
18. QS. Asy Sura(42): 13
19. QS. Az Zukhruf(43): 63
20. QS. Al Maaidah(5): 46
21. QS. Al Maaidah(5): 78
22. QS. Al Maaidah(5): 110
23. QS. Al Maaidah(5): 112
24. QS. Al Maaidah(5): 114
25. QS. Al Maaidah(5): 116
26. QS. Al Hadiid(57): 27
27. QS. Al An 'Aam(6): 85
28. QS. Ash Shaff(61): 6
29. QS. Ash Shaff(61): 14

Malah umat Islam juga meyakini bahawa Nabi Isa akan turun sebagai penyelamat di akhir zaman nanti. Sebuah tapak perkuburan khas disebelah kubur Nabi Muhammad telah disediakan untuk mengebumikan Nabi Isa apabila baginda wafat di akhir zaman nanti. Para sahabat Nabi Muhammad sendiri yang menyediakan kawasan tersebut. Kalau bukan kerana kerajaan Arab Saudi yang tiada otak dan tiada maruah yang telah mengurung perkuburan tersebut, pasti anda akan dapat melihat kawasan perkuburan tersebut pada hari ini.


Kerajaan Arab Saudi yang tiada maruah itu telah mengurung dan memenjarakan kubur Nabi Muhammad. Mereka juga telah memenjarakan banyak tempat-tempat bersejarah bagi umat Islam seperti perkuburan-perkuburan para syuhada'. Banyak juga peninggalan sejarah Islam telah dihapuskan oleh kerajaan Arab Saudi. Mereka juga telah menimbus kembali parit yang digunakan oleh Nabi kami ketika perang Khandak suatu masa dahulu. Para khalifah Islam telah memelihara parit tersebut sehinggalah di akhir zaman pemerintahan khalifah Uthmaniyah, tetapi para pemerintah Arab Saudi yang tiada otak dan tiada maruah itu telah menimbus kembali parit tersebut dan menghapuskan banyak peninggalan-peninggalan bersejarah di atas arahan Amerika Syarikat. Malah kerajaan Arab Saudi tidak malu untuk menggunakan keuntungan yang mereka dapati daripada jemaah Haji untuk didermakan kepada Amerika Syarikat untuk membunuh lebih ramai umat Islam.

*info: Arab Saudi adalah negara ke-8 terbanyak menerima pelaburan asing Kuffar dunia.


1.     Air penggunaan jemaah haji dikendalikan syarikat britain yang membunuh umat Islam di Iraq dan Afghanistan.
2.    Siaran TV dan Radio arab saudi mesti melalui tapisan yahudi Francis.
3.    Semua pergerakkan jemaah dikawal melalui setelit yahudi eropah.
4.    Setiap kamera sisi yang dipasang ditiang masjid Nabawi dan Masjid Haram Mekah sentiasa dipantau melalui setelit yahudi.
5.    Umat Islam diharamkan berbincang dalam kedua-dua masjid Haram, Mekah dan Madinah kecuali ibadat solat. Mereka dipantau secara lansung melalui kamera sisi yang telah dipasang di setiap sudut masjid berkenaan.
6.    Segala hasil pungutan wang jemaah haji, bermula daripada visa haji dan sebagainya dimasukkan dalam kementerian pelancungan saudi dan digunakan untuk perkara yang tidak baik.
7.    Setiap jemaah haji yang mati kerana dibunuh, dirogol dan lain-lain jenayah ganas mesti direkod atas nama ” Mati kerana sakit ” demi menjaga nama baik hubungan negara yang terlibat.

Kami yakin Nabi Isa akan turun sebagai penyelamat dan anda pun yakin Nabi Isa akan turun sebagai penyelamat. Nabi Isa akan menyelamatkan orang-orang yang ditindas dan orang-orang yang dizalimi.



Adakah Nabi Isa akan menyelamatkan orang-orang seperti ini.....?




...atau Nabi Isa akan menyelamatkan orang-orang seperti ini......


Siapakah yang akan diselamatkan oleh Nabi Isa? Renung-renungkanlah.....

Kami yakin Nabi Isa akan bersama umat Islam.


------------------------------------------------------------------------------------------------


Well, tadi tu intro je.

Let's straight to the point.
x-x-x


Ramai orang memanggil Sains sebagai "fakta Sains", tetapi tidak bagi saya.



Bagi saya, sains bukanlah fakta. Sains cuma himpunan teori-teori dan saya akan memanggilnya sebagai "teori sains". Boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Sesuatu perkara itu tidak akan saya putuskan jika hanya kerana sains berkata demikian. Sains tercipta hasil himpunan daripada teori-teori manusia, bukan hasil himpunan fakta-fakta dan ilmu-ilmu.




Bagaimana sains moden bermula?



Sebenarnya, mungkin ceritanya lebih panjang, tetapi secara ringkas dan mudahnya, ideologi sains bermula dengan (salah seorangnya) seorang lelaki dari zaman kegelapan Eropah, Galileo Galilei mencetuskan idea bahawa sebenarnya bumi yang mengelilingi matahari, dan terciptalah satu sistem baru yang dinamakan Solar System, atau sistem suria yang menempatkan matahari sebagai pusat cakerawala. (ada ramai lagi tapi ni yg paling famous la)


Namun, idea ini dibantah oleh pihak gereja kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Kristian yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat cakerawala dan matahari yang bergerak mengelilingi bumi berdasarkan ayat di dalam Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak:


"
The world also is stablished that it cannot be moved."
Psalm 93:1

"
He hangeth the Earth upon nothing."
Job 26:7

Kesannya, mereka yang beriman dengan dakwaan kononnya matahari sebagai pusat cakerawala telah ditangkap, diseksa dan dibunuh. Ada yang dipenjarakan dan ada yang dibakar hidup-hidup.


Para sejarawan, saintis moden dan kebanyakan ahli-ahli profesional melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang negatif. Tetapi tidak bagi saya. Saya menyokong tidakan pihak gereja itu, kerana mereka lebih faham apa sebenarnya yang berlaku. (Cuma saya tidak bersetuju pasal gereja zalim sangat. bunuh terus dah la. takyah nak seksa-seksa)


Pihak gereja lebih faham dan kenal siapa sebenarnya yang mereka bunuh, bukan seperti kita yang telah ditipu bulat-bulat oleh media-media dan buku-buku sejarah.


Kenapa saya setuju?

-x~Kerana golongan yang mendakwa matahari sebagai pusat cakerawala itulah sebenarnya golongan yang telah membunuh ramai umat Islam ketika Perang Salib.

-x~Golongan itu jugalah yang bertanggungjawab melakukan revolusi menumbangkan raja-raja dan pihak gereja yang berkuasa di Eropah.

-x~Golongan itulah juga yang telah mencipta kedua-dua Perang Dunia dan segala krisis yang sedang berlaku di dunia pada hari ini.

-x~Golongan yang sama itu juga lah yang bertanggungjawab di atas pembinaan negara haram Zionis dan pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq.

-x~Ataupun senang cerita, waris daripada golongan-golongan itu lah yang telah menghuru-harakan dunia ini dan sedang bekerja untuk mempersiapkan kedatangan The Antichrsit (Al-Masih Ad-Dajjal).




Saya amat gembira apabila golongan yang menggelar diri mereka "saintis" itu dibunuh dan saya amat sedih apabila mereka berjaya merampas kuasa di Eropah menumbangkan Gereja dan mula berkuasa di Eropah. Mereka menyembunyikan revolusi jahat mereka di sebalik nama Renaissance.


Dalam hal ini, ramai orang dalam keadaan dilemma. Mana satu yang betul? Gereja atau Saintis?



Oleh kerana para "saintis" ini telah menang dan mendominasi dunia, ramai yang berpihak kepada para saintins. Istilah sekular telah diperkenalkan dan pihak Gereja telah dimalukan dan dianggap kolot dan ketinggalan zaman kerana menolak sains.



Anda pula di pihak mana? Sokong gereja atau sokong sains?


Nak dengar pendirian saya?




Saya sokong pihak gereja.


~~~

Sama seperti yang telah berlaku pada zaman Rasulullah ketika mana tentera Rom telah dikalahkan oleh tentera Parsi. Tentera Rom adalah penganut agama langit manakala tentera Parsi adalah penyembah api. Akibat kekalahan tentera Rom, umat Islam telah bersedih.



Begitu juga dengan kekalahan pihak Gereja menghadapi revolusi yang dilancarkan oleh para "saintis" yang tidak beragama ini (mereka sebenarnya penganut ajaran Kabbalah, sejenis ilmu sihir Bani Israel kuno). Saya amat bersedih dengan perkara ini.


Sebenarnya, sejak dari zaman dahulu lagi, manusia berpegang kepada kepercayaan Geocentric (bumi sebagai pusat cakerawala). Hanya dalam zaman kegelapan Eropah sahaja tiba-tiba muncul kepercayaan Heliocentric (matahari sebagai pusat cakerawala) yang ditimbulkan oleh si bodoh Nicolaus Copernicus dan Galileo Galilei.

Tetapi, oleh kerana perkataan "
si bodoh" itu tidak sedap di dengar, mereka telah cipta satu perkataan baru untuk menggantikannya, iaitu "saintis".





Tetapi pada hari ini, seluruh umat manusia telah tertipu dengan ideologi Heliocentric yang dibawa oleh mereka. Mungkin kita tidak sedar bahawa ajaran Heliocentric yang sedang diajar di dalam matapelajaran sains (baca : bodoh) adalah berasal daripada ajaran Kabalah, yang mana para pengikut Kabalah ini memang menganggap matahari sebagai Tuhan.

Gambar di atas terdapat dalam ajaran Tree of Life dalam ajaran sihir Kabbalah.



Manakala ini pula adalah lukisan Leonardo Davinci yang dilukis sekitar zaman Renaissance. Ada persamaan dengan jesus christ? Ada la sikit-sikit...... hahaha



-----------------------------------------------------------------------------------------------


Tetapi, adakah dengan menyokong gereja bermakna saya menyokong pendapat mereka yang mengatakan bahawa bumi sebagai pusat cakerawala dan matahari mengelilingi bumi?



Ya.



Ya, saya menyokong pendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi, bukan seperti pendapat lawak dan dongeng yang dikemukakan oleh para saintis.



Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)


Di dalam surah Yasin, terdapat ayat yang jelas menunjukkan matahari itu bergerak dan bukan berada pada kedudukan yang tetap untuk menjadi paksi cakerawala.




Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu
Surah Al-Rad (ayat 2)






Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)



Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Surah Az Zumar (Ayat 5)



Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)


Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)



Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
Al-Anbiya (Ayat 33)


Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258


sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)







So, ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar matahari?

Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.


Sape nak percaya pada sains, percayalah. Saya tak halang sebab orang Melayu memang suka percaya pada benda dongeng dan tahyul. Tak boleh nak buat ape lah.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Malah beberapa orang pengkaji Barat sendiri cuba untuk membongkar penipuan yang telah dibuat oleh Galileo Galilei ini, salah seorangnya ialah Marshall Hall.


Di antara hujah beliau:


1. Tiada bukti langsung yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari. TIADA.

2. Setiap perkiraan yang dibuat oleh saintis dan astronomi untuk mengira pergerakan satelit, gerhana dan lain-lain yang berkaitan dengan angkasa adalah dikira dengan menggap bumi tidak bergerak. Hanya dengan menganggap bumi tidak bergerak, barulah perkiraan tersebut boleh dilakukan.

3. Tiada ekperimen yang berjaya menunjukkan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. Apatah lagi untuk membuktikan bahawa bumi bergerak 32 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang rifel, 66600 mph.

4. Banyak eksperimen telah membuktikan bahawa bumi tidak bergerak.

5. Sejarawan telah membuktikan bahawa Copernicus, Kepler, Galileo, Newton, Einstein dan Sagan adalah dalang kepada penipuan ini.

6. Berdasarkan logik akal, pendapat yang mengatakan matahari mengelilingi bumi adalah lebih kuat.

7. Teleskop yang digunakan NASA yang dilengkapi komputer telah diprogramkan untuk menghantar kembali "synthesized images". (Teleskop NASA mengarut je lebih, bukan tengok langit pun)

8. Ayat Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak. (Bagi umat Islam, ayat Al-Quran juga banyak menunjukkan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak

~~~~

Fitrah manusia juga selari dengan anggapan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak, bukan bumi. Buktinya, kita selalu menggunakan istilah "matahari terbit", "matahari terbenam", "matahari tergelincir" dan sebagainya. Malah saintis sendiri menggunakan istilah "matahari terbit" dan "matahari terbenam" dalam dialog seharian mereka.

Soalan budak tadika:

Pilih satu dialog yang logik:

a) "Bangunlah bang Berahim, matahari dah tegak atas kepala ni, ko tak bangun-bangun lagi"

b)
"Bangunlah bang Berahim, bumi dah berpusing menghadap matahari ni, ko masih tak bangun-bangun lagi"



Hahaha, ni soalan budak tadika. Sila la pilih A atau B. Pilih yang paling logik. Kalau ada orang salah jawab jugak tak tahu la.


(Tu la, kecik-kecik dulu bapak hantar pergi tadika, dia ponteng....)
--------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenapa penting untuk membuktikan bahawa bumi tidak mengelilingi matahari?



Kerana kita akan dapat membongkar banyak lagi penipuan-penipuan yang ada sekarang.





kalau nak lebih banyak maklumat lagi, masuk link ni:
http://www.showdalua.com/ingles.html




Pertama........


NASA menipu kita dengan mendakwa cakerawala ini terlampau besar, wujud terlalu banyak galaksi dan planet-planet lain.


Tetapi, bagaimana jika hakikatnya bumi dan langit ini sebenarnya kecil sahaja, dan bumi ini adalah pusat cakerawala?


"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Al Qur'an, 2:29)

"
Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya."
(Al Qur'an, 41:11-12)



Teleskop yang digunakan oleh NASA untuk melihat angkasa adalah teleskop yang dilengkapi komputer yang telah diprogramkan supaya siapa sahaja yang melihat menggunakan teleskop itu akan melihat alam semesta ini begitu luas dan akan kelihatan begitu banyak sekali planet-planet dan galaksi-galaksi yang hakikatnya tidak pernah wujud!



Dan kesannya, kita tahu la yang UFO memang tak pernah wujud.


(saya minta maaf sebab tak dapat nak huraikan dengan lebih jelas kerana saya nak pendekkan post disamping saya memang takde masa. Diharap anda boleh mengkaji sendiri)
  ------------------------------------------------------------------------------------------------
Big Bang is a Big Fraud

Para saintis telah mencipta satu teori baru berdasarkan kepala otak mereka yang mendakwa bahawa alam semesta ini tercipta dari satu letupan yang besar dan dahsyat. (setahu aku, selalunya letupan adalah bersifat memusnahkan, aku tak tahu la pulak kalau dengan letupan, alam semesta boleh terbina).


Bak kata mereka (aku malas nak sebut nama), kesan daripada letupan itulah tercipta segala ruang dan masa dan segala yang berkaitan dengannya.


Inilah kesan bila orang tak percaya Tuhan. Mana mungkin satu letupan boleh menghasilkan planet-planet yang bentuknya semua bulat-bulat (lawa pulak tu). Cubalah anda letupkan apa-apa sahaja, serpihannya akan bersepah dan berpecah-pecah. Mana pernah berlaku kalau kita letupkan batu, serpihannya jadi bulat-bulat macam bola!

Dengan teori inilah mereka mahu kita percaya bahawa alam semesta ini sudah berusia lebih 15 billion tahun supaya mereka boleh menjual kepercayaan evolusi mereka itu!

------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa teka-teki dah kita jawab. Pertama, bumi tidak mengelilingi matahari, sebaliknya bumilah pusat cakerawala.


Kemudian, ia akan membawa kepada keruntuhan teori yang mengatakan alam semesta ini begitu luas.


Kesannya, Theory of Relativity ciptaan Einstein akan terbatal dan segala perkiraan yang dibuat oleh Albert Einstein adalah salah kerana teori tersebut dibuat dengan menganggap dunia ini begitu luas! Malah beberapa orang saintis sendiri telah mengakui dan membuktikan bahawa formula e=mc² ciptaan Einstein adalah tidak tepat kerana kelajuan cahaya sebenarnya tidak constant (tetap).


Hari ini telah disahkan bahawa formula e=mc² telah terbatal dan tak boleh diguna pakai lagi.

Maka apabila Theory of Relativity tidak tepat, maka apa sahaja yang tercipta daripada formula tersebut sebenarnya tidak pernah wujud, salah satunya adalah bom atom. Bagaimana bom atom boleh tercipta menggunakan formula yang tidak tepat?



Argument 1 : Bom atom dikatakan dicipta berdasarkan formula e=mc² (secara tidak langsung).
Argument 2 : Formula e=mc² adalah salah.
Conclusion : Bom atom tak pernah wujud

-------------------------------------------------------------------------------------------------





Bom atom tak pernah wujud.


Bandar Hiroshima yang sedang pesat membangun.......


Jika benar bom atom wujud, kenapa perlu mereka gunakan video palsu? Banyak juga bukti palsu yang diletakkan oleh Amerika di Hiroshima dan Nagasaki untuk membuktikan kononnya bom atom pernah meletup disitu. Malah hipotesis yang dicadangkan, kemungkinan Amerika hanya menggugurkan banyak bom-bom besar di Hiroshima dan Nagasaki tetapi mendakwa ia adalah bom atom.




Adakah anda masih percaya Albert Einstein seorang genius?



Dia cuma seorang penipu. Kegeniusan Einstein cuma mitos dan dongeng semata-mata.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan.......


Maka jika bom atom tidak wujud, ada kemungkinan juga bom nuklear tidak wujud. Senjata nuklear digembar gemburkan oleh para tentera Dajjal hanya untuk menakutkan orang awam. MUNGKIN.


Maka jika senjata nuklear tidak wujud, sudah pastilah sesiapa sahaja yang mengaku memiliki senjata nuklear sudah pastilah dia seorang penipu yang terlibat dengan perancangan New World Order.........


Ramai di antara kita terlalu yakin dengan kajian NASA. Mengapa mesti mempercayai NASA?


Bukankah NASA adalah penipu yang paling kuat penipuannya. NASA adalah penipu yang bertopengkan penipu. Adakah anda lupa bagaimana mereka menipu ketika mana mereka mendakwa bahawa mereka telah menghantar angkasawan mereka ke bulan?


Telah banyak pembongkaran dibuat. Cuba perhatikan gambar yang mereka dakwa kononnya ditangkap di bulan. Bagaimana di bulan boleh ada angin yang meniup bendera itu sehingga berkibar?

Bagaimana langit boleh menjadi gelap dan hitam seperti itu? Ke mana perginya bintang? Kenapa tak nampak bintang? Ada awan tebal ke? Kat bulan ada awan ke? Hahahaha, NASA penipu......


Jika ikut dakwaan mereka, bumi mengelilingi matahari. Sudah pasti bumi perlu bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi. Jika bumi bergerak dengan laju, bermakna bulan pula terpaksa bergerak dengan lebih laju lagi untuk mengejar bumi yang sedang mengelilingi matahari (mengarut). Ini bermakna bulan lagi laju daripada bumi. Oleh itu, kapal angkasa mereka Apollo 11 perlu memecut lebih laju daripada bulan untuk mengejar bulan! Kan dah tak logik.

Bukti lain:


Jika anda lihat, bayang-bayang mereka tidak selari.



Tahukah anda kenapa bayang-bayang mereka tidak selari? (tolong jangan jawab sebab kat bulan ada banyak matahari)


Jawapannya kerana gambar-gambar yang mereka ambil itu bukanlah di bulan, tetapi di dalam studio. Oleh kerana di dalam studio terdapat banyak lampu, maka kerana itulah bayang-bayang semua tak selari. Sebab itu jugalah dalam semua gambar yang mereka tangkap, semuanya langit gelap, tiada bintang. (Sebab time tu software video editing Adobe After Effects tak keluar lagi kot)




Para pelakon terbaik dunia bersama set pementasan mereka.



p/s: Salah seorang angkasawan yang memakai cincin Freemason.



so, Betul ke Neil Amstrong berjaya mendarat di bulan dengan Selamat?

Dalam bulatan : Bayang-bayang yang menjadi tanda tanya...


tentu lar tak...bagi saya, Neil Amstrong mendarat dibulan dengan Selamat @ Pak Selamat.
Kemungkinan bayang-bayang yg muncul itu merupakan bayang-bayang warung Pak Selamat...
kah, kah, kah, kah!!!!


Dah sah NASA adalah penipu dan mereka tidak pernah minta maaf atau tarik balik dakwaan bahawa mereka pernah pergi ke bulan. NASA tidak boleh dipercayai sampai bila-bila.

Adik: "Pssst. Encik monyet, saya dengar NASA kata dia pernah pergi bulan."
Monyet: "Kah, kah, kah, kah, kah....."






Kah, kah, kah. "Bagai NASA rindukan bulan".





Bagaimanapun, saya tidak memaksa anda percaya kepada semua hujah-hujah saya di dalam posting ini. Dan jika anda ingin melawan hujah saya dan ingin menegakkan juga dakwaan bahawa bumi mengelilingi matahari, anda boleh memberi hujah dan bukti, tetapi jangan ambil apa-apa hujah, bukti, gambar atau fakta satu pun daripada NASA kerana NASA adalah penipu!





Wallahua'lam....:)

Friday, January 14, 2011

Hidup terasa payah? Hidup terasa sesak?


Ada waktu kita rasa demikian. Kadangkala apa yang kita usahakan seakan tidak membuahkan hasil. Bahkan lebih teruk lagi, usaha kita menghala ke arah lain yang kelihatannya lebih memberikan keburukan kepada kita.

Kadangkala kita memandang ke langit dan menjerit: “Ya Allah, kenapa hidup aku begini?”

Tertanya-tanya. Rasa seperti hendak menyalahkanNya.

Sebab kita percaya bahawa kehidupan kita tertakhluk di dalam takdirNya.

Mengapa aku disusahkan? Bermain-main di dalam jiwa.

Namun hakikatnya, apakah benar kita disusahkan?

Atau hakikatnya kitalah yang menyusahkan diri kita sendiri?

Kehidupan kita di atas apa?

Melihat semula kehidupan kita, di atas tapak apakah kita berpijak?

Apakah di atas tapak yang dibina dengan keimanan kepada Allah SWT, atau di atas tapak nafsu rekaan manusia?
Adakalanya sebahagian kita menyangka bahawa kita telah mendirikan kehidupan kita di atas Islam sepenuhnya. Akhirnya kita hendak berkata: “Aku dah amal Islam pun, masih susahkah?”

Tetapi apakah betul bahawa kita telah mengamalkan Islam secara benar?

Kadangkala, Islam kita hanya pada solat dan puasa, tidak pada belajar dan kerja. Tidak pada rumah tangga dan pengurusan keluarga. Tidak pada kehidupan dan aturcaranya.

Islam adalah sumber kedamaian dan kebahagiaan.

Namun kita tidak bersungguh-sungguh mengambilnya. Kita mengambilnya separuh-separuh. Secebis-secebis. Sewaktu-sewaktu.

Itulah hakikatnya punca utama kesusahan kita.

“Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Surah Al-An’am ayat 17.


Memandang positif kesukaran

Ujian adalah tarbiyah direct daripada Allah kepada kita.

Itu adalah ungkapan yang menjadi motivasi saya. Saya fikir, yang menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat tegar menjunjung Islam dalam sepenuh kehidupan mereka adalah dugaan dan cabaran yang telah mereka lalui.

Bukannya mereka tidak pernah kecewa atau merasa sukar dengan perjuangan mereka. Bahkan mereka pernah tertanya-tanya di manakah pertolongan Allah kerana risau akan ketewasan mereka. Namun apabila mereka berjaya mengharungi kesukaran demi kesukaran, mereka akan tertingkat.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”  Surah Al-Baqarah ayat 214.

Hal ini kerana, kesukaran adalah tarbiyah.

Janganlah memandang serong dengan kesusahan yang datang bertimpa. Pandanglah ia sebagai satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita. Bila susah, hingga tiada manusia mampu menjadi tempat bergantung kita, kita hanya tinggal dua pilihan. Merapat kepada Allah atau memakiNya.

Biasanya manusia akan memilih untuk memakiNya.Nauzubillahi min zalik...

Maka mengapa kita tidak memilih yang satu lagi?

Mungkin sahaja Allah hendak menyelamatkan kita dari kenikmatan dunia yang menipu daya, dan hendak memberikan kita Syurga di akhirat yang kekal abadi selama-lamanya kepada kita?

Siapakah yang pernah memandang demikian?


Hairan dengan kecekalan mereka

Tidakkah kita merasa hairan akan manusia-manusia seperti Sumayyah dan suaminya Yassir?

Mereka itu mati sebelum mencapai kemenangan. Kesukaran datang kepada mereka bertimpa-timpa. Sedang mereka itu mengambil Islam sepenuhnya. Tetapi mengapa anak mereka Ammar, tidak pula mencaci Allah atas kematian kedua orang tuanya?

Tidakkah kita merasa hairan akan Anas bin Nadhr RA? Dia mati di medan Uhud dengan 80 tusukan pada tubuhnya. Dia mati dalam keadaan wajahnya hampir sahaja tidak dikenali sesiapa. Tinggal adik perempuannya sahaja mengenalinya melalui cincin di jarinya.

Dia mati sebelum mencapai kesenangan. Islam sebelum perang Uhud belum lagi mencapai kemenangan yang membuatkan ummatnya bersenang lenang di dunia. Tetapi mengapa adiknya tidak pula mencaci maki Allah atas kematian Anas sebegitu rupa?

Tidakkah kita hairan melihat Hamzah bin Abdul Muttalib RA? Dia juga mati di medan Uhud. Bahkan mati dalam keadaan yang amat mencucuk jiwa. Hatinya dimamah dan tubuhnya dilapah-lapah. Hidung dan telinganya dipotong. Hingga Rasulullah SAW juga menjeruk rasa bersedih hati, hingga Rasulullah SAW terpaksa menghalang makciknya Safiah bte Abdul Muttalib dari melihat Hamzah.

Hamzah mati sebelum merasai kesenangan. Mengapa Rasulullah SAW atau Safiah bte Abdul Muttalib tidak menghina Allah SWT ketika itu dan menyatakan bahawa Allah tidak adil dengan menurunkan kesusahan demi kesusahan?
Kita hairan. Apakah yang membuatkan mereka kekal tabah? Bahkan bukan semata-mata tabah bertahan rasa. Mereka terus tulus berjuang menegakkan agamaNya.

Apa yang menggerakkan mereka? Apa yang mencuci kelukaan mereka apabila ditimpa kesukaran demi kesukaran? Apakah yang merawat jiwa mereka?

Saya tiada jawapan lain melainkan keimanan yang sempurna kepada Allah SWT.


Kadangkala kerana dosa kita juga

Dan kalau kita perhatikan dengan lebih teliti, kadangkala kesusahan yang menimpa kita adalah kerana dosa-dosa kita juga.

Mungkin sahaja Allah tidak memudahkan urusan kehidupan kita adalah kerana kita melakukan maksiat dan pengingkaran terhadapNya.

Sepatutnya, apabila kita sedar akan hal ini, perkara utama yang perlu kita lakukan dalam hendak menyelesaikan masalah yang menimpa bukanlah terus pergi kepada permasalahan teknikal masalah itu. Tetapi apa kata kita terus bersimpuh dan bertaubat kepada Allah akan dosa yang telah kita lakukan?

Saya percaya, ujian Allah adalah tanda kasih sayangNya.

Mengapa saya katakan demikian?

Kerana dengan Dia menguji kita, kita sedar akan kesilapan kita kepadaNya, lantas kita bertaubat, dan Allah membersihkan dosa kita.

“Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.”  Surah Luqman ayat 32.

Kalau dia tidak menguji kita walaupun kita berdosa? Itu istidraj namanya. Apakah istidraj? Istidraj adalah kenikmatan yang Allah berikan walaupun kita ini ingkar kepadaNya, bukan untuk menandakan Dia tidak kisah akan dosa kita, tetapi menandakan bahawa Dia tidak lagi peduli dengan kita dan hendak membiarkan kita ke neraka. Maka apalah sangat nikmat dunia yang sedikit ini Dia berikan terlebih dahulu kepada kita, berbanding nerakaNya yang sangat dasyat yang akan Dia berikan kepada kita di akhirat sana.

Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Kita sahaja yang tidak mensyukuriNya

Saya kira, kalau kita ini benar hamba yang beriman kepada Allah SWT, kita akan mampu melihat betapa segala pemberian Allah kepada kita adalah pemberian yang terbaik.

Baik kesenangan, mahupun kesukaran. Semuanya terbaik.

Tinggal kita sahaja tidak belajar untuk bersyukur dalam erti syukur yang sebenarnya.
Kita sahaja yang suka bersangka buruk kepada Allah SWT.

Sedangkan, yang mengetahui baik atau buruk untuk kita hanyalah Allah SWT.

“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Siapakah kita untuk menyalahkanNya atas apa yang Dia timpakan kepada kita?

Diri sendirilah yang sepatutnya kita persalahkan hakikatnya.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”  Surah Asy-Syuura ayat 30.


Thursday, January 6, 2011

MANUSIA DALAM KEABADIAN



Tuhan, yang maha Pencipta, adalah Zat yang mencipta setiap sesuatu dari tiada dan yang menciptakan segalanya dengan pengetahuan apa yang akan terjadi kepada mereka. Sebagai satu manisfestasi sifat Tuhan ini, di saat Dia menciptakan manusia di dalam kandungan ibunya, keabadian telah bermula bagi diri manusia itu. Sudah tentu, manusia tidak mengingati peringkat-peringkat tumbesarannya di dalam kandungan. Tetapi, setiap detik perkembangannya hadir di penglihatan Tuhan dan tidak sama sekali hilang. Hal yang sama, ianya sudah pasti bahawa fasa-fasa permulaan dan peringkat perkembangan seorang manusia tidak tersimpan dalam memorinya sendiri. Kecuali dikhabarkan oleh Tuhan, manusia tidak akan berhasil untuk melihat saat ini. Sesetengah detik bagaimanapun masih kekal sebagai memori-memori. Suatu detik yang kita alami adalah suatu sensasi tulin yang diperlihatkan kepada roh kita. Akan tetapi, dalam memori Tuhan yang tidak terbatas, setiap sesuatu kekal seperti mana seadanya. Setiap yang ditemui di dalam kehidupan, semua maklumat berhubung pengalaman seseorang, adalah diciptakan oleh Tuhan dan tidak pernah hilang. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut, segala sesuatu yang wujud kekal dalam pandangan Tuhan.

" ...Demikian itu agar kamu tahu bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Maidah: 97)

Bayangkan Nabi Adam a.s sebagai contoh; semua perincian berhubung penciptaan Adam di syurga sebelum diturunkan ke bumi, dan cara dia di uji di syurga semuanya termaktub di dalam Umm Al-Kitab. Permulaan penciptaan Adam dari tanah liat, saat malaikat sujud kepadanya, dan sebaik sahaja ia diturunkan ke bumi dan semua peristiwa yang dialaminya adalah jelas dan wujud sehingga sekarang. Tiada suatu pun yang lenyap, semuanya itu wujud di dalam pandangan Tuhan, dengan pengetahuan yang amat sempurna.

Satu lagi contoh, cuba fikirkan seseorang yang bersedih atas kematian kucingnya, sebenarnya, di saat kucing itu mati dan di saat kucing itu masih anak, dan keseluruhan detik perkembangannya sejak dilahirkan adalah tersimpan kemas di memori Tuhan. Dan begitu juga, di saat tuan kucing itu pergi bekerja atau di saat dia tidak bersama-sama dengan kucingnya tersimpan jelas di dalam penglihatan Tuhan. Kesimpulannya, kematian bukanlah saat yang mengakhiri kewujudan sesuatu yang wujud, untuk selama-lamanya, setiap sesuatu wujud dalam pandangan Tuhan.

Begitu juga, saat Nabi Sulaiman mengusap kaki kudanya juga adalah kekal. Saat kuda-kuda ini bersembunyi di balik tirai, saat Nabi Sulaiman menghantar utusan kepada Permaisuri Saba, saat surat utusan ini dibaca oleh Permasuri dan askar-askarnya, saat Permaisuri dijemput ke istana Nabi Sulaiman, saat Permaisuri beranggapan lantai istana Nabi Sulaiman adalah sebuah tasik dan kata-kata yang diucapkan oleh Permaisuri:

 "Mulai sekarang aku memeluk islam bersama Sulaiman, kepada Tuhan segala alam". (Surah An-Naml: 44)

semuanya adalah tetap wujud dan akan terus wujud selama-lamanya.
Contoh-contoh ini mesti difikirkan sedalam-dalamnya dan dengan terperinci. Anggaplah sekarang ini di zaman Nabi Nuh a.s, di saat baju seorang lelaki yang masih belum siap dijahit dan di saat selepas beberapa ketika dijahit oleh tukang jahit. Baju ini, saat ia ditenun dengan mesin tenun, di saat baju ini masih dalam bentuk kapas, di saat ia ditenun, di saat tukang jahit itu menggunakan jarum menenunnya, proses di mana baju ini masih belum siap untuk digunakan, ringkasnya, setiap peringkat, setiap saat, bahkan setiap detik yang dilalui oleh baju ini tersimpan di dalam memori Tuhan. Di saat ini, baju yang telah ditenun ini, masih tetap di jahit dan masih dipakai oleh pemiliknya yang hidup di zaman nabi Nuh a.s.

Mari kita fikirkan mengenai jam antik di rumah kamu. Semua peringkat-peringkat pembuatan yang berlaku 200 tahun lalu bersama-sama dengan pembuatan sebuah wayar di dalam jam ini, di saat jarum jam dan minit diletakkan di dalamnya, di saat jam ini di jual di kedai dan dibeli oleh pelanggan, kemudian di saat jam ini sudah tidak berfungsi dan diberikan kepada orang yang memungut bahan-bahan terbuang, di saat moyang kamu membelinya darinya dan di saat jam ini diwariskan kepada nenek kemudian ayah kamu dan kemudian kepada kamu, saat kamu menyimpan jam ini di dalam bilik kamu dan melihatnya dengan penuh keminatan, ringkasnya, setiap detik sejarah kehidupan jam ini kekal tersimpan di dalam pandangan Tuhan. Dalam istilah yang yang lebih tepat, jam ini masih berfungsi sehingga saat ini, ianya juga berhenti berfungsi di saat ini, saat diletakkan di dalam bilik kamu dan saat ia dibeli oleh datuk kamu adalah berlaku di saat ini. Semua peristiwa ini adalah hadir di dalam memori Tuhan. Bahkan, bukan sekadar yang dilalui di masa lalu tetapi juga saat yang dilaluinya di masa hadapan- sudah pasti ini adalah 'masa depan' bagi kamu - diketahui oleh Tuhan dan terpelihara dipandanganNya. Saat jam ini diletakkan di rumah anak kamu 40 tahun akan datang dan saat jam ini hancur 300 tahun akan datang juga telah termaktub di dalam Ummul kitab.

Ayat "Dia mengetahui apa yang ada di depan mereka dan apa yang ada di belakang meraka. Tetapi pengetahuan mereka tidak meliputinyaNya. (surah Ta Ha:10)

 merujuk kepada fakta ini. (Allahu a'lam bissawab). Ini adalah kerana Tuhan mengetahui setiap zat detik demi detik. Dia mengetahui apa yang telah terjadi sama seperti yang akan terjadi, iaitu, dalam perkataan Al-Qur'an, "apa yang di depan mereka dan apa yang di belakang mereka", pada setiap peringkat. Dalam sebuah ayat lain. Tuhan sekali lagi mengingatkan kita mengenai fakta bahawa setiap sesuatu adalah di dalam pengetahuanNya;

Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (Surah Ali Imran; 5)

Sunday, January 2, 2011

SENIBINA FREEMANSON DI MALAYSIA


Asalamualaikum....
posting kali ini berdasarkan apa yang ada di Malaysia. Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.



Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..





Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross


Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya



Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar.. 



Di Alamanda, Putrajaya.





Presint 5, Putrajaya.



Yang ini jelas "mata"nya



Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?




Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrivaldengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.

JAMRAH AL-AQABAH

Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah?

Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Obelisk juga dikenali sebagai "cleopatra’s needle". Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:



Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutny a)


Jamratul

"The obelisk symbolized the sun god Ra, or Re, and during the brief religious reformation of Akhenaten was said to be a petrified ray of the Aten, the sundisk. It was also thought that the god existed within the structure."

Obelisk diasaskan dari "Sun Pillar" seperti ini:


";Sun Pillar"


Bentuknya boleh digambarkan sebagai satu tiang yang bersegi empat dengan piramid kecil pada puncaknya. Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Egypt (8 buah):

* Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
* Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
* Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
* Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
* Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
* Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
* Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
* Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

France (1 buah):

* Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah):

* Caesarea obelisk

Italy (11 buah, termasuk sebuah yang terdapat di Vatican City):

* 8 di Rome
* Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
* Boboli Gardens (Florence)
* Urbino

Poland (1 buah):

* Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turkey (1 buah):

* Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah):

* Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Victoria Embankment, London
* Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
* Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
* Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

United States (1 buah):

* Pharaoh Tuthmosis III, "Cleopatra’s Needle", di Central Park, New York


Ketamadunan yang terlibat dalam penggunaan obelisk ini ialah:

* Egypt
* Assyria
* Axumite/Ethiopian
* Ancient Roman
* Byzantine
* Keralian
* Pre-Columbian

Obelisk aka Cleopatra’s Needle berdiri megah di:


London (kelihatan dua sphinx seolah2 sedang "guard" obelisk tersebut)


Paris, France


Central Park, New York


Alexandria, Egypt (dari zaman Firaun)


Washington Monument (menghadap White House)


Rome, Italy (Penganut Kristian sendiri pun tidak tahu yang agama mereka
telah di manipulasi oleh Iblis)


Istanbul, Turkey (jika tidak silap saya, ianya terletak bersebelahan dengan Hagia Sophia)


Dublin, Ireland


Original obelisk dari zaman Firaun (terletak di Temple of Karnak)


Buenos Aires, Argentina



Putrajaya, Malaysia.

Obelisk, the Vatican city.

Jamrah al-Aqabah.


SEMUA KEPERCAYAAN, GAYA HIDUP, PEMAHAMAN, BAWAAN, DAKWAH, MEDIA HIBURAN DAN SEBAGAINYA DARI BARAT IALAH HASIL DARI "SERAPAN" AGAMA PAGAN (PENYEMBAH BERHALA).

Saturday, January 1, 2011

SEMUA ORANG MAHU HIDUP SELAMA-LAMANYA, HIDUP DI AKHIRAT KEKAL ABADI



Manusia (keseluruhannya) bekerja keras untuk kekal abadi, bermaksud, semua manusia mahu hidup selama-lamanya. Mereka inginkan rahmat dan kecantikan yang kekal. 

Tetapi, kemudian mereka sedar, hidup mereka berakhir tanpa amaran daripada Allah. Semua rahmat menyusut dan segala kecantikan terlepas dari tangan mereka. 

Walaupun manusia tidak mahu menjadi tua, badan mereka berterusan merosot dan menua. Meskipun jiwa mereka muda, segar dan dinamik, tubuh mereka hilang kemampuan yang membuatkan mereka sia-sia dan terlepas dari tangan mereka stamina dan kualiti. 

Hanya apabila mereka merasakan diri sangat cekap, mereka tiba-tiba sedar mereka telah kehilangan masa muda, kesihatan dan telah menggunakan keseluruhan usia tanpa disedari.  

Ada sebabnya bagi manusia untuk mendapati keadaan ini pelik. Alasannya adalah Allah menjadikan manusia dengan naluri untuk hidup selama-lamanya. Manusia berusaha untuk kehidupan yang kekal abadi. Untuk tujuan ini, mereka tidak mahu menjadi semakin tua dan lesu. Inilah perkara yang hampir mustahil untuk mereka terima dan dibiasakan dengan konsep yang digunakan sampai mati. 

Oleh itu, manusia berusaha gigih untuk kekal abadi. Kenyataan ini sendiri adalah salah satu bukti paling nyata di akhirat. Adalah tidak mungkin bahawa dunia yang fana ini adalah satu-satunya habitat bagi jiwa manusia, yang ditentukan untuk kekal. Dalam kehidupan singkat yang diterima untuk berakhir dengan kematian, adalah mustahil bagi manusia yang waras, untuk hidup dengan sabar menunggu datangnya kematian. Satu-satunya perkara untuk seseorang hidup dengan aman dan selesa adalah dengan menerima dan yakin pada kewujudan Allah dan kehidupan yang kekal untuknya di syurga. 

Allah mengurniakan manusia dengan pelbagai harapan dan keinginan berupa naluri. Perasaan cinta, kasih sayang, belas kasihan dan perikemanusiaan diciptakan untuk dipuaskan di dunia yang fana ini. Keabadian adalah kewujudan satu naluri untuk dipuaskan seperti bayi atau anak anjing comel yang memenuhi rasa belas kasihan manakala kasih sayang dan persahabatan, cinta dan keselamatan diciptakan sebagai keperluan. Allah Yang meletakkan keperluan ini ke dalam diri manusia dan juga menciptakan kepuasan. Dunia yang sementara ini bukanlah diciptakan untuk memenuhi keperluan yang kuat, bahkan manusia diciptakan untuk akhirat. 

Inilah hakikat yang nyata dan teknikal yang dialami manusia dalam jiwa manusia yang mana diciptakan bagi mereka untuk memahami kewujudan hari Akhirat. Manusia dianugerahkan dengan kesedaran untuk mengetahui bahawa mereka tidak akan binasa oleh kematian dan tidak akan diambil nyawa mereka bagi kebinasaan terakhir dalam dunia ini. Sudah lebih mencukupi untuk mereka sedar hanya dengan membayangkannya buat beberapa minit. Justeru, pasti bahawa hari Akhirat itulah destinasi terakhir dan menjadi tempat yang mana manusia dimasukkan ke syurga dan neraka. Kesimpulan yang perlu dicapai seorang lelaki waras dengan mempertimbangkan hal ini adalah dengan mengetahui bahawa dunia yang sementara ini adalah tempat ujian dan mengabdikan diri kepada Akhirat kerana Allah. Kehidupan yang kekal di syurga adalah tawaran Allah kepada hamba-Nya yang beriman, yang mana semua keberkatan dan pemberian-Nya selama-lamanya manakala neraka adalah kehidupan yang mengerikan, yang mana azab paling dahsyat dialami dan tiada gunanya penyesalan. 

“Bagaimana kamu tergamak untuk kufur (meningkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Allah menghidupkan kamu; setelah itu, Allah menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang dikerjakan).
How can you reject Allah, when you were dead and then He gave you life, then He will make you die and then give you life again, then you will be returned to Him? (Surat al-Baqara, 28)