TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Wednesday, October 26, 2011

SEBUAH KATA



Sesungguhnya kami tidak takut pada kekuatan sosialis, kaum revolusioner atau pun kaum demokrat di kawasan ini (Arab). Yang kami takutkan hanyalah kekuatan Islam, raksasa yang pulas tidur dan mulai menggeliat.” (Ben Gurion)


Bangsa Yang Tidur!

Kehadirannya penuh misteri
Kewujudannya bagai tak bertali
Terungkai rahsia melalui mimpi
Tersingkap kisah dalam realiti
Satu bangsa purba yang penuh misteri
Menyimpan rahsia mistik dan spiritual
Tabah melalui pancaroba tanpa kenal putus asa
Bangsa survivalist menongkah arus dilautan
Meredah banjaran gunung yang panjang
Mengembara jauh dari tanah kelahiran
Menuju tanah yang dijanjikan
Bangsa misteri yang kini tidur dek kelekaan


Mempunyai darah Nabi Ibrahim as
Beribukan Keturah
Wanita misteri dari timur
Bangsa gunung gelaran diberi
Digeruni dan dihormat
Berasimilasi berkembang biak serata bumi
Meninggalkan peradaban tanda kemasyuran
Meninggalkan jejak tanda kehebatan
Meninggalkan sejarah pembuka masa hadapan


Tujuan hanya satu
Menuju Tanah yang dijanjikan
Golden chersonese semenanjung emas
Setelah sekian lama mencari akhirnya tiba ke survanabhumi
Tanah emas, tanah dijanjikan
Tanah himpunan dihujung dunia
Disini bermulalah era Bani Jawi
Rangkaian sejarah yang panjang dan penuh misteri
Menjejaki perlu ada inisiatif diri
Mengamati perlu ada rasa rendah diri
Jangan selitkan riak kelak makan diri


Sesungguhnya Bani Jawi bangsa terhebat pencipta revolusi
Bermula seawal yang diketahui
Berdiri teguh bersama bangsa-bangsa hebat
Akkadia,Sumeria, Mesir Firaun dan Kerajaan Judea
Mencipta peradaban pembuka alkisah
Raja Perahu dan Permaisuri Hati
Watak misteri yang masih perlu digali


Kewujudannya terlalu banyak cerita dan versi
Terselit disetiap manuskrip-manuskrip agung
Menanti masa dirungkaikan
Menanti ketika dikisahkan
Kunci pada rahsia ini adalah jatidiri


Pemerintahan beraja tonggak kepimpinan
Membina negarakota tanda peradaban
Berbahasa lembut dan sopan
Tangkas dan gagah bertempur lawan
Keris disisip kesisi
Tombak besi tanda kegagahan peribadi
Istinggar, Terakol dan Pamuras tanda revolusi
Beraja didaratan berkota batu bermeriam besi
Beraja dilautan punya kapal yang sangat digeruni
Mengundang kawan mahupun lawan
mahu mendekati dan mengenali bangsa misteri ini


Mata Hari, Perahu , Jawaka , Saleindra, Sriwijamala, Melaka
Sebahagian Kerajaan hebat tercatit dalam prasasti
Menguasai daratan dan lautan dengan kehebatan tersendiri
Membina rangkaian Empayar yang hebat berserta negara kota yg kukuh berdiri
Membina jaringan perdagangan tumpuan seantero dunia
Perdagangan rempah, kemenyan antara barang yang sangat dikehendaki
Limpahan emas komoditi berharga mengundang kegilaan si pendengki
Tanah emas Golden chersonese nama lain yang diberi


Menerima Islam sebagai pegangan abadi
Rela hati tanpa tempur dan benci
Memasyhurkan Empayar Islam disebelah sini
Menggamit kehadiran ulama dan tokoh agama yang disegani
Akibat tak suka membenci maka ramai yang sudi singgah kemari
Bahasa peradaban menjadi lingua franca
Limpahan kesusateraan yang berseni penuh rasa rendah diri
Akibat dari mungkir pada sumpah pertiwi


Karya dan prasasti agung dicuri dan dibawa lari
Bukti beraja ditanah ini lenyap dalam lipatan sejarah
Digelapkan oleh tangan-tangan yang tidak mahu bangsa misteri ini
meneruskan kehebatan


Menjadi tauladan hancurnya peradaban akibat melanggar sumpah setia
Leka pada nikmat dunia lupa janji pada Sang Pencipta
Maka lenyaplah sejarah dibukukan dalam versi penjajah
Jatidiri, mentaliti diracun , disogok dengan dakyah mundur dan benci
Bangsa misteri ini makin hilang jejak dan jatidiri
Maka alpalah bangsa misteri ini pada gelumang kemunduran dan kehinaan


Amati kata-kata Hang Tuah
Pahlawan hebat yang digeruni
Takkan Melayu Hilang didunia
Bukan tujuan berbangga diri
Bukan mahu assobiyah meracun diri
Hanya sebagai peringatan kepada bangsa yang tidur ini
Ayuh bangkit segera kuatkan saf saf dimasjid
Kembalikan jatidiri melayu yang lembut lagi berseni
Bangga berbahasa melayu tanda penghormatan diri
Peganglah Islam dekat dihati pemacu perjuangan kekal abadi
Musuh sedang menanti anda diseberang sana


Tunggu apa lagi?Bangkitlah!!!

No comments:

Post a Comment