TAMUSALAM

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه

I am the servant of ALLAH `Azzawajalla. I am nothing and I have nothing.


"Saya menulis kerana dalam perjalanan pulang; terlalu banyak pertanyaan yang belum terjawab & harus dijawab dalam hidup ini,dan dengan menulis mungkin salah satu cara mencuba menjawabnya satu persatu,semoga kita memahami substansi sesuatu-hakikat. InsyaAllah...."

Friday, July 29, 2011

SIAPA JUDAS?

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...


ok..untuk tajuk posting kali ini mari kita sentuh tentang JUDAS.. siapa judas? apa perkaitannya dengan lagu lady gaga?? dan apa sejarah tentangnya??




Judas.. Judass aahha.. Judas, Gaga. mcm siot jer lagu Judas kan. korang da dengar? sure yang kaki tunjuk langit tu da dengar kan? kalau yang alim purdah.. tidaklah kan?? bila sebut nama gaga kita tahu kesesatan yang nyata yang gaga bawak kan? *eh korang dengar jugak lagu judas kan? ooo.. Judas judas !~





Kenal tak Ayah Pin? hahaha, nie semua simbolik kerajaan langit, Gaga tu kroni ayah pin ker? hawaw, siap boleh minum air Kaki la?


 Penyaliban Alaf baru, diatas air sajorhh.. tak perlu pon atas kayu kan? kan??



 Cuba tengok Yuna nie, dengan Yuna, ade same ke tak cara pakai tudung tu? cuber tengok, kalau tak percaya. dah sama dah, siapa yg sesat? Yuna ker, Gaga ker? atau gadis sekarang?


 Kesan dari Hukuman Rejam Berzina dengan Judas. Dah konsep sama dengan melontar Jamrah dah...suke lar tu dianggap syaitan...



Judas is A gay, and boley pulak bercium bagai dengan Jesus. What the Gaga??? 


Sewaktu Lady gaga direjam, akibat berzina dengan Judas, dan kalu perasan, Konsep sama dengan kita nak melontar jamrah kepada Syaitan. kan?



 melampau betul si gagak nie...

apa semua nie? sesiape boleh terangkan??

what is the concept? is that Judas is a gay??

mungkin lukisan ini dihasilkan sewaktu zaman renaissance... waktu itu memang zaman gay and the geng berleluasa..

hah!? kenapa pulak??

apa buktinya??

ok...ingat lagi gambar potret monalisa kat bawah nie??




gambar nie dihasilkan sewaktu zaman renaissance...pelukisnya bernama Leonardo Da Vincci yang merupakan seorang gay yang berjaya dengan jayanya pada zaman tu... dipendekkan cerita, disebabkan dia nie gay, berpasangan dengan lelaki entah kenapa pulak tiba-tiba muncul idea pelik 'berperisakan' songsang dia lukis muka dia berkonsepkan wanita...


so? itu sajer??

tak...ade lagi cer sabar...cer sabar skett~..


apa pula kena mengenanya dengan Judas??



ok... melalui gambar ini mungkin sesetengah pemerhati berpendapat gambar ini adalah gambaran sewaktu Judas datang kepada jesus dengan berbisik tentang sesuatu...hakikatnya tidak, perihal sejarah yang lalu telah banyak diputar belitkan.. gambar ini dihasilkan  semasa  zaman renaissance... gambar ini menunjukkan pasangan gay...kalau tak percaya jugak cuba taip 'Judas kiss' dalam google..

jadi, gambaran-gambaran seperti ini, sebenarnya merupakan salah satu fitnah yang dilemparkan kepada baginda Nabi Isa a.sa... bagaimana sanggup mereka menggambarkan Nabi Isa yang maksum (tiada dosa) seperti di dalam gambar nie...??


 tajuk filem nie macam sakai jer....kan??


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok kembali serius...dah terdrift jauh dah nie...hehe....


kita berbalik kepada konsep siapa Judas...

Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas pengkhianat) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Hal ini kerana atas tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.


Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada imam-imam kepala Yahudi. 

Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir. Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsamani, Baitumuqaddis. 

Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan "Salam sejahtera wahai Rasullullah" dalam bahasa Ibrani).


Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman. 

Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.

Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.

Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata "Eli-Eli Lammasabacthtani" maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku". Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.

Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)


Di dalam Al-Quran dijelaskan bahwa, seseorang yang disalib oleh kaum Yahudi, bukanlah Isa. Namun orang lain yang mirip dengan Isa. Hal ini terkandung di dalam Al-Quran surah An-Nisa (4) ayat 157.
Yang Artinya:


dan karena ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah[378]", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. 
{Q.S. An-Nisa (4) : 157}


[378]: Mereka menyebut Isa putera Maryam itu Rasul Allah ialah sebagai ejekan, karena mereka sendiri tidak mempercayai kerasulan Isa itu. 



Ayat di atas juga menerangkan bahwa, Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa.
Ayat berikutnnya,



Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya[379]. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. {Q.S. An-Nisa (4) : 158}



[379]. Ayat ini adalah sebagai bantahan terhadap anggapan orang-orang Yahudi, bahwa mereka telah membunuh Nabi Isa a.s.



Dan haruslah, sebagai orang Muslim kita wajib yakin bahwa yang disalib oleh orang yahudi itu bukanlah Isa, melainkan seseorang yang mirip dengan Isa. Sesuai dengan yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Karena Al-Quran merupakan pedoman, dan petunjuk hidup...




wallahualam... :)



Thursday, July 28, 2011

TERSIRAT TENTANG 'SOLAT'




Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.





Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

wallahu'alam... :)

TENTANG 'WAFAQ'

Salam...

Lama sungguh saya tak post entry.. Maklumlah,hidup sebagai student..Erm..pasal tajuk entry terbaru kali ni, rasanya agak ’panas’ untuk dibincangkan.. Tapi atas dasar penyampaian ilmu, elok juga kita perhatikan bab ni..

Yelah, kita kan sedia maklum...kat Malaysia dan negara lain di dunia ini, ada puak yang suka mengkafirkan orang dan ada puak yang suka meng-HARAM kan sesuatu tanpa pengajian mendalam pada sesuatu hukum yang diberikan.

saya di sini BUKAN nak jadi MUFTI INSTANT..Apatah lagi nak jadi USTAZ INSTANT yang sememangnya tiada kelayakan seperti yang di war-warkan.. Namun, adalah wajib untuk saya kongsikan ilmu sedikit yang ada pada diri yang serba jahil ni. Moga Allah memberi petunjuk sentiasa...



Begini.....

Wafaq adalah TULISAN yang dilukis dalam bentuk SIMBOL, GAMBARAJAH, NOMBOR atau HURUF yang tertentu dimana ianya membawa maksud yang tertentu.
Antara bahasa glamour yang digunakan dalam penghasilan wafaq adalah dari bahasa SURYANI, IBRANI, HIEROGLIF atau HURUF HIJAIYAH.


Gunaan wafaq membawa kepada niat yang tertentu seperti pengasihan, kekuatan, amalan, kebatinan dan sebagainya.







HUKUM WAFAQ

Ada 3 hadis / riwayat tersohor berkenaan wafaq ini iaitu:-

1) Abdullah bin Makrumah bin Abdul Uza meriwayatkan kepada Abu Haqqah bin Makhsy dari Abu Mukhsyim Al Wahat, bahawa Rasullullah SAW sedang berada di atas unta bersama Ali Ra , lalu berjalan seorang lelaki dari kaum al muhajirin, lalu Baginda bersabda kepada lelaki itu..."Apa yang ada pada lehermu itu..?"

Jawab lelaki itu..."Azhiimah (awfaq atau wafaq) yang saya buat sendiri ya Rasullullah...!
...setelah orang itu berlalu, Ali bertanya.."Yaa Rasullullah, tidakkan engkau melarangnya...? Sabda Rasul SAW....'TIDAK MENGAPA...KERANA AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) ITU BERISIKAN KALAMULLAH..."







2) Abdullah Hannafi bin Abdul Yazid Al Harqani dari Hudzaifah Al Adawy dari Yahya bin Malik menceritakan, bahawa ada seorang lelaki dari kaum Al Khazraj sebelum perang Badar, mengatakan kepada kawannya dan didengar oleh Rasullullah SAW...Lelaki itu mengatakan: ;' AZHIIMAH (AWFAQ ATAU WAFAQ) DAN RUQYAH ITU ADALAH HARAM HUKUMNYA

Nabi SAW bersabda kepadanya....'APAKAH ENGKAU TELAH MENERIMA WAHYU ALLAH SEBELUM AKU, MENGENAI HAL ITU?"...dan lelaki itu pun berlalu pergi dengan perasaan malu atas ucapan sindiran Rasullullah SAW...dan dari semenjak itu, dirinya tidak penah terlihat lagi sampai perang badar selesai... (HR MUSLIM).






3) Ibnu Abbas ra menceritakan kepada Abdu Manaf Al Makhzummy bin Abi Al Arqam, bahawa ketika Rasulullah SAW melihat seorang lelaki dari kaum Ansar tengah mengikat sesuatu pada kepala orang yang terkena penyakit gila.. lalu beliau bersabda...."Apa yang kamu ikatkan di kepala orang itu....



Jawab lelaki itu " Ya Rasulullah, ku ikatkan dia dengan azhiimah (awfaq atau wafaq)..
Rasullullah SAW..." Tidak mengapa, jika mendatangkan manfaat para orang itu" (HR Ibnu Abbas)




---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dari 3 hadis di atas, ada beberapa point yang boleh kita perhatikan pada kisahnya iaitu:-




1- Rasulullah TIDAK MELARANG WAFAQ yang BERISIKAN nama Allah.

2- Rasulullah mengatakan WAFAQ juga sebagai cabang ikhtiar dimana ianya boleh memberi manfaat kepada pemakainya (kuasa mutlak adalah milik Allah) . (lihat hadis no.3)

3- Rasulullah menyindir pada orang yang suka-suka buat hukum sendiri. Maknanya, jangan jadi MUFTI INSTANT...!



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kesimpulan yang lebih DETAIL pada soal perbincangan wafaq ini ialah:

”JANGAN GUNA WAFAQ KALAU TAK FAHAM ISI KANDUNGANNYA..!”


Kenapa?


Jawapan: Ada pada contoh di bawah ni.. Baca dan sabar...


------------------------------------------------------------------------------------------------



Mari kita lihat gambarajah yang selalu digantung di rumah orang, kedai makan, pejabat, sekolah dan sewaktu dengannya.


Gambar 1:
Ada tak tengok orang gantung gambar ni?

Salah tak? Confirm, ramai yang kata tak salah.. kan?









Gambar (2) bawah ni pulak? Salah tak?

Pun ramai yang kata tak salah kan? Sebab faham apa maknanya kan...?







Kalau macam tu, gambar (3) bawah ni pulak..?


Tentu ramai yang kata haram kan...?


Itulah jawabnya kalau tak ngaji, tak belajar, tak faham dan bodoh sombong..! Kalau tak faham, jangan keluar fatwa..! Lebih baik diam dari berkata-kata... Leh jadi fitnah tau..!


Sebenarnya, gambar (3) di atas adalah bahasa SURYANI.. dalam erti kata lain bahasa lama yang diguna oleh Kaum Suryan Kuno.. Itu saya tak display bacaan dalam BAHASA TAMIL lagi... sah-sah lepas ni kata saya sesat pulak dah...Tak pun, ada pulak mulut sumbang yang kata saya ni geng HINDRAF pulak..yelah, bahasa TAMIL katakan... hehehe
Macam ni, kita tengok jadual kod bahasa Suryani di bawah.









Dari kod di atas ni, sebutan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dipecahkan kepada bahagian berikut:-







Maka, disinilah dikatakan wafaq bila ia dipamer dalam gambar yang dinyatakan iaitu:-






Ini tak masuk lagi paparan bahasa lain dalam mempamer ayat 1000 dinar, Al-Ikhlas, ayatul Qursi, Al-Fatihah dan sebagainya..




Persoalannya..

kenapa nak kena tulis dalam bahasa kod ni..? Tak boleh teruskan dalam bahasa Arab ker?



Jawapan:

Kerana, asalnya tulisan sepertimana di atas adalah untuk paparan mereka yang buta bahasa Arab. Jadi, kepada kaum yang tidak pandai membaca dalam bahasa Arab tetapi mahu juga membaca ayat-ayat Quran atau doa sebagai hafalan mereka, jalan alternatif ialah dengan penggunaan bahasa yang mereka fahami digunakan.
Oleh kerana menjadi amalan dari puak sebegini, penggunaan bahasa kod sepertimana di atas menjadi trend dalam Pengamal Ilmu Hikmah sebagai rahsia amalan mereka dari pengetahuan orang awam.
Oleh kerana itu, di zaman moden yang serba canggih ni, elok kiranya kita guna bahasa Arab saja. Kalau alasan tak pandai, banyak cara untuk belajar. Pusat Iqra’ berlambak, sahabat graduated Al-Azhar, Ustaz-ustaz dan ustazah banyak boleh dirujuk. Internet pun ada.. Kamus online bahasa arab-melayu pun ada...Kat kedai buku, bersepah jual buku belajar bahasa Arab... lu pikir lah sendiri k...



Persoalan lagi..

Dah tu, kenapa haram kalau tak tahu..?



Jawapannya..


Ish..bahaya..contohnya, orang yang tak tahu, gantung wafaq seperti di bawah ni..






Tahu tak makna wafaq di atas... ni jawapannya:-



Paham tak...maknanya di atas: AZAZIL... Nama IBLIS tau..! BAHAYA..!



---
Di harap, pemahaman pada perkara wafaq ni memuaskan hati pembaca.

Dalam erti kata lain, TIDAK DIGALAKKAN PENGGUNAAN WAFAQkerana ia boleh menzahirkan kebergantungan selain ALLAH secara tidak sedar..



Contohnya WAFAQ HALAL dibawa kononnya sebagai ikhtiar perlindungan diri. One day...wafaq tu hilang, maka hati tiba-tiba kata macam ni:-


”Alamak..wafaq tu hilang la pulak.. Habislah aku...siapa pulak nak lindung aku kalau aku kena belasah dek orang nanti...”


Hah...kan dah jadi syirik tu...
Sebab tu lah wafaq ni tak digalakkan.. BAHAYA tuuuuuuu...
Ada pahammmm.......? :D