TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Monday, April 25, 2011

APABILA SANG PENIPU DIGELAR SAINTIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

maaf sebab lewat kebelakangan ini tiada sebarang posting...

ok, mari mulakan pembelajaran kita, untuk permulaannya mari kita sama-sama fahami ayat dibawah: 

“And every woman who prays or prophesies with her head uncovered dishonors her head—it is just as though her head were shaved. 6-If a woman does not cover her head, she should have her hair cut off; and if it is a disgrace for a woman to have her hair cut or shaved off, she should cover her head.“
(1 Corinthians 11)


Mungkin ada dikalangan pembaca merupakan orang-orang Kristian (Ahli Kitab). Mungkin anda pernah dengar ayat ini atau membacanya. Tahukah ayat apa ni?


Ini adalah petikan ayat kewajiban berhijab daripada Kitab Bible yang menyuruh setiap wanita Kristian menutup rambut mereka.

Kerana itulah para biarawati di gereja semua memakai tudung kerana mereka mematuhi arahan yang terdapat dalam Bible (anggota badan yang dikira sebagai aurat mereka adalah sama dengan aurat wanita yang telah digariskan oleh Islam, tetapi masih ramai lagi wanita Kristian yang enggan memakai hijab).


Ini adalah ayat yang terdapat dalam New Testament. Orang-orang Kristian berpegang pada Old Testament dan New Testament yang mereka percaya diturunkan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa. (75% dpd Bible adalah Old Testament manakala bakinya adalah New Testament)


Tetapi, lebih kurang 600 tahun selepas New Testament diturunkan, Allah telah menurunkan The Final Testament kepada nabi terakhir, iaitu Nabi Muhammad. Menyeru kepada Allah, Tuhan yang Satu. Hanya perkara-perkara yang melibatkan syariat sahaja yang membezakan Injil dan Quran. Tetapi hakikatnya, kedua-dua kitab ini menyeru kepada Tuhan yang Satu.


Lupakan mengenai konsep ketuhanan Jesus, kerana dalam Bible sendiri pun tidak ada ayat yang mengatakan Jesus itu Tuhan. Tidak ada ayat pun dalam Bible yang mengatakan Jesus mengaku dirinya sebagai Tuhan dan tidak ada satu ayat dalam Bible pun yang menyuruh orang-orang Kristian menyembah Jesus. Anda pun sudah tahu perkara ini.

"Unto thee it was showed, that thou mightest know that the LORD he is God; there is NONE ELSE BESIDE HIM" ~ (Deuteronomy 4:35)


"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord," ~ (Mark 12:29)



Anda pun tahu bahawa konsep Ketuhanan Jesus hanyalah rekaan. Malah pengkajian dan pengiraan telah dibuat menunjukkan begitu banyak kelemahan fakta dalam memperincikan watak Jesus, termasuklah tarikh sebenar kelahiran Jesus yang masih menjadi tanda tanya.

Orang-orang Kristian sendiri tahu bahawa Bible yang ada sekarang merupakan terjemahan semata-mata daripada kitab yang asli yang telah hilang. Bahkan, mereka sendiri tahu bahawa Bible sebenarnya adalah campuran Old Testament, New Testament, kata-kata Nabi Isa dan kata-kata paderi mereka sendiri.

Wahai orang-orang Kristian, anda percaya kepada Nabi Musa penerima Taurat, anda juga percaya Nabi Isa penerima Injil, tetapi kenapa anda tidak mempercayai Nabi Muhammad sebagaimana penerima Al-Quran?

Kami umat Islam mempercayai setiap Nabi dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka, termasuklah Nabi Isa dan Injil. Malah dalam Al-Quran, nama Nabi Isa disebut sebanyak 25 kali dalam 29 surah, melebihi nama Nabi Muhammad sendiri!

1. QS. Maryam(19): 30
2. QS. Maryam(19): 34
3. QS. Al Baqarah(2): 87
4. QS. Al Baqarah(2): 136
5. QS. Al Baqarah(2): 253
6. QS. Al Mu'minuun(23): 50
7. QS. Ali Imran(3): 45
8. QS. Ali Imran(3): 52
9. QS. Ali Imran(3): 55
10. QS. Ali Imran(3): 59
11. QS. Ali Imran(3): 61
12. QS. Al Ahzab(33): 7
13. QS. An Nisaa'(4): 157 (tiga kali disebutkan)
14. QS. An Nisaa'(4): 158
15. QS. An Nisaa'(4): 159
16. QS. An Nisaa'(4): 163
17. QS. An Nisaa'(4): 171
18. QS. Asy Sura(42): 13
19. QS. Az Zukhruf(43): 63
20. QS. Al Maaidah(5): 46
21. QS. Al Maaidah(5): 78
22. QS. Al Maaidah(5): 110
23. QS. Al Maaidah(5): 112
24. QS. Al Maaidah(5): 114
25. QS. Al Maaidah(5): 116
26. QS. Al Hadiid(57): 27
27. QS. Al An 'Aam(6): 85
28. QS. Ash Shaff(61): 6
29. QS. Ash Shaff(61): 14

Malah umat Islam juga meyakini bahawa Nabi Isa akan turun sebagai penyelamat di akhir zaman nanti. Sebuah tapak perkuburan khas disebelah kubur Nabi Muhammad telah disediakan untuk mengebumikan Nabi Isa apabila baginda wafat di akhir zaman nanti. Para sahabat Nabi Muhammad sendiri yang menyediakan kawasan tersebut. Kalau bukan kerana kerajaan Arab Saudi yang tiada otak dan tiada maruah yang telah mengurung perkuburan tersebut, pasti anda akan dapat melihat kawasan perkuburan tersebut pada hari ini.


Kerajaan Arab Saudi yang tiada maruah itu telah mengurung dan memenjarakan kubur Nabi Muhammad. Mereka juga telah memenjarakan banyak tempat-tempat bersejarah bagi umat Islam seperti perkuburan-perkuburan para syuhada'. Banyak juga peninggalan sejarah Islam telah dihapuskan oleh kerajaan Arab Saudi. Mereka juga telah menimbus kembali parit yang digunakan oleh Nabi kami ketika perang Khandak suatu masa dahulu. Para khalifah Islam telah memelihara parit tersebut sehinggalah di akhir zaman pemerintahan khalifah Uthmaniyah, tetapi para pemerintah Arab Saudi yang tiada otak dan tiada maruah itu telah menimbus kembali parit tersebut dan menghapuskan banyak peninggalan-peninggalan bersejarah di atas arahan Amerika Syarikat. Malah kerajaan Arab Saudi tidak malu untuk menggunakan keuntungan yang mereka dapati daripada jemaah Haji untuk didermakan kepada Amerika Syarikat untuk membunuh lebih ramai umat Islam.

*info: Arab Saudi adalah negara ke-8 terbanyak menerima pelaburan asing Kuffar dunia.


1.     Air penggunaan jemaah haji dikendalikan syarikat britain yang membunuh umat Islam di Iraq dan Afghanistan.
2.    Siaran TV dan Radio arab saudi mesti melalui tapisan yahudi Francis.
3.    Semua pergerakkan jemaah dikawal melalui setelit yahudi eropah.
4.    Setiap kamera sisi yang dipasang ditiang masjid Nabawi dan Masjid Haram Mekah sentiasa dipantau melalui setelit yahudi.
5.    Umat Islam diharamkan berbincang dalam kedua-dua masjid Haram, Mekah dan Madinah kecuali ibadat solat. Mereka dipantau secara lansung melalui kamera sisi yang telah dipasang di setiap sudut masjid berkenaan.
6.    Segala hasil pungutan wang jemaah haji, bermula daripada visa haji dan sebagainya dimasukkan dalam kementerian pelancungan saudi dan digunakan untuk perkara yang tidak baik.
7.    Setiap jemaah haji yang mati kerana dibunuh, dirogol dan lain-lain jenayah ganas mesti direkod atas nama ” Mati kerana sakit ” demi menjaga nama baik hubungan negara yang terlibat.

Kami yakin Nabi Isa akan turun sebagai penyelamat dan anda pun yakin Nabi Isa akan turun sebagai penyelamat. Nabi Isa akan menyelamatkan orang-orang yang ditindas dan orang-orang yang dizalimi.



Adakah Nabi Isa akan menyelamatkan orang-orang seperti ini.....?




...atau Nabi Isa akan menyelamatkan orang-orang seperti ini......


Siapakah yang akan diselamatkan oleh Nabi Isa? Renung-renungkanlah.....

Kami yakin Nabi Isa akan bersama umat Islam.


------------------------------------------------------------------------------------------------


Well, tadi tu intro je.

Let's straight to the point.
x-x-x


Ramai orang memanggil Sains sebagai "fakta Sains", tetapi tidak bagi saya.



Bagi saya, sains bukanlah fakta. Sains cuma himpunan teori-teori dan saya akan memanggilnya sebagai "teori sains". Boleh jadi betul dan boleh jadi salah. Sesuatu perkara itu tidak akan saya putuskan jika hanya kerana sains berkata demikian. Sains tercipta hasil himpunan daripada teori-teori manusia, bukan hasil himpunan fakta-fakta dan ilmu-ilmu.




Bagaimana sains moden bermula?



Sebenarnya, mungkin ceritanya lebih panjang, tetapi secara ringkas dan mudahnya, ideologi sains bermula dengan (salah seorangnya) seorang lelaki dari zaman kegelapan Eropah, Galileo Galilei mencetuskan idea bahawa sebenarnya bumi yang mengelilingi matahari, dan terciptalah satu sistem baru yang dinamakan Solar System, atau sistem suria yang menempatkan matahari sebagai pusat cakerawala. (ada ramai lagi tapi ni yg paling famous la)


Namun, idea ini dibantah oleh pihak gereja kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Kristian yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat cakerawala dan matahari yang bergerak mengelilingi bumi berdasarkan ayat di dalam Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak:


"
The world also is stablished that it cannot be moved."
Psalm 93:1

"
He hangeth the Earth upon nothing."
Job 26:7

Kesannya, mereka yang beriman dengan dakwaan kononnya matahari sebagai pusat cakerawala telah ditangkap, diseksa dan dibunuh. Ada yang dipenjarakan dan ada yang dibakar hidup-hidup.


Para sejarawan, saintis moden dan kebanyakan ahli-ahli profesional melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang negatif. Tetapi tidak bagi saya. Saya menyokong tidakan pihak gereja itu, kerana mereka lebih faham apa sebenarnya yang berlaku. (Cuma saya tidak bersetuju pasal gereja zalim sangat. bunuh terus dah la. takyah nak seksa-seksa)


Pihak gereja lebih faham dan kenal siapa sebenarnya yang mereka bunuh, bukan seperti kita yang telah ditipu bulat-bulat oleh media-media dan buku-buku sejarah.


Kenapa saya setuju?

-x~Kerana golongan yang mendakwa matahari sebagai pusat cakerawala itulah sebenarnya golongan yang telah membunuh ramai umat Islam ketika Perang Salib.

-x~Golongan itu jugalah yang bertanggungjawab melakukan revolusi menumbangkan raja-raja dan pihak gereja yang berkuasa di Eropah.

-x~Golongan itulah juga yang telah mencipta kedua-dua Perang Dunia dan segala krisis yang sedang berlaku di dunia pada hari ini.

-x~Golongan yang sama itu juga lah yang bertanggungjawab di atas pembinaan negara haram Zionis dan pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq.

-x~Ataupun senang cerita, waris daripada golongan-golongan itu lah yang telah menghuru-harakan dunia ini dan sedang bekerja untuk mempersiapkan kedatangan The Antichrsit (Al-Masih Ad-Dajjal).




Saya amat gembira apabila golongan yang menggelar diri mereka "saintis" itu dibunuh dan saya amat sedih apabila mereka berjaya merampas kuasa di Eropah menumbangkan Gereja dan mula berkuasa di Eropah. Mereka menyembunyikan revolusi jahat mereka di sebalik nama Renaissance.


Dalam hal ini, ramai orang dalam keadaan dilemma. Mana satu yang betul? Gereja atau Saintis?



Oleh kerana para "saintis" ini telah menang dan mendominasi dunia, ramai yang berpihak kepada para saintins. Istilah sekular telah diperkenalkan dan pihak Gereja telah dimalukan dan dianggap kolot dan ketinggalan zaman kerana menolak sains.



Anda pula di pihak mana? Sokong gereja atau sokong sains?


Nak dengar pendirian saya?




Saya sokong pihak gereja.


~~~

Sama seperti yang telah berlaku pada zaman Rasulullah ketika mana tentera Rom telah dikalahkan oleh tentera Parsi. Tentera Rom adalah penganut agama langit manakala tentera Parsi adalah penyembah api. Akibat kekalahan tentera Rom, umat Islam telah bersedih.



Begitu juga dengan kekalahan pihak Gereja menghadapi revolusi yang dilancarkan oleh para "saintis" yang tidak beragama ini (mereka sebenarnya penganut ajaran Kabbalah, sejenis ilmu sihir Bani Israel kuno). Saya amat bersedih dengan perkara ini.


Sebenarnya, sejak dari zaman dahulu lagi, manusia berpegang kepada kepercayaan Geocentric (bumi sebagai pusat cakerawala). Hanya dalam zaman kegelapan Eropah sahaja tiba-tiba muncul kepercayaan Heliocentric (matahari sebagai pusat cakerawala) yang ditimbulkan oleh si bodoh Nicolaus Copernicus dan Galileo Galilei.

Tetapi, oleh kerana perkataan "
si bodoh" itu tidak sedap di dengar, mereka telah cipta satu perkataan baru untuk menggantikannya, iaitu "saintis".





Tetapi pada hari ini, seluruh umat manusia telah tertipu dengan ideologi Heliocentric yang dibawa oleh mereka. Mungkin kita tidak sedar bahawa ajaran Heliocentric yang sedang diajar di dalam matapelajaran sains (baca : bodoh) adalah berasal daripada ajaran Kabalah, yang mana para pengikut Kabalah ini memang menganggap matahari sebagai Tuhan.

Gambar di atas terdapat dalam ajaran Tree of Life dalam ajaran sihir Kabbalah.



Manakala ini pula adalah lukisan Leonardo Davinci yang dilukis sekitar zaman Renaissance. Ada persamaan dengan jesus christ? Ada la sikit-sikit...... hahaha



-----------------------------------------------------------------------------------------------


Tetapi, adakah dengan menyokong gereja bermakna saya menyokong pendapat mereka yang mengatakan bahawa bumi sebagai pusat cakerawala dan matahari mengelilingi bumi?



Ya.



Ya, saya menyokong pendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi, bukan seperti pendapat lawak dan dongeng yang dikemukakan oleh para saintis.



Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)


Di dalam surah Yasin, terdapat ayat yang jelas menunjukkan matahari itu bergerak dan bukan berada pada kedudukan yang tetap untuk menjadi paksi cakerawala.




Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu
Surah Al-Rad (ayat 2)






Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)



Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Surah Az Zumar (Ayat 5)



Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)


Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)



Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
Al-Anbiya (Ayat 33)


Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258


sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)







So, ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar matahari?

Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.


Sape nak percaya pada sains, percayalah. Saya tak halang sebab orang Melayu memang suka percaya pada benda dongeng dan tahyul. Tak boleh nak buat ape lah.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Malah beberapa orang pengkaji Barat sendiri cuba untuk membongkar penipuan yang telah dibuat oleh Galileo Galilei ini, salah seorangnya ialah Marshall Hall.


Di antara hujah beliau:


1. Tiada bukti langsung yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari. TIADA.

2. Setiap perkiraan yang dibuat oleh saintis dan astronomi untuk mengira pergerakan satelit, gerhana dan lain-lain yang berkaitan dengan angkasa adalah dikira dengan menggap bumi tidak bergerak. Hanya dengan menganggap bumi tidak bergerak, barulah perkiraan tersebut boleh dilakukan.

3. Tiada ekperimen yang berjaya menunjukkan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. Apatah lagi untuk membuktikan bahawa bumi bergerak 32 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang rifel, 66600 mph.

4. Banyak eksperimen telah membuktikan bahawa bumi tidak bergerak.

5. Sejarawan telah membuktikan bahawa Copernicus, Kepler, Galileo, Newton, Einstein dan Sagan adalah dalang kepada penipuan ini.

6. Berdasarkan logik akal, pendapat yang mengatakan matahari mengelilingi bumi adalah lebih kuat.

7. Teleskop yang digunakan NASA yang dilengkapi komputer telah diprogramkan untuk menghantar kembali "synthesized images". (Teleskop NASA mengarut je lebih, bukan tengok langit pun)

8. Ayat Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak. (Bagi umat Islam, ayat Al-Quran juga banyak menunjukkan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak

~~~~

Fitrah manusia juga selari dengan anggapan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak, bukan bumi. Buktinya, kita selalu menggunakan istilah "matahari terbit", "matahari terbenam", "matahari tergelincir" dan sebagainya. Malah saintis sendiri menggunakan istilah "matahari terbit" dan "matahari terbenam" dalam dialog seharian mereka.

Soalan budak tadika:

Pilih satu dialog yang logik:

a) "Bangunlah bang Berahim, matahari dah tegak atas kepala ni, ko tak bangun-bangun lagi"

b)
"Bangunlah bang Berahim, bumi dah berpusing menghadap matahari ni, ko masih tak bangun-bangun lagi"



Hahaha, ni soalan budak tadika. Sila la pilih A atau B. Pilih yang paling logik. Kalau ada orang salah jawab jugak tak tahu la.


(Tu la, kecik-kecik dulu bapak hantar pergi tadika, dia ponteng....)
--------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenapa penting untuk membuktikan bahawa bumi tidak mengelilingi matahari?



Kerana kita akan dapat membongkar banyak lagi penipuan-penipuan yang ada sekarang.





kalau nak lebih banyak maklumat lagi, masuk link ni:
http://www.showdalua.com/ingles.html




Pertama........


NASA menipu kita dengan mendakwa cakerawala ini terlampau besar, wujud terlalu banyak galaksi dan planet-planet lain.


Tetapi, bagaimana jika hakikatnya bumi dan langit ini sebenarnya kecil sahaja, dan bumi ini adalah pusat cakerawala?


"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Al Qur'an, 2:29)

"
Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya."
(Al Qur'an, 41:11-12)



Teleskop yang digunakan oleh NASA untuk melihat angkasa adalah teleskop yang dilengkapi komputer yang telah diprogramkan supaya siapa sahaja yang melihat menggunakan teleskop itu akan melihat alam semesta ini begitu luas dan akan kelihatan begitu banyak sekali planet-planet dan galaksi-galaksi yang hakikatnya tidak pernah wujud!



Dan kesannya, kita tahu la yang UFO memang tak pernah wujud.


(saya minta maaf sebab tak dapat nak huraikan dengan lebih jelas kerana saya nak pendekkan post disamping saya memang takde masa. Diharap anda boleh mengkaji sendiri)
  ------------------------------------------------------------------------------------------------
Big Bang is a Big Fraud

Para saintis telah mencipta satu teori baru berdasarkan kepala otak mereka yang mendakwa bahawa alam semesta ini tercipta dari satu letupan yang besar dan dahsyat. (setahu aku, selalunya letupan adalah bersifat memusnahkan, aku tak tahu la pulak kalau dengan letupan, alam semesta boleh terbina).


Bak kata mereka (aku malas nak sebut nama), kesan daripada letupan itulah tercipta segala ruang dan masa dan segala yang berkaitan dengannya.


Inilah kesan bila orang tak percaya Tuhan. Mana mungkin satu letupan boleh menghasilkan planet-planet yang bentuknya semua bulat-bulat (lawa pulak tu). Cubalah anda letupkan apa-apa sahaja, serpihannya akan bersepah dan berpecah-pecah. Mana pernah berlaku kalau kita letupkan batu, serpihannya jadi bulat-bulat macam bola!

Dengan teori inilah mereka mahu kita percaya bahawa alam semesta ini sudah berusia lebih 15 billion tahun supaya mereka boleh menjual kepercayaan evolusi mereka itu!

------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa teka-teki dah kita jawab. Pertama, bumi tidak mengelilingi matahari, sebaliknya bumilah pusat cakerawala.


Kemudian, ia akan membawa kepada keruntuhan teori yang mengatakan alam semesta ini begitu luas.


Kesannya, Theory of Relativity ciptaan Einstein akan terbatal dan segala perkiraan yang dibuat oleh Albert Einstein adalah salah kerana teori tersebut dibuat dengan menganggap dunia ini begitu luas! Malah beberapa orang saintis sendiri telah mengakui dan membuktikan bahawa formula e=mc² ciptaan Einstein adalah tidak tepat kerana kelajuan cahaya sebenarnya tidak constant (tetap).


Hari ini telah disahkan bahawa formula e=mc² telah terbatal dan tak boleh diguna pakai lagi.

Maka apabila Theory of Relativity tidak tepat, maka apa sahaja yang tercipta daripada formula tersebut sebenarnya tidak pernah wujud, salah satunya adalah bom atom. Bagaimana bom atom boleh tercipta menggunakan formula yang tidak tepat?



Argument 1 : Bom atom dikatakan dicipta berdasarkan formula e=mc² (secara tidak langsung).
Argument 2 : Formula e=mc² adalah salah.
Conclusion : Bom atom tak pernah wujud

-------------------------------------------------------------------------------------------------





Bom atom tak pernah wujud.


Bandar Hiroshima yang sedang pesat membangun.......


Jika benar bom atom wujud, kenapa perlu mereka gunakan video palsu? Banyak juga bukti palsu yang diletakkan oleh Amerika di Hiroshima dan Nagasaki untuk membuktikan kononnya bom atom pernah meletup disitu. Malah hipotesis yang dicadangkan, kemungkinan Amerika hanya menggugurkan banyak bom-bom besar di Hiroshima dan Nagasaki tetapi mendakwa ia adalah bom atom.




Adakah anda masih percaya Albert Einstein seorang genius?



Dia cuma seorang penipu. Kegeniusan Einstein cuma mitos dan dongeng semata-mata.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan.......


Maka jika bom atom tidak wujud, ada kemungkinan juga bom nuklear tidak wujud. Senjata nuklear digembar gemburkan oleh para tentera Dajjal hanya untuk menakutkan orang awam. MUNGKIN.


Maka jika senjata nuklear tidak wujud, sudah pastilah sesiapa sahaja yang mengaku memiliki senjata nuklear sudah pastilah dia seorang penipu yang terlibat dengan perancangan New World Order.........


Ramai di antara kita terlalu yakin dengan kajian NASA. Mengapa mesti mempercayai NASA?


Bukankah NASA adalah penipu yang paling kuat penipuannya. NASA adalah penipu yang bertopengkan penipu. Adakah anda lupa bagaimana mereka menipu ketika mana mereka mendakwa bahawa mereka telah menghantar angkasawan mereka ke bulan?


Telah banyak pembongkaran dibuat. Cuba perhatikan gambar yang mereka dakwa kononnya ditangkap di bulan. Bagaimana di bulan boleh ada angin yang meniup bendera itu sehingga berkibar?

Bagaimana langit boleh menjadi gelap dan hitam seperti itu? Ke mana perginya bintang? Kenapa tak nampak bintang? Ada awan tebal ke? Kat bulan ada awan ke? Hahahaha, NASA penipu......


Jika ikut dakwaan mereka, bumi mengelilingi matahari. Sudah pasti bumi perlu bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi. Jika bumi bergerak dengan laju, bermakna bulan pula terpaksa bergerak dengan lebih laju lagi untuk mengejar bumi yang sedang mengelilingi matahari (mengarut). Ini bermakna bulan lagi laju daripada bumi. Oleh itu, kapal angkasa mereka Apollo 11 perlu memecut lebih laju daripada bulan untuk mengejar bulan! Kan dah tak logik.

Bukti lain:


Jika anda lihat, bayang-bayang mereka tidak selari.



Tahukah anda kenapa bayang-bayang mereka tidak selari? (tolong jangan jawab sebab kat bulan ada banyak matahari)


Jawapannya kerana gambar-gambar yang mereka ambil itu bukanlah di bulan, tetapi di dalam studio. Oleh kerana di dalam studio terdapat banyak lampu, maka kerana itulah bayang-bayang semua tak selari. Sebab itu jugalah dalam semua gambar yang mereka tangkap, semuanya langit gelap, tiada bintang. (Sebab time tu software video editing Adobe After Effects tak keluar lagi kot)




Para pelakon terbaik dunia bersama set pementasan mereka.



p/s: Salah seorang angkasawan yang memakai cincin Freemason.



so, Betul ke Neil Amstrong berjaya mendarat di bulan dengan Selamat?

Dalam bulatan : Bayang-bayang yang menjadi tanda tanya...


tentu lar tak...bagi saya, Neil Amstrong mendarat dibulan dengan Selamat @ Pak Selamat.
Kemungkinan bayang-bayang yg muncul itu merupakan bayang-bayang warung Pak Selamat...
kah, kah, kah, kah!!!!


Dah sah NASA adalah penipu dan mereka tidak pernah minta maaf atau tarik balik dakwaan bahawa mereka pernah pergi ke bulan. NASA tidak boleh dipercayai sampai bila-bila.

Adik: "Pssst. Encik monyet, saya dengar NASA kata dia pernah pergi bulan."
Monyet: "Kah, kah, kah, kah, kah....."






Kah, kah, kah. "Bagai NASA rindukan bulan".





Bagaimanapun, saya tidak memaksa anda percaya kepada semua hujah-hujah saya di dalam posting ini. Dan jika anda ingin melawan hujah saya dan ingin menegakkan juga dakwaan bahawa bumi mengelilingi matahari, anda boleh memberi hujah dan bukti, tetapi jangan ambil apa-apa hujah, bukti, gambar atau fakta satu pun daripada NASA kerana NASA adalah penipu!





Wallahua'lam....:)

No comments:

Post a Comment