TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Thursday, November 3, 2011

Lambang Masonic Di Sejadah





Sejadah. Ye sejadah yang kita gunakan setiap hari untuk mengalas tempat kita bersembahyang. Di sini saya hanya mahu berkongsi gambar sejadah yang mempunyai unsur-unsur Masonic.




Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, kita boleh ambil ciri-cirinya iaitu:

1. Lantai petak (Checkered Floor)
 
2. Bintang dan Bulan
 
3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz




Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.





GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz



Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.



Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.

Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.





Inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian.

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109

Wednesday, October 26, 2011

SEBUAH KATA



Sesungguhnya kami tidak takut pada kekuatan sosialis, kaum revolusioner atau pun kaum demokrat di kawasan ini (Arab). Yang kami takutkan hanyalah kekuatan Islam, raksasa yang pulas tidur dan mulai menggeliat.” (Ben Gurion)


Bangsa Yang Tidur!

Kehadirannya penuh misteri
Kewujudannya bagai tak bertali
Terungkai rahsia melalui mimpi
Tersingkap kisah dalam realiti
Satu bangsa purba yang penuh misteri
Menyimpan rahsia mistik dan spiritual
Tabah melalui pancaroba tanpa kenal putus asa
Bangsa survivalist menongkah arus dilautan
Meredah banjaran gunung yang panjang
Mengembara jauh dari tanah kelahiran
Menuju tanah yang dijanjikan
Bangsa misteri yang kini tidur dek kelekaan


Mempunyai darah Nabi Ibrahim as
Beribukan Keturah
Wanita misteri dari timur
Bangsa gunung gelaran diberi
Digeruni dan dihormat
Berasimilasi berkembang biak serata bumi
Meninggalkan peradaban tanda kemasyuran
Meninggalkan jejak tanda kehebatan
Meninggalkan sejarah pembuka masa hadapan


Tujuan hanya satu
Menuju Tanah yang dijanjikan
Golden chersonese semenanjung emas
Setelah sekian lama mencari akhirnya tiba ke survanabhumi
Tanah emas, tanah dijanjikan
Tanah himpunan dihujung dunia
Disini bermulalah era Bani Jawi
Rangkaian sejarah yang panjang dan penuh misteri
Menjejaki perlu ada inisiatif diri
Mengamati perlu ada rasa rendah diri
Jangan selitkan riak kelak makan diri


Sesungguhnya Bani Jawi bangsa terhebat pencipta revolusi
Bermula seawal yang diketahui
Berdiri teguh bersama bangsa-bangsa hebat
Akkadia,Sumeria, Mesir Firaun dan Kerajaan Judea
Mencipta peradaban pembuka alkisah
Raja Perahu dan Permaisuri Hati
Watak misteri yang masih perlu digali


Kewujudannya terlalu banyak cerita dan versi
Terselit disetiap manuskrip-manuskrip agung
Menanti masa dirungkaikan
Menanti ketika dikisahkan
Kunci pada rahsia ini adalah jatidiri


Pemerintahan beraja tonggak kepimpinan
Membina negarakota tanda peradaban
Berbahasa lembut dan sopan
Tangkas dan gagah bertempur lawan
Keris disisip kesisi
Tombak besi tanda kegagahan peribadi
Istinggar, Terakol dan Pamuras tanda revolusi
Beraja didaratan berkota batu bermeriam besi
Beraja dilautan punya kapal yang sangat digeruni
Mengundang kawan mahupun lawan
mahu mendekati dan mengenali bangsa misteri ini


Mata Hari, Perahu , Jawaka , Saleindra, Sriwijamala, Melaka
Sebahagian Kerajaan hebat tercatit dalam prasasti
Menguasai daratan dan lautan dengan kehebatan tersendiri
Membina rangkaian Empayar yang hebat berserta negara kota yg kukuh berdiri
Membina jaringan perdagangan tumpuan seantero dunia
Perdagangan rempah, kemenyan antara barang yang sangat dikehendaki
Limpahan emas komoditi berharga mengundang kegilaan si pendengki
Tanah emas Golden chersonese nama lain yang diberi


Menerima Islam sebagai pegangan abadi
Rela hati tanpa tempur dan benci
Memasyhurkan Empayar Islam disebelah sini
Menggamit kehadiran ulama dan tokoh agama yang disegani
Akibat tak suka membenci maka ramai yang sudi singgah kemari
Bahasa peradaban menjadi lingua franca
Limpahan kesusateraan yang berseni penuh rasa rendah diri
Akibat dari mungkir pada sumpah pertiwi


Karya dan prasasti agung dicuri dan dibawa lari
Bukti beraja ditanah ini lenyap dalam lipatan sejarah
Digelapkan oleh tangan-tangan yang tidak mahu bangsa misteri ini
meneruskan kehebatan


Menjadi tauladan hancurnya peradaban akibat melanggar sumpah setia
Leka pada nikmat dunia lupa janji pada Sang Pencipta
Maka lenyaplah sejarah dibukukan dalam versi penjajah
Jatidiri, mentaliti diracun , disogok dengan dakyah mundur dan benci
Bangsa misteri ini makin hilang jejak dan jatidiri
Maka alpalah bangsa misteri ini pada gelumang kemunduran dan kehinaan


Amati kata-kata Hang Tuah
Pahlawan hebat yang digeruni
Takkan Melayu Hilang didunia
Bukan tujuan berbangga diri
Bukan mahu assobiyah meracun diri
Hanya sebagai peringatan kepada bangsa yang tidur ini
Ayuh bangkit segera kuatkan saf saf dimasjid
Kembalikan jatidiri melayu yang lembut lagi berseni
Bangga berbahasa melayu tanda penghormatan diri
Peganglah Islam dekat dihati pemacu perjuangan kekal abadi
Musuh sedang menanti anda diseberang sana


Tunggu apa lagi?Bangkitlah!!!

Friday, October 14, 2011

Lambang Zionis di atas bangunan di Iran




GAMBAR enjin carian Google menunjukkan lambang rezim Zionis (dalam bulatan), Bintang David terdapat di atas bumbung bangunan syarikat penerbangan Iran Air di Teheran.

TEHERAN - Pemerintah Iran marah selepas imej satelit enjin carian Goggle Earth mendapati terdapat lambang rejim Zionis, Bintang David di atas bumbung ibu pejabat syarikat penerbangan Iran Air, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pegawai-pegawai Iran telah mengarahkan supaya simbol itu dibuang selepas timbul desas-desus bahawa lambang berkenaan itu sudah ada sebelum Revolusi Islam berlaku pada 1979 di negara berkenaan.

Bintang itu jelas kelihatan berada di bahagian tengah bangunan Iran Air tetapi kesahihannya masih dipertikaikan.

Media Iran mendakwa bangunan tersebut telah dibina oleh para jurutera Israel semasa negara itu diperintah oleh Shah Mohamed Reza Pahlavi.

Semasa pemerintahan Shah, hubungan antara kedua-dua buah negara itu amat rapat.

Ketika itu, terdapat penerbangan antara Lapangan Terbang Mehrabad di Teheran, Iran ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel.

Israel turut menjual senjata kepada pemerintah Iran ketika itu bagi mendapatkan tukaran minyak.

Namun Iran kini memutuskan hubungan dengan Israel.

Satu laman web Iran menyatakan: "Sangat menghairankan, walaupun sudah 32 tahun Revolusi Islam berlaku, bintang Zionis ini masih belum dibuang dari bangunan itu."

Pada Ogos lalu, kewujudan lambang yang sama menimbulkan kemarahan apabila ia ditemui di bahagian atas sebuah bangunan di Tapak Revolusi di Teheran. - Agensi




Friday, August 19, 2011

HARGA SEKUNTUM CINTA


Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

Monday, August 15, 2011

CARA SEMUT MEMANGGIL KAWAN-KAWANNYA

Semut yang menemui sumber makanan meninggalkan jejak kimia [Feromon] di tanah melalui sengat. Jejak yang dibuatnya membantu kawan-kawannya menemui sumber makanan. Banyak serangga memiliki zat feromon, tapi masing masing memiliki fungsi yang serupa tapi tak sama. Sebagai contoh : Semut menggunakan feromon untuk meninggalkan jejak, sedangkan kupu-kupu menggunakan Feromon untuk menarik lawan jenis.

Semut yang bertugas mencari makan biasanya menjalankan tugas dengan cara yang sukar dijelaskan. Ia berjalan ke sumber makanan dengan berjalan ke kiri ke kanan, tetapi kembali ke sarang dengan laluan lurus yang lebih pendek. Bagaimana mungkin seekor semut yang hanya dapat melihat beberapa sentimeter ke depan boleh berjalan lurus?

Untuk menjawab soalan ini, seorang penyelidik bernama Richard Feynman meletakkan seketul gula di salah satu hujung tab mandi, lalu menunggu seekor semut datang dan menemuinya. Ketika semut yang pertama kali datang ini kembali ke sarangnya, Feynman mengikuti jejaknya yang berliku

Kemudian Feyman mengikuti jejak semut-semut seterusnya. Ternyata Feynman mendapati bahawa semut yang datang tidak mengikuti jejak yang ditinggalkan, mereka lebih pintar, mengambil jalan memotong sampai akhirnya jejaknya menjadi berbentuk garis lurus.

Diilhami hasil kajian Feynman, seorang ahli komputer bernama Alfred Bruckstein membuktikan secara matematik bahawa semut-semut yang datang selanjutnya memang meluruskan jejak berliku itu. Kesimpulan yang didapatnya sama: selepas beberapa ekor semut, panjang jejak dapat diminimumkan menjadi lingkungan terpendek antara dua titik dengan kata lain, membentuk garis lurus.86

Apa yang diceritakan tadi tentu saja memerlukan kepakaran jika dilakukan oleh manusia. Ia tentu perlu menggunakan kompas, jam, mahupun kelengkapan yang lebih canggih lagi untuk menentukan suatu jarak. 

Berbeza dengan manusia, petunjuk jalan semut adalah matahari, sedangkan kompasnya adalah cabang pohon dan tanda-tanda alam yang lain. Semut mengingati bentuk tanda-tanda ini, sehingga boleh menggunakannya untuk mencari laluan pulang terpendek, walaupun laluan ini benar-benar baru baginya.

Walaupun kedengarannya mudah, sebenarnya cara ini sukar dijelaskan. Bagaimana mungkin seekor makhluk kecil seperti semut, yang tidak mempunyai otak mahupun kemampuan berfikir, melakukan perhitungan seperti ini?

Teknik komunikasi dengan jejak (mengikuti jejak bau) sering digunakan oleh semut. 

Semut yang mencari sumber makanan meninggalkan jejak kimia di tanah melalui sengat pada belakangnya. Jejak yang dibuatnya membantu rakan-rakannya mencari sumber makanan.



Suatu spesies semut yang hidup di gurun pasir di Amerika mengeluarkan bau khas yang dihasilkan di beg racunnya jika ia mencari serangga mati yang terlalu besar atau berat untuk dibawanya. Teman-teman sesarangnya dari jauh boleh mencium bau yang dikeluarkan dan mendekati sumbernya. Ketika jumlah semut yang berkumpul di sekitar mangsa sudah cukup, mereka membawa serangga tersebut ke sarang.

Ketika semut api berpisah untuk mencari makanan, mereka mengikuti jejak bau selama beberapa lama, lalu akhirnya berpisah dan mencari makanan masing-masing. Sikap semut api berubah jika sudah menemui makanan. Kalau mencari makanan, semut api kembali ke sarang dengan berjalan lebih lambat dan tubuhnya dekat dengan tanah. Ia mempunyai sengatnya pada selang tertentu dan hujung sengat menyentuh tanah seperti pensil menggambar garis tipis. Demikianlah semut api meninggalkan jejak yang menuju ke makanan.

Bayangkan jika seorang manusia ditinggalkan di hutan yang tidak dikenalinya. Walaupun orang ini mengetahui arah yang harus dituju, ia akan menjadi sulit untuk mencari jalan yang tepat dan mungkin tersesat. Selain itu, ia juga harus melihat keadaan sekitar dengan hati-hati dan mempertimbangkan jalan mana yang terbaik. Namun, semut bertindak seolah-olah mengetahui benar cara mencari jalan. Pada malam hari, mereka boleh mencari dan mengikuti jalan yang mereka tempuh ketika mencari makanan pada pagi harinya, walaupun keadaannya berubah. 



wallahu'alam~... :)

Thursday, August 11, 2011

BERHATI-HATI DALAM MENYEBARKAN

Salam ukhuwah..Baru sahaja sebentar tadi saya membaca dan meneliti satu group dalam ruangan facebook..saya perhatikan ada diantara mereka menyebarkan hadith dha'if dan mawdu'...definisi permulaan posting kali ini bukan bertujuan untuk menyalahkan mereka yang send message berkenaan secara total, tetapi seharusnya kita tidak sepatutnya 'copy paste' dan menyebarkannya sebelum selidik dan memahami ke akar umbi...berikut adalah mesej tersebut (saya copy paste dalam group tersebut) yang sekarang nie boleh dikategorikan sebagai mesej berantai...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!! Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak meng...anggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” (Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12) Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini"..



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Hadis ini adalah palsu.Ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis, yang sahihnya atau yang dha`ifnya. Ia adalah satu pembohongan yang keji atas nama Nabi. Haram menyebarkannya. jika wujud hadith yang spesifik dan sahih dalam bab merokok, maka mudahlah Majlis Fatwa kebangsaan memfatwakan haramnya merokok…sampai sekarang, MFK belum lagi gazzette fatwa keharaman rokok kerana faktor terbesar ialah tiada larangan khusus dalam AQ & AS. ia cuma Qias sahaja dan laporan sains klinikal sahaja. 

Lagi satu, penulis buku HARAM MEROKOK ini iaitu Adil Akhyar pernah menulis buku  mengenai “poligami tidak sunnah” ( nonsense ? ). Manuskrip setua mana sekalipun memang tidak dikira. Jika tidak sudah tentu para huffaz meriwayatkannya. Hadith ini juga tidak ditemui dalam karya hadith sahih, da’if, dan mawdu’ (palsu). Tidak tahu datang dari mana da…

berdasarkan apa yang di atas,dan saya rasa ni memang betol lah hadis palsu..lagipun saya cari cari,memang tak jumpe siapa perawi hadis ni..so, berhati-hati dalam menyebarkan. yang tukang sebar banyak,tapi takde pun jumpe siapa perawi hadis ni.. hadis palsu ni kene tentang habis habisan..tak boleh disebarkan..

tapi jangan silap faham plak..even hadis ni palsu tapi hukum merokok still HARAM..cume tak boleh gune hadis ni dalam menguatkan fakta yang rokok itu haram..wallahuallam..

Pengharaman rokok bukan datang dari hadis Nabi secara direct. Lebih kurang seperti dadah. Tapi adalah Fatwa yang dikeluarkan ulama’-ulama' berdasarkan dalil aqli(akal, perbandingan) dan naqli(Hadis, Al-Quran).



Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.


10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK:

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)


Wallahu'alam... :)


p/s: buat sementara waktu tidak akan ada sebarang posting baru, kena mengadap exam dalam minggu nie..huhu..

SYAITAN MASUKI TUBUH MANUSIA MENERUSI 10 PINTU


Untuk membantu manusia dalam menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan fantasi Iblis, Islam sudah menunjukkan kepada manusia beberapa perkara supaya dapat menolongnya bertahan dalam bertarung dengan syaitan dan membolehkan ia berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam.

Dalam kitab itu menyatakan, perkara itu sudah pun disimpulkan oleh seorang yang salih dengan katanya:

“Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu:

Pertama: Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.

Kedua: Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.

Ketiga: Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat: Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

Kelima: Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.

Keenam: Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah (iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

Ketujuh: Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan: Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang di tangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.

Kesembilan: Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.

Kesepuluh: Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelak diri daripada panah dan tipu daya Iblis ialah mengingati Allah sewaktu mula melakukan semua kerja. Dalam hubungan ini Abu Hurairah sudah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang kafir.

Didapati bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan gemuk sedangkan syaitan bagi orang mukmin kurus kering dan dalam keadaan duka cita. Lalu syaitan orang kafir bertanya kepada syaitan orang mukmin: “Kenapa kamu kurus kering dan duka cita. Syaitan orang mukmin menjawab: Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. Apabila lelaki itu hendak makan, dia menyebut nama Allah. Jadi aku terus lapar.

Apabila minum dia menyebut nama Allah. Jadi aku kehausan. Apabila dia memakai pakaian dia menyebut nama Allah dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila dia memakai minyak rambut, dia terus menyebut nama Allah. Dengan itu rambutku terus kusut kering.”

Syaitan yang kafir pula berkata: “Tetapi aku mendampingi seorang yang sedikit pun tidak melakukan daripada apa yang engkau sebutkan tadi. Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanan, minuman dan pakaiannya.”

Demikianlah, wallahua’lam